Bukan mudah untuk melupakan seseorang. Tambahan lagi apabila anda sering keluar dengan si dia dan sudah memperkenalkan dia dengan keluarga anda. Bercinta ni memang sweet, masa sayang semua nampak indah, namun segala-galanya suram setelah putus.
Fakta menunjukkan lelaki ni paling lambat terkesan apabila status kembali single. Mereka akan mula terkesan setelah tempoh beberapa bulan perpiasahan, dan pada ketika itu, anda sudah terlambat. Wanita yang anda tinggalkan atau ditinggalkan itu sudah memulakan hidup baru dan lebih bahagia tanpa anda. Pada akhirnya, lelaki akan terus tidak keruan dan akan dibayangi dengan masa lalu. Antara punca mengapa anda tidak boleh teruskan kehidupan adalah dari perkara-perkara lepas. Ini antara perkara yang boleh anda lakukan untuk melupakan si dia:
Maafkan segala kesilapan mereka
Bukan mudah untuk anda melupakan segala kata-kata kesat dan perangai pasangan anda. Lelaki ni jenis, diam-diam bahaya. Mungkin anda seorang yang tidak begitu sensitif, namun jika pasangan anda mencuit kemarahan anda dengan perkara-perkara yang anda tidak suka, pasti meletus seperti gunung berapi kan? Maafkan mereka merupa satu cara untuk anda move on.
Lihat kembali kesilapan lama anda
Ads
Adakalanya anda sudah berubah untuk lebih serius dengan pasangan anda. Dah tak nak main-main dah. She’s the one! Tapi, anda dikejutkan dengan si dia curang atau putuskan hubungan tanpa sebab. Lihat balik kesilapan lama anda, mungkin anda pernah lakukan perkara yang sama ketika anda bersama orang lain? Cari mereka dan minta maaf. Percayalah, anda akan lebih tenang.
Jangan cari pengganti dalam masa terdekat
Mungkin ada diantara anda yang tak boleh hidup single. Setiap kali putus, pasti akan cari yang baru. Beri ruang pada diri sendiri. Jangan jadikan pasangan baru anda ‘rebound’ untuk lupakan si dia. Anda pasti tidak mahu kecewakan orang lain bukan? Sayangi diri anda terlebih dahulu, baru sayang orang lain.
Ads
Sibukkan diri anda
Ini cara paling mudah. Jika selepas waktu pejabat anda akan luangkan masa dengan dia, kini anda boleh sibukkan diri dengan pergi ke gym, atau lepak bersama rakan-rakan anda. Cari hobi baru seperti hiking atau sertai Marathon pada hujung minggu.
Ads
Luangkan masa dengan keluarga
Mungkin ketika anda bersama dengan si dia, anda abaikan keluarga anda. kalau setahun sekali balik kampung tu, rajin-rajinlah balik jumpa keluarga anda. Inilah masanya anda meluangkan masa bersama orang tua anda. Jika kampung anda jauh, baliklah pada hujung minggu. Keluarga ni ibarat air yang dicincang tak akan putus. Pasangan anda tu bersifat sementara.
Buang segala kenangan lama anda dengan si dia
Tak semua lelaki tabah bila berhadapan dengan cinta. Jika anda seorang yang setia dan cinta mati pada jodoh tak jadi anda tu, sudah tiba masanya anda delete semua kenangan dengan si dia. Kalau perlu, block dan unfollow si dia. Bukan niat untuk putuskan Silaturahim, tapi ini salah satu cara. Ala, nanti bila dah moved on, anda boleh unblock dan follow kembali bekas pasangan anda. Ingat, jangan sebab cinta anda tak kesampaian, anda bermusuh sampai ke sudah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam banyak-banyak pakaian anda di dalam almari, kami tahu seluar jeans paling banyak digunakan. Dari Isnin sehingga jumaat jeans akan digunakan untuk tampil menarik dan casual. Tetapi adakah anda benar-benar tahu cara mencuci jeans dengan cara yang betul? Adakah anda membuat apa-apa kesilapan ketika mendobi yang mungkin menjejaskan kualiti denim kegemaran anda? Baca terus untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Kerap cuci jeans
Idealnya, anda hanya perlu membasuh seluar jeans anda setiap 5 hingga 10 kali memakai. Menurut penggemar jeans dan yang arif dalam denim, semakin lama anda pakai tanpa mencuci, semakin baik seluar jeans anda akan kelihatan.
Air sejuk dan Cuka
Pastinya seluar jeans akan memudar setelah sekian lama anda memakainya. Jika anda bimbang memudar denim anda, rendam seluar jeans anda dalam air sejuk dan cuka selama sejam untuk menghalang warna luntur.
Cara membasuh
Mesin basuh
Jika anda menggunakan mesin basuh, anda perlu terbalikkan seluar jeans anda ke dalam. Bukan sahaja ia mengelakkan pudar, ia juga memastikan bahawa bahagian dalamnya dibersihkan dengan teliti.
Cuci tangan
Kepada yang tiada mesin basuh tu, pasti anda akan mencuci tangan seluar jeans anda. Rendamnya dalam campuran air sejuk dan detergen. Pijak menggunakan kaki untuk mengeluarkan kesan kotoran degil selama beberapa minit, bilas dan kemudiannya sidai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita kini sudah memasuki minggu akhir bulan puasa dan tidak lama lagi akan meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri.
Selepas ramai di antara kita tidak dapat pulang beraya selama dua tahun berturut-turut keterujaan untuk beraya pada tahun ini memang luar biasa. Lihat sahajalah pusat membeli-belah yang sesak dengan orang ramai mencari pakaian raya.
Selain pakaian baru pastinya anda mahu kelihatan lebih kacak dan menarik di pagi Hari Raya. Salah satunya ialah dengan memotong rambut dan mendapatkan gaya potongan menarik.
Namun sebelum nak potong rambut tu ada perkara perlu anda berikan perhatian. Paling penting kena pastikan gaya dipilih itu sesuai dengan bentuk wajah!
Jadi buat anda yang mungkin buntu untuk memilih fesyen rambut sesuai, apa kata hadam panduan ini agar pilihan anda kena dengan gaya dan bentuk muka.
1. OBLONG: BENTUK MUKA LEBIH PANJANG DARIPADA LEBAR
Potongan rambut yang pendek sesuai dengan bentuk muka jenis oblong. Tetapi anda perlu berhati-hati jika mempunyai jambang kerana jambang yang terlalu tebal akan membuatkan muka anda nampak lebih lebar dan besar.
2. OVAL: BENTUK MUKA YANG RUNCING DAN TIDAK MENAMPAKKAN TULANG RAHANG
Bagi yang mempunyai bentuk muka oval, anda sangat bertuah kerana kebanyakan daripada jenis penggayaan rambut sesuai dengan bentuk muka anda. Tetapi, berhati-hati dengan pemilihan rambut hadapan atau apa jenis penggayaan rambut yang boleh menutupi dahi anda. Ini kerana pemilihan rambut tersebut boleh menampakkan muka anda lebih bulat.
3. DIAMOND: MEMPUNYAI ‘JAWLINE’ DAN TULANG PIPI YANG BERBENTUK
Ia berbeza dengan bentuk muka oval tadi. Untuk bentuk muka diamond, mereka lebih sesuai jika mempunyai rambut depan yang menutupi sedikit ruang dahi mereka. Untuk menampakkan anda lebih maskulin, lelaki dengan bentuk muka diamond lebih sesuai jika mempunyai jambang.
4. BULAT: SAIZ BENTUK MUKA SAMA PANJANG DAN LEBAR
Bagi lelaki yang mempunyai bentuk muka round/bulat, jenis penggayaan rambut yang mempunyai sedikit definisi dan berbentuk sangat sesuai. Potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka bulat anda adalah jenis potongan yang boleh menipiskan bahagian tepi rambut.
5. PETAK: LEBIH BERBENTUK DAN MASKULIN
Bentuk muka petak ini biasanya mempunyai tulang muka yang lebih jelas dan nampak lebih maskulin. Bentuk muka petak ini biasanya sama sahaja dengan gaya rambut yang sesuai untuk bentuk muka yang bulat. Mereka lebih sesuai memilih rambut yang lebih nipis di kiri dan kanan serta sedikit tebal di bahagian atas.
6. TRIANGLE: TULANG RAHANG LEBIH LEBAR DARIPADA TULANG PIPI
Bentuk muka triangle mempunyai tulang rahang yang agak lebar dan berbentuk berbanding tulang pipi mereka. Lelaki dengan bentuk muka triangle ini lebih sesuai mempunyai kepanjangan rambut yang medium, di mana tidak terlampau pendek dan tidak terlampau panjang.
Semoga gaya raya anda tahun ini mantap dan kacak! Selamat mencuba ya.
Jangan lupa subscribe YouTube dan juga follow Instagram MASKULIN untuk update menarik terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jam tangan merupakan aksesori wajib bagi lelaki. Dengan adanya aksesori tersebut pada pergelangan tangan, ia menambahkan gaya sang jejaka kelihatan lebih kacak.
Namun demikian, tidak semua jam sesuai untuk digunakan pada semua tempat bergantung kepada ciri-cirinya.
Untuk membuatkan anda memilih untuk memakai jam yang betul mengikut keadaannya, baca entri di bawah ini :
1. Dress watch
Jam kategori dress watch ini adalah jenis jam yang paling klasik sekali. Reka bentuknya ringkas sahaja iaitu permukaan berwarna putih dan mempunyai strap/band berwarna hitam yang diperbuat dari kulit (leather), jarum jam jelas dan hanya ada paparan jam, minit, saat dan tarikh sahaja. Dress watch adalah jam kategori formal maka amat sesuai dipakai dengan pakaian formal.
2. Diver’s watch
Seperti namanya, jam jenis diver’s watch ini pada asalnya direka untuk penyelam laut dalam. Jam begini amat tahan lasak, mempunyai sifat kalis air dan tahan tekanan. Digit pada diver’s watch selalunya mempunyai sifat glow in the dark. Sifat-sifat jam begini amat sesuai untuk suasana kerja seorang penyelam dasar laut. Diver’s watch juga sesuai dipakai dengan semua pakaian kecuali baju acara khusus seperti tuksedo.
3. Chrono watch
Nama lain bagi chrono watch adalah sports watch. Jam ini mempunyai ciri-ciri eksklusif yang menjadikannya tampak canggih seperti kompas, odometer, altimeter dan fungsi lain mengikut pengeluar jam. Jam begini kebiasaannya terasa berat apabila dipakai di tangan. Jam ini bersifat semi-formal. Maka lebih sesuai dipadankan dengan pakaian semi-formal, bukan pakaian formal.
4. Field watch
Field watch mempunyai kaitan sejarah dengan Perang Dunia 1. Jam ini kebiasaannya mempunyai latar gelap dengan warna digit yang cerah. Kontra tinggi bertujuan memudahkan bacaan walaupun dalam keadaan cahaya yang malap. Tali jam ini diperbuat daripada kanvas atau kulit. Rekaan terawal memperkenalkan hanya warna hijau atau coklat pada tali jam begini. Jam ini ringan, bersaiz sederhana dan tahan lasak.
Secara umumnya, field watch lebih sesuai dipakai dengan pakaian kasual.
5. Pilot watch
Pilot watch menggambarkan fungsinya yang dicipta untuk kegunaan juruterbang. Jam tangan ini kebiasaannya mempunyai saiz/diameter yang besar iaitu melebihi 50mm. Tujuan jam ini direka dengan saiz yang besar adalah untuk memudahkan bacaan dan memastikan ketepatan bacaan. Ciri-ciri paling menonjol pada jam ini ialah punat yang besar bertujuan memudahkan juruterbang yang sedang memakai sarung tangan (glove) untuk memutar punat tersebut. Jam tangan ini bersifat semi-formal, lebih sesuai dipadankan dengan penampilan semi-formal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.