Tip Minum Air 8 Gelas Sehari Di Bulan Ramadan, Ikut Jadual Mudah Ini Baru Badan Lebih Segar

Share

Cabaran paling besar bagi kebanyakan kita semua sepanjang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan bukanlah menahan lapar tetapi lebih kepada menahan dahaga.

Apatah lagi buat anda yang bekerja dalam bidang yang berada di luar atau banyak melakukan pergerakan menggunakan tenaga. Jika pada hari biasa pun kita sentiasa dinasihatkan oleh doktor untuk minum air kosong dengan mencukupi.

Bila bercakap mencukupi kebanyakan doktor akan memberikan saranan agar kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas minuman sehari.

Jadi bagaimanakah caranya untuk kita minum air dengan mencukupi pada kuantiti tersebut di bulan puasa?

Anda boleh lakukannya dengan mengikuti jadual seperti yang pernah dikongsikan oleh laman page FB, Public Health Malaysia.

Mereka berkongsikan jadual yang teratur bagaimana untuk minum air 1 gelas mengikut masa diberikan anda boleh capai misi 8 gelas sehari.

BERIKUT GILIRAN MINUM SETIAP 1 GELAS SEPANJANG BULAN RAMADAN

1 GELAS
Selepas bangun sahur

1 GELAS
Selepas bersahur

1 GELAS
Selepas azan Maghrib @ waktu berbuka

1 GELAS
Selepas tunaikan solat Maghrib

1 GELAS
Selepas makan

1 GELAS
Selepas solat Isyak

1 GELAS
Setelah selesai solat Terawih

1 GELAS
Sebelum masuk tidur

Genap 8 gelas untuk sepanjang hari pada bulan puasa. Siapa cakap kita tak boleh minum air sebanyak 8 gelas. Bagi anda yang ingin diet, turunkan berat badan serta ubah corak pemakanan inilah waktu yang paling sesuai sekali.

Kredit:

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN bagi update terkini tentang gaya hidup lelaki!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim