Kebanyakkan orang alpa dengan kasut sukan yang dibeli oleh mereka. Tahukah anda bahawa kasut memainkan peranan penting dalam aktiviti harian setiap orang? Jangan main pillih je kasut tu. Ini antara tip untuk anda beli kasut yang berkualiti disamping harga yang berpatutan.

Tip Mudah Untuk Beli Kasut Sukan

  • Memilih kasut berlari “saiz betul”.

 

Pakai kasut pada keselesaan anda! Pemilihan kasut yang cantik tidak memberi apa-apa manfaat kalau anda memakai dengan ketat. Berkualiti macam mana pun kasut anda, kalau kaki anda tidak boleh bernafas dengan baik, maka sia-sia saja anda beli. Terlalu ketat boleh membuatkan kaki anda tidak selesa dan jika terlalu longgar pun akan menyebabkan kaki anda mudah melecet. Jadi hati-hati apabila memilih kasut ye!

 

  • Cuba kedua-dua bahagian kasut ketika mencuba

 

IKLAN

Ada antara anda alpa dengan perkara ini. Kadang-kala anda hanya mencuba sebelah kaki saja. Tahukah anda bahawa setiap pasang kaki manusia mempunyai saiz yang berbeza-beza. Jangan pernah pakai sebelah kaki saja dan terus beli kasut tersebut, takut nanti menyesal bila dah balik rumah.

Tip Mudah Untuk Beli Kasut Sukan

  • Lakukan penyelidikan asas

 

IKLAN

Sebelum anda membeli, sila gunakan khidmat google untuk mengetahui maklum balas dari mereka yang telah membeli. Jika anda ke laman sesawang produk tersebut pun, mereka ada menerangkan ciri-ciri sesebuah kasut itu untuk anda membuat pilihan. Penat kan, kalau nak pusing satu Mall, tapi tak kena citarasa? Jadi, sila gunakan kuasa jari anda.

Sneakers kat Tomaz ni pun macam menarik. Boleh klik sini:

Tip Mudah Untuk Beli Kasut Sukan

IKLAN
  • Fahami trek anda

 

Anda sendiri tahu bagaimana dan dimana anda selalu bersenam. Banyak jenama kasut mengeluarkan kasut mengikut kesesuaian trek anda. Jika anda sering bersenam di atas jalan raya, cari kasut yang mempunyai tapak selesa dan boleh mengawal batu-batu kecil di jalanan. Jika anda sering bersenam di gym, pilih juga kasut yang berseuaian untuk permainan dalam bangunan.

Tip Mudah Untuk Beli Kasut Sukan

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI