Tidak lengkap rasanya seorang lelaki yang ingin tampil bergaya sofistikated dan macho tanpa mengenakan kaca mata hitam.
Selain fungsinya untuk keselesaan mata, kaca mata hitam sebenarnya sebuah ekspresi gaya yang sangat mempunyai signifikan sangat besar terhadap lelaki.
Ia bukan sahaja boleh melahirkan imej yang hebat malah kaca mata hitam juga boleh menjadi salah satu cara yang paling senang untuk anda kelihatan relevan dengan fesyen semasa.
Kini lebih banyak jenama kaca mata hitam yang tidak begitu mahal terdapat di pasaran, dibandingkan dengan kategori aksesori yang lain. Sememangnya kaca mata punyai variasi pilihan rekaan dalam pelbagai bentuk saiz, tata hias dan perincian untuk semua individu.
Memadankan kaca mata dengan pakaian adalah cara yang paling pantas, berkesan, mudah serta lebih menjimatkan untuk menyerlahkan lagi penampilan gaya maskulin anda agar lebih hebat, terutama untuk anda yang ingin nampak berbeza di hari raya.
Kini terdapat kaca mata yang bingkainya diperbuat daripada bahan yang paling eksklusif dan unik seperti tanduk asli dan pelbagai bahan lagi. Rekaan ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit, tetapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit.
Di sini saya sertakan panduan asas bagi pemilihan sepasang cermin mata yang dapat memberi keseimbangan serta dapat menyerlahkan keistimewaan raut wajah anda.
Tip memilih sepasang cermin mata
1. Kepentingan saiz
Bagi memiliki cermin mata yg tampak seimbang dengan bentuk muka, pastikan bahagian atas bingkai sama ada selari dengan kening atau berada sedikit di bawah kening. Bingkai cermin mata yang berada di atas kening akan tampak seolah-olah kening anda berganda dan keadaan ini membuatkan anda tampak macam orang terkejut.
Ads
Bahagian tepi bingkai, iaitu tangkai atau batang bingkai tidak sepatutnya nampak terlalu terkeluar daripada wajah sisi anda.
Bahagian bawah bingkai tidak sepatutnya mencecah pipi. Kesilapan inilah yang sering berlaku. Cermin mata yang terletak terlalu rendah pada pipi membuatkan mata seperti terapung pada bahagian atas cermin. Mata anda sepatutnya berada ditengah-tengah cermin.
2. Hidung
Hidung panjang yang kecil boleh diberikan ilusi sedikit pendek jika kita memilih cermin mata yang sesuai. Pilih reka bentuk perangkai (bridge) yang rendah.
Ads
Bagi hidung yang pesek dan penyek, pilih bentuk perangkai yang tinggi untuk membentuk ilusi hidung yang panjang dan kecil.
3. Mata
-Jarak sepasang mata yang jauh boleh didekatkan dengan memakai cermin mata berwarna gelap dan berbingkai berat.
-Untuk memberi ilusi sepasang mata yang jauh bagi mereka yang punyai sepasang mata yang dekat, pilihlah perangkai yang cerah dan lut sinar.
4. Ringan atau berat cermin mata
Jika anda berbadan rendah dan mempunyai raut wajah yang lembut, wajah anda mungkin akan tenggelam pada cermin mata yang berat. Pilihan yang tepat adalah cermin mata berbingkai kecil dengan buatan metal yang ringan atau cermin mata tanpa bingkai adalah lebih menarik.
Tetapi jika anda berbadan besar dan mempunyai rangka yang besar, memakai cermin mata kecil tampak seperti tidak kena. Oleh itu, pilih cermin mata yang besar dengan bingkai yang berat untuk memberi keseimbangan secara keseluruhan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa kata orang badan saiz besar dan tinggi seperti galah tak boleh dapat teman istimewa? Sebenarnya wanita ni tak hadap sangat pun dengan lelaki yang handsome macam Fattah Amin, sado macam Aaron Aziz. Cuma mereka perlukan perhatian dan kasih sayang. Muka elok tu satu bonus bagi mereka. Orang badan saiz besar pun mampu ada teman istimewa.
Kami kongsikan kepada anda beberapa tips untuk anda berjaya pikat wanita idaman anda. Kalau anda betul-betul ikut, anda dah tak single lagi dah. Ikut sahaja petua yang MASKULIN sediakan ini.
1. Wangi
Bau merupakan attraction buatwanita. Biar badan gemuk, tapi jangan busuk. Bau juga berfungsi sebagai alat untuk buat wanita itu turn on. Jadi rajin-rajinlah pakai perfume, ketika anda mendekati si dia.
Janganlah selebet sangat bila berhadapan dengan orang ramai. Kalau mampu, pakai produk kecantikkan untuk lelaki. Baju tu kalau boleh janganlah lusuh sangat. Kena sedar, kita ni bukan menarik, jadi effort tu kena extreme sikit.
3. Gentleman
Jangan poyo. Pernah tak anda terfikir, lelaki yang ke gym setiap hari, muscle berketul-ketul, tapi masih belum memiliki steady girlfirend. Ini kerana kualiti dalam diri lelaki tersebut kurang puas dimata wanita. Anda perlu faham kehendak wanita terlebih dahulu. Ikut kehendak mereka, tak bermaksud anda pak turut. Wanita ni seorang yang sangat perlukan perhatian. Kalau usaha anda cantik, mereka akan pertimbangkan anda. Percayalah.
4. Jangan takut untuk tegur mereka
Wanita ni memang ada ‘perangai’ mereka tersendiri. Dalam sesebuah hubungan perlu saling tegur-menegur. Anda akan kelihatan manly dimata wanita jika anda betulkan sikap mereka dengan baik. Tapi tunggu sehingga hubungan anda dah kukuh tau. Nanti wanita itu lari pula.
5. Jangan Clingy
Kami tahu bukan senang untuk wanita melayan anda, tapi apabila mereka memberi ruang untuk anda cuba mereka, jangan terlalu mendesak. Anda kena ingat, anda tak menarik! Anda tak boleh jual muka anda dimata mereka, tapi anda boleh jual sifat murni anda kepada mereka.
6. Jadi diri anda sendiri
Jangan cuba tiru orang lain, jika anda bukan seorang yang kaya, jangan tunjukkan kemewahan anda kepada wanita yang anda minat. Mungkin anda terdengar dari kawan-kawan, yang wanita ni meterialistik kan? Wanita akan lebih tertarik kepada anda, jika anda jujur dengan diri sendiri. Jika bukan wanita yang anda aim, mungkin kawan baiknya yang jauh lebih baik dari si dia?
So, korang yang berbadan besar tu jangan sedih-sedih tau! Percaya yang setiap orang tu dijadikan berpasang-pasangan. Abam bocey pun dah mendirikan rumahtangga, anda pun mampu juga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan industri fesyen juga antara yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda di dunia. Namun ia tidak mematahkan semangat penggerak industri ini untuk tampil dengan idea-idea merevolusikan fesyen. Antaranya pereka fesyen terkenal tanah air, Hatta Dolmat yang mengetengahkan koleksi dengan konsep lestari.
Tahun ini menyaksikan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) tidak dapat dilangsungkan secara fizikal. Pentas KLFW 2020 kali ini telah ditransformasikan ke bentuk digital.
Menjadi salah seorang pereka yang mengambil bahagian dalam edisi KLFW ini, Hatta Dolmat mengambil pendekatan yang cukup tersendiri dalam memperkenalkan koleksinya.
Beliau menjadi pereka fesyen Malaysia pertama yang merevolusikan penghasilan pakaian secara lestari. Ia bermakna pendekatan yang diambil memgambil kira aspek kelestarian alam sekitar yang dtiserlahkan dengan visi bagi mengurangkan lambakan sisa pepejal plastik dan tekstil.
Hatta menggabungkan fesyen dan kemampanan alam sekitar sebagai teras utama koleksi HD Monogram yang dilancarkan di KLFW Digital 13 November ini.
PIKUL TANGGUNGJAWAB
“Industri fesyen merupakan industri pengeluar sisa sampah dan pencemaran kedua terbesar selepas industri petroleum. Dikala kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran sisa plastik yang tidak terkawal, kita juga telah dihadapkan dengan masalah lambakan sisa tekstil di tapak pelupusan sampah.
“Justeru, selaku pereka fesyen dan seorang usahawan, ini merupakan tanggungjawab saya untuk mendidik dan memberi laluan yang kondusif bagi semua pereka fesyen untuk mengikuti jejak langkah saya dalam merevolusi industri kearah yang lebih lestari,” jelas Hatta Dolmat.
Tambahnya lagi, pereka fesyen seharusnya menjadi lebih peka terhadap masalah isu semasa dan melihat apa yang boleh dibantu melalui hasil rekaan dan seni masing masing.
Pengenalan koleksi HD Monogram di KLFW 2020 ini juga selari dengan sambutan ulang tahun Hatta Dolamt selama 15 tahun berkecimpung di dalam industri fesyen.
Penghasilan koleksi ini bukan sekadar hanya sebuah koleksi baru bagi mengisi ruang tayangan KLFW, namun Hatta menggunakan peluang ini bagi menghasilkan sebuah koleksi yang mempunyai nilai etika yang tinggi.
KOLABORASI TIGA SEKTOR
Baik dari segi pemilihan kain, penghasilan dan dari segi kelestarian juga dikawal rapi oleh pihak yang turut berkolaborasi bersama Hatta. Koleksi lestari sedia pakai HD Monogram merupakan gabungan kerjasama tiga sektor induk terdiri daripada Hatta Dolmat, SWCorp dan Kloth Cares.
Mereka bersama-sama tampil dengan hasrat mendidik masyarakat tentang kepenggunaan semula bahan kitar semula mampu untuk menghasilkan koleksi pakaian berkualiti tinggi.
“Tugas saya selaku pereka fesyen adalah untuk menghasilkan pakaian yang mempunyai nilai etika yang tinggi kepada pengguna. Industri fesyen telah disimbah dengan limpahan populariti dan kemewahan sejak sekian lama, namun tanpa disedari, kami selaku pereka juga memikul tanggung jawab sebegai penggerak ekonomi dunia.
“Malangnya, kita sudah jauh ketinggalan. Saya perlu mendidik rakan seperjuangan saya dan juga masyarakat untuk celik minda dan celik akal dalam melihat realiti kepentingan kelestarian”, tambah Hatta.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik tentang gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pastinya ada di antara wanita di luar sana berasa tersinggung dengan lelaki tatkala lelaki tidak mahu memilih mereka sebagai teman wanita, atau teman hidup. Lelaki bersifat simple, namun apabila sampai pada tahap menjadi pasangan hidup, mereka akan sedikit memilih. Menerusi Business Insider, para saintis di Amerika telah menemui 14 ciri-ciri yang dicari oleh lelaki untuk memiliki wanita ideal mereka. Namun, kami hanya akan merungkai 5 daripdanya.
Lebih bijak dari anda
Menurut artikel Evoke.ie, kajian menunjukkan wanita idaman lelaki haruslah lebih bijak dari mereka. Ini kerana, lelaki berasa selamat dan mudah untuk berkomunikasi dengan pasangan jika pasangan mereka lebih bijak daripadanya. Bunyi macam mengarut kan? Tapi itulah hakikatnya. Mereka juga ada menyatakan bahawa wanita bijak menghairahkan lelaki! Betul ke?
Jujur
Siapa yang tak suka pasangannya jujur kan? Ini yang setiap lelaki inginkan. Wanita jujur pada masa kini amat sukar untuk ditemui. Kebanyakkannya kuat temberang. Biasalah nak hidup. Kejujuran dalam berpasangan amat diperlukan untuk menjadikan sesebuah hubungan itu berjaya. Tak kiralah lelaki ke wanita.
Ketawa di setiap jenaka anda
Menurut para saintis, lelaki gemar apabila jenakanya mendapat perhatian umum. Nak buat lawak, masuk Maharaja lawak lah bro! Namun untuk melihat jika wanita itu sesuai dengan anda, mungkin anda perlu buat lawak hambar? Jika mereka ketawa, mungkin mereka jodoh anda! (bergurau) ini kerana lelaki mempunyai maruah yang kadang kala tiada satu makhluk pun faham. Jika wanita menyokong maruah ini, maka lelaki pasti akan tertarik pada wanita tersebut.
Pandai ambil hati keluarga
Ini yang selalu lelaki perhati kepada wanita. Bagi mereka, isteri melambangkan ibu mereka. Jika pasangan mereka itu menyerupai ibunya seperti cara mengemas, memasak, itu akan membuatkan lelaki teruja untuk memiliki wanita tersebut. Di sini, wanita harus pandai mengambil hati keluarga lelaki, paling penting jangan hipokrik. Jadilah diri anda sendiri. Baru semua orang nak sayang.
Tidak mudah melenting dan bersabar
Ada wanita macam ni lagi tak dalam dunia ni? Kalau ada beritahu kami! Lelaki lebih gemar dengan golongan ini adalah kerana zaman sekarang amat sukar untuk melihat wanita yang bersabar. Selalunya pinggan terbang akan hinggap ke arah lelaki dulu. Jika wanita tersebut seorang yang penyabar, ini mungkin akan membuatkan lelaki jatuh cinta padanya setiap hari. Bersabar dengan lelaki ni pun ada hadnya. Setiap pasangan harus mengawal emosi apabila berhadapan dengan kemarahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.