Jika anda seorang lelaki yang sentiasa mementingkan gaya pastinya almari anda tidak hanya terisi dengan seluar jean semata. Dalam gaya seharian kita perlu lebih ada variasi dan pilihan yang bukan hanya tertumpu kepada satu jenis stail sahaja.
Selain seluar jean di antara jenis seluar yang wajib ada dalam koleksi seorang lelaki ialah seluar ‘slack’, khaki atau chino. Ramai lelaki sebenarnya tidak tahu dengan penggayaan serta kombinasi outfit yang betul ia mampu menyerlahkan sisi tampan pemakainya.
Sama seperti pakaian yang lain memilih seluar jenis ini perlukan mengambil kira faktor bentuk badan. Ini bagi memastikan gaya atau fit yang anda ingin paparkan tampak lebih kemas, bergaya dan segak. Dan memilih khaki sesuai ini tidak mengira peringkat umur.
Bagi anda yang tidak berapa jelas tentang khaki dan chino, ia merupakan sejenis seluar panjang yang kebiasaannya diperbuat daripada fabrik cotton. Kebiasaannya ia tampil dengan warna kelabu, coklat cair atau pun navy.
Berikut MASKULIN kongsikan panduan memilih seluar ‘slack’ atau khaki untuk anda semua.
UKURAN PINGGANG & CAWAT
Sama seperti seluar anda yang lain, khaki yang anda ingin pilih haruslah memenuhi beberapa kriteria saiz yang sesuai. Ia harus mempunyai saiz pinggang yang sama padan dengan pinggang. Dalam erti kata lain ia tidak akan terlondeh jika dipakai bersama dengan tali pinggang.
Ads
Bagi seluar jenis khaki dan chino, kedudukan pinggangnya lebih rendah berbanding seluar sut. Anda juga boleh memilih seluar yang pinggangnya sama seperti jeans yang selalu dipakai.
Manakala di bahagian cawat pula anda harus pastika ia tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pastikan cawat seluar yang ingin dipilih memberikan ruang selesa di bahagian punggung. Jika ia kelihatan terlalu padat bermakna seluar itu ketat. Manakala jika ia terlihat ada banyak kedutan di bahagian punggung bermakna cawat seluar terlebih besar.
Jika perkara ini berlaku mungkin anda boleh turunkan setengah saiz seluar. Dan jika ia tidak berhasil juga anda boleh bawa seluar ke kedai tukang jahit untuk melakukan sedikit ubah suai.
Ads
BAHAGIAN PEHA & KAKI
Satu perkara anda harus ingat. Jangan jadikan seluar khaki atau chinos seperti skinny jenas. Sepasang seluar khaki hendaklah selesa dipakai dan tidak terlalu ketat. Kebanyakan jenis kain yang digunakan untuk hasilkan khaki bukanlah jenis mudah regang.
Berbeza dengan jeans, seluar khaki perlu ada sedikit ruang di bahagian peha. Jika ditarik ia seharusnya berukuran 1 inci dan tidak lebih 1.5 inci. Sama juga di bahagian kaki, jangan pakai seluar khaki yang terlalu ketat seperti skinny jeans.
LABUH SELUAR
Kita sebagai orang Asia selalu berdepan masalah labuh seluar yang berlebihan. Ini terutamanya apabila membeli seluar khaki atau chinos jenama luar negara dari Eropah atau Amerika Syarikat.
Usah khuatir kerana kini semakin banyak jenama yang sudah cakna dengan saiz lelaki Asia. Dan jika ia terlalu labuh anda boleh bawa ke kedai tukang jahit dan dapatkan labuh yang sesuai.
Ads
Jika anda menggayakan kasut dengan gaya sockless, pakailah seluar khahi yang agak senteng dengan kedudukan labuhnya sedikit di atas buku lali. Jangan biarkan ia menjadi terlalu labuh kerana ia hanya mewujudkan lipatan yang tidak enak dipandang. Ingat, khakis bukan seluar jeans.
Manakala bagi gaya yang lebih konvensional pula labuh seluar perlu berada di atas buku lali. Jika anda terasa ia sedikir labuh, lipat kaki seluar tidak melebih dua kali.
Semoga perkongsian panduan gaya ini memberikan manfaat buat anda.
Jangan lupa untuk ikuti dan subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik tentang gaya hidup lelaki.
Selain daripada Netizen sibuk dengan Syed Saddiq, Agong juga tidak terlepas untuk mendapat perhatian umum. Walaupun ada segelintir pihak mengkritik Agong yang berasal dari Kelantan itu, ada juga pihak yang memuji dengan caranya yang santai dan tidak terlalu terikat dengan protokol. Selain dari isu ketampanan wajah Agong, telefon bimbit di poket dada baju melayunya juga menjadi perhatian. Khamis lalu, Tun Dr Mahathir sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Majlis mengangkat sumpah di Istana Negara itu berjalan dengan lancar.
Ketika majlis tersebut, pasti ramai yang perasan telefon pintar yang diletakkan di poket baju Melayu Tuanku. Ramai juga yang tertanya-tanya, telefon pintar jenama apa yang digunakan oleh Tuanku dan ada juga yang cuba meneka.
Baru-baru ini portal SoyaCincau dan VidDaily cuba meneka telefon apa yang digunakan oleh Tuanku. Menerusi posting di Facebook, rata-rata netizen meneka ianya bukan telefon pintar iPhone dan Tuanku mungkin menggunakan telefon pintar Samsung seperti Galaxy S8 atau S9 berdasarkan bentuk lengkung telefon tersebut. Sukar untuk meneka memandangkan Tuanku menggunakan casing telefon yang bertutup.
Melihat pada lubang suara telefon tersebut, telefon pintar itu dipercayai bersaiz 16:9. Namun lubang suara itu tidak sepadan dengan telefon pintar Samsung keluaran terbaru kerana disebabkan skrin paparan yang besar, lubang suara diletakkan lebih tinggi.
Perbandingan lubang suara Galaxy S9+, Note8, iPhone 8 Plus dan iPhone X
Satu lagi faktor yang boleh diambil kira ialah dengan mengetahui lebar dan ketinggian telefon tersebut. Agak mustahil untuk dapatkan ukuran tepat, namun dengan ketinggian dan lebar 224 × 115 piksel melalui Photoshop, nisbahnya ialah 1.95.
Berikut adalah nisbah lebar & ketinggian untuk 4 telefon pintar utama
Galaxy S9 – 147.7mm x 68.7mm = 2.149
Galaxy S9 + – 158.1mm x 73.8mm = 2.142
Note8 – 162.5mm x 74.8mm = 2.172
iPhone 8 Plus – 158.4mm x 78.1mm = 2.028
iPhone X – 143.6mm x 70.9mm = 2.025
Berdasarkan perbandingan di atas, kemungkinan besar Tuanku menggunakan iPhone 8 Plus. Namun ada netizen yang cepat-cepat memberikan pendapat bahawa tiada flip cases untuk iPhone. Tetapi ianya tidak benar kerana flip cases untuk iPhone sememangnya ada.
Rasanya ini pertama kali kita tengok Yang Dipertuan Agong letak telefon dalam poket baju Melayu semasa acara rasmi. Macam-macam perangai rakyat Malaysia ni. Sampai handphone Agong pun mereka kaji.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wangian yang wangi itu sentiasa buat sesiapa senang dengan anda. Malaysia mempunyai suhu yang tidak stabil dan sering menyebabkan hormon pada badan anda tidak menentu. Ada kalanya anda akan berasa badan anda segar walhal, badan anda hamis dan kurang selesa untuk didekati.
Wangian merupakan jalan terbaik untuk menutup aib anda ketika anda keluar bersama teman rapat mahupun kekasih. Tentu anda tidak mahu pasangan anda lari dari anda kan? Ini antara wangian yang boleh anda gunakan untuk buat si dia atau teman rapat anda selesa untuk bergaul dengan anda:
Ralph Lauren Polo Ultra Blue
Wangian yang bersifat segar ini sesuai untuk digunakan secara harian. Jika anda mengenakan wangian ini dalam 2-3 semburan pada awal pagi, ia masih kekal segar pada badan anda sepanjang hari walaupun anda masih belum balik serelah lewat malam.
Missoni Pour Homme
Missoni Pour Homme, wangi lelaki terbaru Italy house Fashion, diibaratkan seperti memakai Blazer mewah di tepi pantai.Ia diilhamkan dari wangian pantai-pantai Mediterranean yang cerah yang diterjemahkan menjadi bau yang sangat segar. Ramuan lemon hijau yang digabungkan dengan halia menjadikan cologne ini eksotik dan sesuai untuk dipakai di mana-mana musim.
Atelier Cologne Bergamote Soleil
Bergamote Soleil Atelier Cologne adalah cologne musim panas yang menarik kerana ia mempunyai bau seperti mengupas oren di tepi pantai. Ramuan utama Calabrian bergamot segera menjadikan si pemakai berasa gembira walaupun berhadapan dengan panas terik mentari. Ia sesuai dipakai jika anda sering bekerja di kawasan terbuka dan peluh, tidak menjadikan badan anda hamis!
Jo Malone London Wood Sage & Sea Salt
Seperti berada di tepi laut British, cengkerang Kayu Sage & Salt Salt Jo Malone London adalah wangi asin yang kaya dengan kayu yang sama sekali berbeza dengan apa yang biasanya kita fikirkan. Diilhamkan dari garis pantai yang berbatu di Kepulauan British, garam dan herba menjadi keutamaan ramuan. Ia adalah bau yang halus setiap hari, sesuai untuk lelaki yang bercuaca seperti negara kita walaupun seharian di pejabat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengenali insan bernama lelaki ini sebenarnya tidak sukar dan rumit seperti tanggapan ramai wanita. Lelaki mungkin tidak kerap melahirkan perasaan sayang secara langsung, namun mereka cuba menyampaikannya melalui tindakan mereka.
Berikut ini adalah rahsia yang dimiliki seorang lelaki:
TIDAK BERTERUS TERANG
Secara genetik, lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap seperti perempuan. Menurut seorang pakar, perempuan boleh mengeluarkan antara enam hingga lapan ribu perkataan sehari. Sementara lelaki rata-rata berkata-berkata antara dua hingga empat ribu patah perkataan sahaja.
HANYA KERANA HOBI
Disebabkan di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakan wanita, seperti untuk mengukur sudut pandang (angle), kecepatan dan jarak, lelaki sanggup tidak tidur malam semata-mata kerana hobinya.
SANGGUP MENGHABISKAN DUIT
Ini kerana peralatan elektronik atau aksesori kereta boleh dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa. Bagi lelaki, benda tiga dimensi terlihat lebih menarik dan mensimulasikan Visual Spatial Awareness atau VSA otak mereka.
LELAKI JARANG BERGOSIP
Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi, cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada seseorang yang hendak digosipkan berada berhampiran kamu. Kalau mereka punya masalah dengan seseorang, biasanya mereka akan mendiamkan diri atau melupakannya sahaja.
SELALU ‘MENGAGUNGKAN’ IBU MEREKA
Bagi lelaki, ibu mereka adalah wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibu.
PELBAGAI KOLEKSI PERIBADI
Suka mengumpul barang-barang seperti komik, jam tangan, CD, seluar denim dan sebagainya. Dia sanggup mencari barangan ini walaupun sukar untuk mendapatkannya.
SUKA MELIHAT PEREMPUAN SEKSI
Lelaki memang suka melihat perempuan seksi tetapi dia tidak suka jika teman wanitanya berpakaian seksi dan menjadi perhatian lelaki lain.
YANG SELALU BERFIKIRAN POSITIF
Wanita yang selalu ceria ketika berjumpa kekasih hatinya mampu membuat suasana di setiap pertemuan menjadi lebih berkesan. Meskipun anda bukan dalam kategori wanita terlalu cantik, namun anda tetap dianggap sebagai sesuatu yang paling bermakna dalam hidupnya.
YANG FLEKSIBEL
Lelaki paling tidak suka dengan wanita yang keras kepala dan mementingkan dirinya sendiri. Lelaki bukan sekadar mahu dihormati, tetapi mereka memang menyampah dengan wanita yang tidak kisah dengan perasaan orang lain.
YANG JUJUR, SEDERHANA & SETIA
Lelaki selesa berada di sisi wanita yang jujur dan setia dalam perhubungan. Mereka amat menghormati wanita yang tidak berpura-pura dan menjadi seadanya diri sendiri. Lelaki akan lebih terpesona pada wanita yang bersikap wajar, serta pandai menyatakan apa yang ada dalam fikirannya tanpa ‘perasan bagus’.
YANG SUKA BERJIMAT-CERMAT
Lelaki paling tidak suka dengan wanita yang boros. Mereka menyenangi wanita yang pandai dan bijak menentukan perbelanjaan.
YANG BERBUDI BAHASA & BAIK HATI
Hampir semua lelaki menyenangi wanita yang berbudi bahasa dan baik hati. Bagi mereka, itu lebih berharga daripada material. Lelaki berasa kagum pada wanita yang menunjukkan perhatian dan sikap peduli pada hubungan mereka.
YANG BIJAK
Kebijaksanaan ibarat pancaran cahaya yang memukau sesiapa sahaja. Wanita jenis ini memiliki kuasa magnet yang kuat untuk menebar pesona. Keperibadian wanita sebegini sering menarik ramai lelaki untuk mendekatinya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.