Tip ‘Maintain’ Berat Badan Ini Tidak Memerlukan Anda Ke ‘Gym’

Share

Mengekalkan berat badan yang telah berjaya diturunkan dua kali ganda lagi susah dari menurunkan berat badan. Ini kerana minda anda telah berada dalam pendekatan dimana anda sudah berjaya menurunkan berat badan, dan rutin pemakanan anda boleh kembali kepada normal. Tidak menjaga pemakanan akan menyebabkan badan anda mudah kembali ke bentuk asal, walaupun anda telah menjaga pemakanan anda selama beberapa tahun. Tidak ramai yang berjaya mengekalkan berat badan yang telah berjaya diturunkan dalam masa 6 bulan ke 1 tahun. Ini adalah kerana perubahan yang dibuat terlalu drastik atau cara penurunan yang ekstrem.

 

Ada beberapa cara untuk anda kekalkan bentuk badan anda agar berat badan tidak naik dengan begitu mendadak.

 

  • Sentiasa timbang berat badan. Sekurang-kurangnya 2 minggu sekali

Jangan alpa dengan berat badan anda. Tak salah jika anda ingin menikmati makanan yang telah lama anda tinggalkan setelah berbulan-bulan. Jika anda plan ingin ‘cheat month’ sentiasa pantau berat badan anda, agar anda tidak tersasar jauh. Lebih baik hilangkan 1-2 kilo berat badan dari terpaksa hilangkan 10kg berat badan jika anda tidak menjaga berat anda.

 

  • Sentiasa rancang setiap hidangn kita dan jadikannya tabiat

 

Apabila seseorang itu dalam fasa ingin menurunkan berat badan, rutin harian pemakanan mereka juga akan berubah. Jangan pernah nasihatkan diri bahawa pemakanan anda hanya berdasarkan tempoh diet anda. Ambil peluang dan ilmu yang telah anda pelajari ini dengan menjadikan ia sebagai tabiat harian anda. Jadi, bila dah kurus pun anda harus mengekalkan pemakanan anda agar berat badan dan kesihatan anda terjaga.

 

  • Membuat list barangan sebelum pergi shoping

Ini juga harus dijadikan rutin harian anda. Setiap bulan atau setiap minggu, listkan barangan pemakanan anda. Utamakan makanan yang berkhasiat dahulu sebelum anda memilih jajan.

 

  • Lakukan senaman pemberat

 

Bila kita sudah kurang berat badan, BMR kita akan turun juga. Jadi ,cara utk kekalkan BMR kita adalah dengan menaikkan jisim otot. Jadi bila kita terlebih makan pun, berat badan kita tidak akan naik mendadak.

  • Makan bilangan hidangan yg sama setiap hari,contohnya makan 4,5 atau 6 supaya kita tidak didatangi ‘cue of hunger’.

 

  • Jangan tinggal senaman

 

Tentulah bila badan anda sudah turun sedikit, anda akan mempunyai kemalasan untuk ke gym. Jangan tinggal senaman anda. Lakukan rutin senaman yang kita sentiasa boleh buat walaupun sendirian.

 

  • Reward yourself

Ramai yang mengatakan bahawa ketika seseorang ingin reward diri sendiri dengan makan makanan kegemaran. Jangan biasakan diri anda dengan menjadikan makan sebagai reward, daripada itu lebih baik jadikan tidur ataupun membeli pakaian baru sebagai reward. Berikan hadiah kepada diri sendiri. 90% enjoyment, 10% makanan.

 

  • Sentiasa beringat

 

Letakkan gambar anda dulu di pintu peti sejuk. Anda mungkin nampk kurus diluar tapi sebanrnya anda dipenuhi sel2 lemak yang hanya menunggu masa utk membesar kembali. Sel lemak hanya mengecil tapi tidak hilang dari badan.

Olahan daripada Khairl Azuan 
DIETITIAN 
DIETFIT MALAYSIA

 

Published by
Maiya Deen