Tip Memilih Deodoran Yang Sesuai & Terbaik Untuk Diguna Sepanjang Hari

Share

Sebagai lelaki anda sebenarnya mempunyai bau badan yang cukup kuat berbanding dengan kaum wanita. Usah risau kerana itu adalah perkara normal.

Kita beruntung kerana di pasaran terdapat pelbagai jenis produk untuk menghilangkan atau menjadi ‘topeng’ kepada bau badan seperti deodoran.

Namun setiap deodoran yang ada dipasaran berbeza-beza dan kualiti yang ditawarkan juga cukup bervariasi. Tapi tahukah anda terdapat beza yang besar di antara deodoran yang baik dan biasa? Jadi bagaimana cara untuk anda tentukan deodoran yang baik.

Sebelum itu kita harus tahu beberapa kriteria untuk memilih deodoran. Antara faktor pentingnya ialah;

Bahan

  • Jenis deodoran seperti roll-on stick, gel, spray atau paste
  • Deodoran atau antiperpirant atau keduanya sekali
  • Berapa lama ia bertahan
  • Berapa lama ia perlu ditukar
  • Harga yang ditawarkan

JENIS DEODORAN

Roll-On Stick
Gel
Spray
Paste

MEMILIH DEODORAN

Pertama sekali anda perlu tahu beza di antara deodoran dan antiperspirant. Ikuti perbezaannya di bawah:

Perbezaan antara deodoran dan antiperpirant.

Deodoran

Mengandungi bahan seperti alkohol untuk membuatkan kulit bawah lengan lebih acidic jadi bakteria bau busuk tidak akan berkumpul dan menghasilkan bau busuk. Namun deodoran tidak menghalang anda untuk berpeluh.

Antiperspirant

Manakala antiperspirant pula dibuat daripada bahan asa aluminium yang akan menyumbat liang kulit dan merendahkan kadar anda berpeluh.

JIKA ADA ALAHAN

Satu produk deodoran kebiasaannya mengandungi sebanyak 10 atau lebih bahan. Kebiasaannya ia akan disenaraikan sebagai ‘fragrance’ yang merupakan kombinasi dari 100 atau lebih bahan.

Sebelum membelinya bacalah kandungan bahan-bahannya pada label deodoran.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim