Jika anda seorang lelaki yang sentiasa mementingkan gaya pastinya almari anda tidak hanya terisi dengan seluar jean semata. Dalam gaya seharian kita perlu lebih ada variasi dan pilihan yang bukan hanya tertumpu kepada satu jenis stail sahaja.
Selain seluar jean di antara jenis seluar yang wajib ada dalam koleksi seorang lelaki ialah seluar ‘slack’, khaki atau chino. Ramai lelaki sebenarnya tidak tahu dengan penggayaan serta kombinasi outfit yang betul ia mampu menyerlahkan sisi tampan pemakainya.
Sama seperti pakaian yang lain memilih seluar jenis ini perlukan mengambil kira faktor bentuk badan. Ini bagi memastikan gaya atau fit yang anda ingin paparkan tampak lebih kemas, bergaya dan segak. Dan memilih khaki sesuai ini tidak mengira peringkat umur.
Bagi anda yang tidak berapa jelas tentang khaki dan chino, ia merupakan sejenis seluar panjang yang kebiasaannya diperbuat daripada fabrik cotton. Kebiasaannya ia tampil dengan warna kelabu, coklat cair atau pun navy.
Berikut MASKULIN kongsikan panduan memilih seluar ‘slack’ atau khaki untuk anda semua.
UKURAN PINGGANG & CAWAT
Sama seperti seluar anda yang lain, khaki yang anda ingin pilih haruslah memenuhi beberapa kriteria saiz yang sesuai. Ia harus mempunyai saiz pinggang yang sama padan dengan pinggang. Dalam erti kata lain ia tidak akan terlondeh jika dipakai bersama dengan tali pinggang.
Ads
Bagi seluar jenis khaki dan chino, kedudukan pinggangnya lebih rendah berbanding seluar sut. Anda juga boleh memilih seluar yang pinggangnya sama seperti jeans yang selalu dipakai.
Manakala di bahagian cawat pula anda harus pastika ia tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pastikan cawat seluar yang ingin dipilih memberikan ruang selesa di bahagian punggung. Jika ia kelihatan terlalu padat bermakna seluar itu ketat. Manakala jika ia terlihat ada banyak kedutan di bahagian punggung bermakna cawat seluar terlebih besar.
Jika perkara ini berlaku mungkin anda boleh turunkan setengah saiz seluar. Dan jika ia tidak berhasil juga anda boleh bawa seluar ke kedai tukang jahit untuk melakukan sedikit ubah suai.
Ads
BAHAGIAN PEHA & KAKI
Satu perkara anda harus ingat. Jangan jadikan seluar khaki atau chinos seperti skinny jenas. Sepasang seluar khaki hendaklah selesa dipakai dan tidak terlalu ketat. Kebanyakan jenis kain yang digunakan untuk hasilkan khaki bukanlah jenis mudah regang.
Berbeza dengan jeans, seluar khaki perlu ada sedikit ruang di bahagian peha. Jika ditarik ia seharusnya berukuran 1 inci dan tidak lebih 1.5 inci. Sama juga di bahagian kaki, jangan pakai seluar khaki yang terlalu ketat seperti skinny jeans.
LABUH SELUAR
Kita sebagai orang Asia selalu berdepan masalah labuh seluar yang berlebihan. Ini terutamanya apabila membeli seluar khaki atau chinos jenama luar negara dari Eropah atau Amerika Syarikat.
Usah khuatir kerana kini semakin banyak jenama yang sudah cakna dengan saiz lelaki Asia. Dan jika ia terlalu labuh anda boleh bawa ke kedai tukang jahit dan dapatkan labuh yang sesuai.
Ads
Jika anda menggayakan kasut dengan gaya sockless, pakailah seluar khahi yang agak senteng dengan kedudukan labuhnya sedikit di atas buku lali. Jangan biarkan ia menjadi terlalu labuh kerana ia hanya mewujudkan lipatan yang tidak enak dipandang. Ingat, khakis bukan seluar jeans.
Manakala bagi gaya yang lebih konvensional pula labuh seluar perlu berada di atas buku lali. Jika anda terasa ia sedikir labuh, lipat kaki seluar tidak melebih dua kali.
Semoga perkongsian panduan gaya ini memberikan manfaat buat anda.
Jangan lupa untuk ikuti dan subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik tentang gaya hidup lelaki.
Pencukuran adalah asas dalam kehidupan seharian setiap orang. Pencukur yang bagus dan baik selalunya mempunyai keupayaan untuk membuang keseluruh bulu di setiap bahagian. Oleh itu, Kelab bercukur dalam talian yang terkemuka di Asia menjanjikan penjimatan dan pengalaman bercukur yang premium bagi pelanggannya demi mendapatkan cukuran yang sempurna.
Dengan penawaran pelbagai rangkaian produk pencukur serta bilah pencukur yang sesuai untuk semua jenis muka, Shaves2U membolehkan pelanggan memberi pengalaman cukur sambil memperoleh kadar penjimatan sebanyak 40%. Menariknya mengenai set Shaves2U ini, pelanggan boleh dapatkan satu kotak percubaan dalam tempoh 2 minggu dengan harga RM6.50 yang merangkumi sebilah pencukur serta krim pencukur yang akan dihatar terus ke rumah anda.
Jika pengguna berpuas hati dengan kit percubaan tersebut, mereka akan menerima isian semula berdasarkan jenis bilah dan frekuensi yang mereka telah pilih. Pelan bercukur yang boleh dipilih suai sepenuhnya bermula dari RM26 untuk setiap pesanan, dan boleh disuai mengikut jenis bilah (tiga, lima atau enam bilah) dan interval penghantaran (dua, tiga atau empat bulan).
Pengasas Shaves2U melihat lelaki di Malaysia gemar kelihatan kemas dan tampak segak sepanjang masa tanpa perlu mengambil masa yang panjang ketika bersiap. Memahami corak lelaki di Malaysia yang berbilang bangsa dan jenis rupa, Shaves2U mengambil peluang ini sebagai satu langkah agar penggemar pencukur dapat merasai kelainan dalam setil cukuran.
Maklumat lanjut mengenai Shaves2U serta produk-produk dan pelan bercukur syarikat ini boleh didapati di shaves2u.com, dan maklumat yang terkini juga boleh didapati melalui media sosial di Facebook, Instagram dan Twitter.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Rumahtangga mana yang tak dilanda ombak? Tapi pelik juga kalau asyik bergaduh. Para suami akan merasa pelik jika si isteri marah-marah tak kena tempat. Ada beberapa faktor mengapa mereka sering melenting, tambahan bila ketika anda berada di rumah.
Suami abaikan isteri
Bukan semua lelaki curang, mungkin ada antara anda seorang Gamer, Ulat Buku atau Kaki Joran. Ini akan mengakibatkan pasangan anda rasa terabai. Sesekali jadi telinga mereka, dengar luahan hati mereka. Berbualan atas katil sangat membantu.
Suami Terlalu Sibuk
Ini juga antara perkara yang menyebabkan isteri melenting. Tambahan apabila isteri anda seorang Suri Rumah. Sudahlah dari pagi sampai petang dia ditinggalkan bersama anak-anak, hujung minggu anda juga hilang entah kemana. Jika program anda tidak dapat dielakkan, berusahalah untuk membawa keluarga anda bersama. Dah kahwin ni, banyak perkara kena tolak tepi. Kalau rasa tak boleh bawak famili, cancel program tersebut.
Kebebasan Isteri disekat
Kami faham tujuan anda menyekat kebebasan isteri, namun rajinkah anda melayan emosi mereka? Jika anda seorang yang sibuk, izinkan isteri anda beriadah. Contohnya, lepaskan mereka keluar ke taman bersama anak-anak anda, boleh dia berkenalan dengan ramai orang. Sekurang-kurangnya dia punya topik berbualan dengan anda pada waktu malam. Jika anda takut sangat isteri anda jadi ‘mak cik bawang’, bawak dia ke ceramah-ceramah agama berdekatan. Isi dada mereka dengan ilmu agama, barulah kurang marah-marah.
Anak terlalu ramai
Kerana itu dinasihatkan agar anda rancang keluarga anda. Anak anda ramai, anda pula sibuk bekerja, ini akan menambahkan lagi stress isteri anda. Dikemudian hari, anda juga akan bosan dengan isteri anda kerana mereka tidak betah melayan anda seperti dulu.
5) Isteri anda juga berkerjaya
Ekonomi hari ini bukanlah semudah yang disangka, kadang-kadang suami isteri harus berganding tenaga untuk menyara keluarga. Jika tanggungjawab anda mencari nafkah buat isteri dan anak-anak, tugas isteri anda pula memastikan makan dan pakai suami dan anak-anak terjaga. Kerja anda mungkin sudah tamat pada jam 5.30 petang, sebaliknya buat para isteri. Ringankan beban mereka dengan membantu mereka di dapur, menyediakan makan malam. Ataupun sekali-sekala ajak dinner di luar. Barulah isteri anda tak mengamuk tiap-tiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama J Balvin di kalangan peminat muzik Latin sememangnya tidak asing lagi. Malah tidak salah untuk MASKULIN katakan bahawa J Balvin merupakan antara penyanyi Ltin paling berpengaruh pada masa kini.
Bukan sahaja pengaruh muzik tetapi gaya trendy yang dibawa oleh beliau sentiasa mencuri perhatian banyak pihak. Jika sebelum ini dia memperkenalkan koleksi kolaborasi bersama BAPE, kini J Balvin mengumumkan bakal mengeluarkan kasut kolaborasi bersama Air Jordan.
Tampil dengan gaya tie dye dan padanan warna pelangi, ia merupakan rekaan unik yang pasti menjadi rebutan ramai. Warna gradien pelangi bermula dari hujung kaki kasut hinggalah ke pangkal buku lali menjadi identiti unik rekaan kasut ini.
J Balvin menjadi artis Latino pertama yang menampilkan kolaborasi dengan model Air Jordan 1.
Pandangan dekat mendapat rekaan swoosh Nike diperkemas dengan outline potongan fabrik yang kelihatan jagged. Manakala logo Happy Face dari J Balvin pula terdapar pada bahagian luar kasut di atas buku lali. Ia turut terdapat di bahagian lidah kasut bagi memberikan sentuhan detail yang unik.
Pada persembahan separuh masa di Super Bowl LIV Halftime Show, J Blavin dilihat menggayakan kasut ini ketika menyanyi bersama Jennifer Lopez dengan lagu ‘Que Color’dan ‘Mi Gante’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.