Terlalu banyak menabung cara kreatif dan mudah yang telah dikongsikan. Semuanya bergantung pada diri sendiri mengikut kemampuan bajet anda untuk menabung.
Bagi yang masih tercari-cari cara sesuai untuk menabung, anda boleh praktikkan cara kreatif yang diamalkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Wan Nor Adilah ini.
Cara kreatifnya menyimpan setiap note duit membolehkan dia menabung sebanyak RM4,074 dalam tempoh setahun.
Jom kita ikuti perkongsiannya.
BACA: Lelaki Kongsi Tip Simpan Duit Cara Mudah & ‘Old School’ Elak Sengkek Hujung Bulan!
Tu dia. Sikit2 lama2 jadi bukit. Ummi start 01 Jan-31 Disember 2018 kumpul duit ni. Tahun 2017 tak berjaya sebab bulan 5 Ummi ambik. Tahun 2018 bertekad tak nak usik.
Di samping Ummi main kutu duit. Simpan la juga sikit2. Menabung untuk masa depan. Ummi ni bukan kerja makan gaji. Tiap2 bulan Ummi main kutu. Kalo tak niaga kek duit tak masuk. Jadi ade peluang simpan la duit. Sekarang ni keluar rumah pun semua guna duit. Alhamdulillah dah masuk bank. Ummi siap buat buku tanda2.
BACA: Tip Simpan Duit Ribuan Ringgit Cara Sempoi, Orang Gaji Ciput Pun Boleh Try!
RM1 — Ummi simpan RM1 setiap hari. Setahun Ummi genapkan RM400
RM5 — Yg ni Ummi simpan setiap minggu 2 keping, total Ummi genapkan 108 keping jadi RM540
❤️RM10 — Yg RM10 pula Ummi simpan 2 keping setiap minggu, dapat 110 keping total RM1100
RM20 — Yg ni Ummi simpan 2 keping setiap bulan, jadi RM500 25 keping
RM50 — Ummi simpan setiap bulan genap. Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember total RM30
RM100 — Yg ni pula setiap bulan ganjil. Jun, Mac, Mei, Julai, September, November. Total RM600
Duit syiling kalo ada Ummi masuk tabung.
BACA: Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!
Alhamdulillah duit kertas RM3440 dan duit syilling RM634. Total semua RM4074. Insha Allah sambung lagi 2019. Semoga Ummi bertekad macam tahun lepas jangan buat separuh jalan?