Gaya Hidup

Tip Menabung & Menyimpan Duit Dengan Cara Paling Senang

Share

Awal tahun tempoh hari pasti ramai di antara anda menyimpan hasrat untuk menabung dan menyimpan, bukan?

Jadi sekarang sudah hampir di penghujung bulan Januari, bagaimana dengan misi anda? Adakah duit yang disimpan bertambah atau pun hanya bersemangat untuk minggu pertama sahaja?

Menyimpan dan menabung wang adalah satu perkara yang semua orang harus lakukan. Jangan pula kita jadikan alasan gaji kecil atau tak cukup wang untuk menabung. Sebenarnya walau berapa banyak pendapatan sekalipun menabunglah setakat yang anda mampu.

Apa yang penting anda harus mula menabung. Tapi mungkin ada di antara anda mengeluh dan tidak tahu bagaimana cara untuk menabung atau menyimpan duit.

Ada cara mudah dan senang anda boleh ikuti. Nak tahu bagaimana? Ikuti beberapa tip di bawah;

KEMAMPUAN

Pertama sekali anda harus ukur kemampuan diri untuk menyimpan setiap hari. Tapi anda kena tetapkan walau apa cara sekalipun setiap hari WAJIB ada simpanan. Kalau contohnya pada ketika itu anda ada duit lebih simpanlah RM50. Jika tiada wang, anda boleh simpan RM1 sekalipun.

BACA: Cara Delete Akaun Facebook Selepas Meninggal, Ini 5 Langkah Mudahnya

CATAT

Untuk pastikan diri sentiasa berdisiplin menyimpan anda harus mempunyai sebuah buku catitan khas. Di dalam buku tersebut catitkan tarikh untuk setiap hari dalam bulan tersebut. Tandakan setiap hari di mana anda menyimpan dan jumlahnya. Dengan melakukan catitan begini anda akan jadi lebih bersidiplin.

TABUNG KETAT

Menggunakan tabung yang boleh dibuka sebenarnya boleh mengundang parah kepada diri sendiri. Pasti akan ada godaan untuk ‘mengorek’ tabung dan gunakan duit tersebut melainkan anda betul-betul boleh berdisiplin. Tapi apa kata anda gunakan tabung yang memang tak boleh dibuka langsung. Lagi ‘kebal’ lagi bagus!

WANG KECIL

Syiling 50 sen, kecil-kecil tapi berbisa!

Jangan pandang remeh pada wang syiling ya. Untuk dapatkan hasil yang lebih baik anda mungkin boleh mula simpan setiap syiling 50 sen yang diperolehi. Dapat sahaja syiling 50 sen, ketepikan dahulu untuk disimpan. Mungkin dalam setahun anda boleh dapat RM500 dengan syiling 50 sen sahaja!

SYILING

Untuk yang ingin lebih radikal anda boleh simpan semua syiling yang diperolehi. Maksud di sini ialah anda tak guna langsung duit syiling. Bila dapat terus letak tepi untuk dimasukkan dalam tabung. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

IKUT MINGGU

Antara teknik yang ramai orang gunakan ialah memastikan setiap minggu mencapai sasaran. Contohnya pada minggu pertama anda sasarkan jumlah simpanan RM70. Untuk minggu seterusnya anda kena pastikan bahawa jumlahnya sentiasa meningkat. Cukup setahun memang jumlah simpanan anda sangat kencang!

Walau apa jua teknik menyimpan yang anda amalkan, apa yang penting ialah disiplin diri. Jangan bila baru sahaja menyimpan terus rasa nak guna duit tersebut. Memang tak ke manalah simpanan anda. Hehe.

Selamat mencuba!

Published by
Farizul Izwany