Image by jcomp on Freepik

Antara komponen kereta yang kita sangka sangat simple tapi bila ia rosak memang boleh buat kita rasa nak hempuk kepala sendiri adalah bateri.

Ini terutamanya bila anda merancang untuk balik kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pastinya anda mahu kereta dalam kondisi terbaik terutamanya bateri.

Berdepan kereta tidak dapat dihidupkan akibat masalah bateri memang menyusahkan dan menyakitkan hati.

Tip Mudah Servis Bateri Kereta, Barulah Balik Raya Lebih Aman & Tenteram
Image by Freepik

BACA: Selain Jangan Pakai Pewangi Gel, Ini 4 Sebab Anda Wajib Tutup Tingkap Kereta

Jadi apa fungsi bateri kereta? Dalam bahasa mudah ia membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Selain itu ia juga menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi.

Tip Mudah Servis Bateri Kereta, Barulah Balik Raya Lebih Aman & Tenteram
Komponen asas bateri kereta.

Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.

Selalunya bateri kereta yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga 2 hingga 3 tahun malah ada batetri yang tahan lebih lama lagi. Menjaga bateri kereta anda tidaklah sesusah mana. namun jika anda mengabaikannya, tentulah bateri kereta anda akan cepat kong.

Ads

Terdapat dua jenis bateri yang boleh anda perolehi pada masa kini :

  • Sel kering

Tip Mudah Servis Bateri Kereta, Barulah Balik Raya Lebih Aman & Tenteram

  • Sel basah

Tip Mudah Servis Bateri Kereta, Barulah Balik Raya Lebih Aman & Tenteram

Ikuti tip yang boleh anda praktikkan untuk menjaga bateri kereta:

Ads

Periksa Aras Air Bateri

Langkah ini sesuai digunakan untuk pengguna bateri sel basah dan bukannya bateri maintenance free. Bateri sel basah memerlukan cecair ditambah dari semasa ke semasa. Cecair yang kurang dalam bateri dalam masa yang panjang akan mengakibatkan tempoh hayat bateri pendek daripada yang sepatutnya.

Pastikan air bateri mencapai tahap bawah sedikit dari maksimum. Cara menambahnya amat mudah. Anda cuma perlu membuka penutup dan isikan dengan air bateri yang anda boleh dapati daripada stesen minyak berdekatan.

BACA: 12 Tip Servis Kereta Yang Wajib Anda Tahu!

Bersihkan Terminal Bateri

Setiap bateri akan mempunyai terminal postif (+) dan negatif (-) yang perlu anda bersihkan. Ini kerena keladak pada terminal akan menyebabkan cas bateri tidak sampai dan kenderaan tidak dapat dihidupkan.

Ads

Cara untuk membersihkan terminal bateri;

  • Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri.
  • Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat.
  • Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid.
  • Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri. Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kembali.

Sapukan Gris Tahan Panas

Sapukan gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkan daripada terhakis dan karat.

Pasang Voltmeter

Bateri anda memerlukan cas yang cukup untuk untuk beroperasi. Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik. Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri.

Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt. Pemasangan voltmeter didalam kereta anda tentulah cara yang paling mudah untuk memeriksa voltan bateri anda.Kini anda boleh membelinya di pasaraya terkenal. Walaupun bacaan dikatakan tidak tepat,namun ianya pasti memudahkan anda.


CIRI-CIRI BATERI KERETA YANG BAIK

  • Bateri kereta dicas secukupnya
  • Umur bateri bertahan lama
  • Aras elektrolit bateri sentiasa terkawal
  • Tiada perlukan kerap menambah air suling

Semoga dengan perkongsian ini dapat bantu anda melalui perjalanan balik kampung dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI