Cabaran paling besar bagi kebanyakan kita semua sepanjang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan bukanlah menahan lapar tetapi lebih kepada menahan dahaga.
Apatah lagi buat anda yang bekerja dalam bidang yang berada di luar atau banyak melakukan pergerakan menggunakan tenaga. Jika pada hari biasa pun kita sentiasa dinasihatkan oleh doktor untuk minum air kosong dengan mencukupi.
Bila bercakap mencukupi kebanyakan doktor akan memberikan saranan agar kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas minuman sehari.
Jadi bagaimanakah caranya untuk kita minum air dengan mencukupi pada kuantiti tersebut di bulan puasa?
Anda boleh lakukannya dengan mengikuti jadual seperti yang pernah dikongsikan oleh laman page FB, Public Health Malaysia.
Mereka berkongsikan jadual yang teratur bagaimana untuk minum air 1 gelas mengikut masa diberikan anda boleh capai misi 8 gelas sehari.
BERIKUT GILIRAN MINUM SETIAP 1 GELAS SEPANJANG BULAN RAMADAN
1 GELAS
Selepas bangun sahur
Ads
1 GELAS
Selepas bersahur
1 GELAS
Selepas azan Maghrib @ waktu berbuka
1 GELAS
Selepas tunaikan solat Maghrib
1 GELAS
Selepas makan
Ads
1 GELAS
Selepas solat Isyak
1 GELAS
Setelah selesai solat Terawih
1 GELAS
Sebelum masuk tidur
Ads
Genap 8 gelas untuk sepanjang hari pada bulan puasa. Siapa cakap kita tak boleh minum air sebanyak 8 gelas. Bagi anda yang ingin diet, turunkan berat badan serta ubah corak pemakanan inilah waktu yang paling sesuai sekali.
Kredit:
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN bagi update terkini tentang gaya hidup lelaki!
https://www.youtube.com/watch?v=2w3hiAaL-tk&t=22s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang terutamanya mula menginjak usia pertengahan 30-an atau 40-an pastinya mula resah apabila melihatkan angka saiz pinggang yang semakin meningkat.
Masalah berat badan terutamanya boroi kini dikenal pasti sebagai salah satu perkara yang sering menjadi kebimbangan utama lelaki.
Jadi tidak hairanlah mengapa ramai lelaki mula berusaha keras dan mengubah gaya hidup untuk menurunkan berat badan.
Akan tetapi bagaimana pula selepas bersenam dan berdiet tetapi berat badan tidak turun dengan ketara?
Terdapat beberapa sebab kenapa berat badan mungkin tidak turun walaupun telah melakukan senaman dan diet yang konsisten. Berikut lima punca atau sebab utama yang mungkin menjadi punca masalah tersebut.
METABOLISME PERLAHAN
Salah satu faktor utama yang boleh mempengaruhi kehilangan berat badan adalah kadar metabolisma individu.
Setiap orang mempunyai kadar metabolisma yang berbeza, dan beberapa individu mungkin mempunyai metabolisme yang lebih perlahan daripada yang lain.
Metabolisme yang perlahan bermaksud badan membakar kalori dengan lebih lambat, yang boleh menyebabkan penurunan berat badan yang perlahan.
KEKURANGAN KALORI
Walaupun diet yang ketat boleh membantu menurunkan berat badan pada awalnya, ia juga boleh menyebabkan tubuh kekurangan kalori yang penting untuk fungsi harian yang normal.
Ini boleh menyebabkan badan merasa kebuluran dan melambatkan proses penurunan berat badan. Penting untuk memastikan bahawa diet yang diikuti adalah seimbang dan menyediakan badan dengan semua nutrien yang diperlukan.
Saat-saat tertentu, berat badan yang tidak berubah mungkin disebabkan oleh retensi air. Faktor seperti pemakanan yang tinggi dalam garam, hormon, dan tahap aktiviti fizikal boleh mempengaruhi berapa banyak air yang ditahan oleh badan. Ini boleh memberikan kesan sementara pada berat badan, tetapi ia bukanlah peningkatan lemak sebenar.
KETIDAKSEIMBANGAN HORMON
Ketidakseimbangan hormon dalam badan juga boleh menjadi penyebab berat badan yang tidak berubah.
Hormon seperti insulin, tiroid, dan hormon seks boleh mempengaruhi penurunan berat badan. Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan pengumpulan lemak di kawasan tertentu atau menghalang penurunan berat badan secara keseluruhan.
KURANG SENAMAN EFISIEN
Walaupun melakukan senaman, jenis senaman yang dipilih juga memainkan peranan penting dalam penurunan berat badan.
Senaman kardiovaskular yang berkualiti tinggi dan latihan beban yang sesuai boleh membantu meningkatkan kadar metabolisma dan membakar lebih banyak kalori. Sebaliknya, melakukan senaman yang tidak mencukupi atau kurang intensiti mungkin tidak menghasilkan hasil yang diinginkan.
Jadi secara kesimpulannya, penurunan berat badan adalah proses kompleks yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Jika berat badan anda tidak turun walaupun telah melakukan senaman dan diet, penting untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pakar pemakanan untuk menentukan sebab yang mungkin.
Mungkin anda perlu membuat penyesuaian dalam pelan senaman dan pemakanan atau mendapatkan nasihat profesional.
Selain itu, kekal sabar dan konsisten adalah kunci untuk mencapai matlamat penurunan berat badan anda.
Jom subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki yang sebenarnya malas bersenam memberikan alasan bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk bersenam.
Saudara sekalian, percayalah bahawa itu adalah alasan semata-mata. Ini kerana asenaman ringkas yang biasa bukannya mengambil masa yang lama. Malah beberapa teknik senaman tidak menuntut anda memerlukan ruang yang banyak atau menggunakan peralatan yang mahal.
Percaya tau tak jika MASKULIN katakan anda juga boleh melakukan senaman di atas kerusi semasa berada di pejabat. Dan ia boleh dilakukan tak lebih daripada 15 minit.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 teknik senaman yang boleh anda lakukan dengan menggunakan kerusi.
Senaman Kayuh
Pertama sekali anda perlu duduk di hujung kerusi. Beri sokongan kepada bahagian atas badan dengan menyandarkan bahu di atas kerusi. Kemudian letakkan kedua kaki anda dalam posisi seperti mengayuh basikal.
Mulakan aksi mengayuh dengan mengangkat paha hampir ke otot perut anda. Lakukan dengan perlahan-lahan hingga otot perut anda terasa tegang.
Plank
Ya, anda boleh lakukan senaman plank dengan menggunakan kerusi pejabat. Tapi plank tak memerlukan anda turun naik seperti tekan tubi, sebaliknya menahan beban badan dengan tangan dan kaki selama yang boleh.
Buka lengan dan letakkan tangan di atas permukaan kerusi atau meja dan berjalan ke belakang hingga satu sudut terbentuk. Letak jari kaki anda dalam keadaan renggang. Naikkan pinggul hingga membentuk garisan lurus dari bahu ke kaki. Tahan selama 30 hingga 60 saat.
Crunches
Kebiasaannya ini merupakan senaman yang dilakukan di atas permukaan atau lantai. Tapi ia sebenarnya juga boleh dilakukan di atas kerusi. Duduk di atas kerusi dengan posisi lurus pada 90 darjah dengan lutut dibengkokkan dan kaki di atas lantai.
Kemudian letak tangan anda di tepi kepala atau di atas dada dan gerakkan badan anda ke depan dan ke belakang. Ketatkan otot perut anda seketat yang boleh dan ulang dengan bergerak ke belakang dan ke depan semula. Ulang selama beberapa kali.
Silang Siku Dan Lutut
Ini pula senaman yang boleh dilakukan dengan duduk menegak di dengan kedua-dua tangan di sisi atas kepala. Mula-mula, pusingkan badan anda dengan mengangkat kaki kanan dan membawa siku kiri menyentuh lutut kanan.
Pastikan kaki anda diangkat perlahan-lahan, tidak terlalu cepat untuk memberi tekanan kepada otot perut. Ganti pula dengan mengangkat kaki kiri ke atas dan membawa siku kanan menyentuh lutut kiri. Anda akan dapat rasa otot perut yang menegang.
Leg Pull In
Senaman ini pula lebih menakankan kepada bahagian perut. Duduk seperti biasa dan kemudian angkat badan anda menggunakan kekuatan kedua-dua tangan. Rapatkan kedua-dua kaki dan angkat ke paras dada.
Seeloknya angkat perlahan-lahan hingga otot perut terasa tegang. Kemudian berhenti seketika bila lutut mendekati dada dan turunkan semula kaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Good morning! Pastinya selepas bangun tidur badan rasa sangat ‘lemau’bukan? Sebab itulah kita akan lebih gemar untuk menggeliat bagi memberikan kesegaran pantas terhadap tubuh badan dan otot-otot.
Atau mungkin mencapai telefon pintar untuk memeriksa notifikasi terkini di laman media sosial?
Apa kata kita sama-sama ubah tabiat baru dan melakukan senamam ringkas selama 5 minit yang bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal dan tetapi juga mental.
Malah dengan senaman ringkas ini anda boleh dapatkan badan yang lebih segar secara serta-merta!
Regangan atas
Sebelum bangkit dari katil anda boleh mulakan regangan ini dahulu. Lunjurkan tangan ke atas kepala dan regangkan kaki ke bawah. Rasakan regangan tangan dan kaki kemudian tarik nafas sebanyak tiga atau empat kali.
Regangan lutut ke dada
Angkat kaki dan pegang bahagian lutut ke dada. Pastikan kaki bengkok secara semulaj adi dan tidak menyakitkan. Jangan angkat angkat kepala kerana ia boleh membuatkan leher kejang. Tarik nafas beberapa kali dan ulang dengan kaki sebelah lagi.
Regangan hamstring
Pegang sebelah kaki dan angkat ke atas. Kemudian cuba luruskan kaki setegak yang munkin. Ingat jangan paksa diri hingga ia mengakibatkan kecederaan. Tarik nafas beberapa kali dan rasakan regangan yang terjadi di bahagian kaki. Ulang kaki sebelah lagi.
Dada ke lutut
Tarik kedua-dua belah lutut ke dada dan perlahan-lahan pegang kaki ke bawah. Sekali lagi diingatkan jangan naikkan kepala. Tarik nafas beberapa kali.
Pusingan lutut
Lakukan senaman ini dengan perlahan. Gerakkan kedua-dua lutut ke kiri dan ke kanan. Pastikan badan dan abhu tidak berganjak. Ulang selama beberapa kali.
Pusingan badan
Okay, sekarang anda boleh angkat badan dalam posisi duduk, Pusing badan ke kiri dan kanan secara bergilir-gilir. Pastikan anda berasa selesa apabila melakukan pusingan badan begini.
Regangan dada
Tolak bahu ke belakang sejauh yang mungkin dengan kedua-dua belah tangan di bahagian pinggang. Otot bahagian bahu pasti merasa regangan ini.
Regangan bahagian belakang
Genggam kedua-dua belah tangan dan lunjurkan tangan ke depan.Tundukkan kepada ke bawah dan regangkan tangan.
Regangan duduk hamstring
Luruskan kedua-dua belah kaki. Perlahan-lahan bengkokkan badan ke bawah dengan tangan ke arah kaki. Lakukannya selama beberapa kali diselang dengan menarik nafas.
Semoga senamam 5 minit ini memberi manfaat sangat berguna untuk anda semua. Mulakan hari dengan badan yang lebih segar dan sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.