Larian merupakan salah satu cara yang baik untuk kita semua kekal sihat, meningkatkan mood dan memperbaiki kesihatan keseluruhan. Oleh sebab itulah terdapat pelbagai jenis tip larian boleh didapati.
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, idea untuk berlari boleh kelihatan menakutkan atau membosankan.
Berita baiknya adalah terdapat banyak cara untuk menjadikan larian lebih menyeronokkan, menjadikannya aktiviti yang anda nantikan daripada yang anda benci.
Berikut MASKULIN kongsikan tip larian yang mampu buat ia jadi lebih menyeronokkan.
Tetapkan Matlamat Realistik
Salah satu tip larian menyeronokkan ialah menetapkan matlamat realisitk. Ini berdasarkan apa yang boleh dicapai dan terukur dapat memberikan tujuan dan arah kepada rutin larian anda.
Sama ada ia berlari pada jarak tertentu, meningkatkan kelajuan anda, atau menyertai perlumbaan tempatan, mempunyai matlamat untuk dicapai dapat menjadikan larian anda lebih bermakna dan memotivasi.
Berlari di persekitaran yang cantik atau menarik dapat menjadikan pengalaman lebih menyeronokkan.
Terokai laluan, taman, atau kejiranan yang berbeza. Menukar pemandangan anda dapat membantu menjadikan larian lebih segar dan menarik.
Ads
Melabur Dalam Peralatan Baik
Kasut larian yang selesa dan pakaian yang sesuai dapat membuat perbezaan besar dalam pengalaman larian anda.
Apabila anda berasa selesa dengan peralatan anda, anda lebih cenderung untuk menikmati larian anda. Jangan lupa untuk mempertimbangkan cuaca dan berpakaian dengan sesuai untuk kekal selesa.
Dengar Muzik Atau Podcast
Membuat senarai lagu motivasi dengan lagu-lagu kegemaran anda dapat memberikan tenaga kepada larian anda.
Sebagai alternatif, mendengar podcast atau buku audio dapat membuat masa berlalu dengan cepat dan memberikan anda sesuatu untuk dinantikan semasa larian anda. Pertimbangkan untuk menggunakan fon kepala jenis bone-conduction, yang membolehkan anda kekal sedar dengan persekitaran sambil menikmati audio anda.
Berlari dengan rakan atau menyertai kumpulan larian tempatan dapat menjadikan pengalaman lebih sosial dan menyeronokkan.
Mempunyai rakan larian dapat memberikan motivasi, sokongan, dan persaingan yang sihat. Tambahan pula, ia adalah cara yang baik untuk berkumpul dan berkongsi perjalanan bersama seseorang.
Menggunakan aplikasi larian atau penjejak kecergasan dapat membantu anda memantau kemajuan dan menetapkan cabaran baru.
Ads
Melihat peningkatan anda dari masa ke masa dapat sangat memotivasi dan memuaskan. Raikan pencapaian anda dan ganjarilah diri anda apabila mencapai matlamat..
Ganjaran Diri
Berikan diri anda sesuatu untuk dinantikan selepas larian. Ini boleh jadi makanan sihat, mandi yang menenangkan, atau masa rehat dengan buku atau rancangan TV yang baik. Mengaitkan larian dengan ganjaran positif dapat menjadikan keseluruhan pengalaman lebih menyeronokkan.
Sertai Acara Larian
Mendaftar untuk perlumbaan tempatan atau larian amal dapat menambah rasa tujuan dan keseronokan kepada rutin larian anda. Suasana hari perlumbaan, dengan komuniti yang menyokong dan suasana perayaan, dapat sangat memotivasi dan menyeronokkan.
Menjadikan larian lebih menyeronokkan adalah tentang mencari apa yang sesuai untuk anda dan memastikan perkara tetap segar dan menarik.
Selamat berlari!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mempunyai badan yang berketak dan perut yang ramping memang menjadi idaman setiap orang. Jangan kata perempuan, lelaki juga idamankan benda yang sama dengan perut 6 pack seperti atlet.
Tetapi pasti anda tertanya-tanya sewaktu bila anda mahu lakukan senaman seperti ini dan di mana. Tak perlu panik, sebenarnya anda boleh lakukan di rumah sahaja.
Ini dia beberapa cara paling mudah untuk miliki 6 pack di rumah.
Leg Raise
Angkat kaki hingga 90 darjah, tangan anda di bawah punggung untuk memberi imbangan padan badan dan kemudian perlahan-lahan turunkan kaki anda. Ulangi gerakan yang sama selama 30 kali.
Leg Lift Circle
Tangan di punggung dan angkat kaki anda. Kankangkan kaki kanan dan kiri buat bulatan besar. Ulang pergerakan ini selama 15 kali.
Scissor kick
Angkat kaki kiri anda ke atas dan kaki kanan di bawah. Lakukan pergerakan ini seperti gerakan ‘gunting’ dan lakukan sebanyak 30 kali.
Cross Crunch
Tangan di belakang kepala dan lutut kanan bertemu dengan siku kiri. Kemudian selang selikan kanan dan kiri anda. Lakukan sebanyak 40 kali sehingga anda rasa ‘terbakar’ dibahagian otot perut.
Bicycle
Kedudukan yang sama seperti Cross Crunch, Cuma bezanya gerakan kaki sahaja. Tangan di belakang kepala dan kayuhkan kaki seperti sedang berbasikal sebanyak 40 kali. Anda akan rasa terbakar di bahagian otot peha dan otot perut. Jangan give up lakukan pergerakan ini sehingga habis.
Russian Twist
Duduk dan pastikan tangan anda di gengam serta kaki anda diangkat di bahagian lutut manakala tumit di lantai dan kaki hujung anda terangkat. Lakukan pergerakan ini dengan pusing ke kiri dan ke kanan. Anda akan rasa terbakar di bahagian otot perut dan teknik ini boleh mengecilkan pinggang. Lakukan sebanyak 30 kali.
Side Leg Raise (Kiri)
Pastikan anda di posisi mengiring di belah kanan. Tahan badan dengan lengan dan lengan kiri letakan di pinggang. Angkat kaki kiri anda ke atas dan perlahan turunkan kaki kiri anda. Lakukan sebanyak 20 kali.
Side Leg Raise (Kanan)
Ubah posisi anda ke kiri dan letakan tangan kanan anda serta angkat kaki kanan dan dengan perlahan turunkan ia. Lakukan pergerakan ini sebanyak 20 kali.
Plank Rotation
Meniarap seperti lakukan plank dan gerakkan pingang ke kiri dan ke kanan. Lakukan pergerakan ini sebanyak 30 kali.
Plank
Akhir sekali,lakukan plank seperti meniarap tetapi tahan beban badan dengan menggunakan lengan dan kaki anda statik di hujung posisi. Badan tengak selari dengan pungung dan lakukan selama 20 saat.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan Facebook untuk dapatkan update terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang nak cantik seperti Maghan Markle yang merupakan mantan selebriti Hollywood yang kini adalah suri rumah sepenuh masa kepada Putera Harry, Putera yang berasal dari England itu. Mei lalu, seluruh dunia telah menyaksikan upacara perkahwinan diraja yang serba gemilang dan penuh dengan adat istiadat.
Tidak terkecuali juga mereka yang iri hati terhadap bentuk badan wanita yang sudah mendapat gelaran Duchess of Sussex dilihat mempunyai bentuk badan yang sangat menarik dan anggun ketika memakai gaun putih pada majlis perkahwinannya itu. Kami terkejut dengan cara diet yang diamalkan oleh Maghan Markle ini yang tidak memerlukan ‘effort’ yang lebih. Menerusi temu bual beliau dengan media British, ini antara menu makanan yang diamalkan. Lelaki juga layak untuk meniru makanan ini kerana ia tidak tertumpu kepada wanita sahaja.
Air suam dan lemon
Markle memulakan paginya dengan segelas air suam yang diletakkan sehiris lemon di dalamnya. Wanita ini bangun sekitar 4.15 pagi hampir setiap hari kerana tugasnya sebagai keluarga diraja dan untuk mendapatkan tenaga yang cukup, beliau mengambil segelas air ini untuk kelihatan segar sepanjang hari.
Steel-Cut Oats With Bananas and Agave Syrup
Anda boleh makan makanan lain dari oats ini, namun jika anda obses dengan diet yang diamalkan oleh Maghan, maka anda boleh cuba makanan ini. Biasanya Maghan mengambil ini setelah siap dari berpakaian untuk bersarapan pagi dengan keluarganya, menurut temu bual bersama media British. Oleh kerana jadualnya yang sibuk, makanan ini dianggap mudah untuk disediakan dan ini akan menjimatkan masa beliau.
Daily Green Juice
Sama dengan Martha Stewart, Markle juga merupakan peminat besar green juice yang diambil hampir 3 cawan sehari bergantung kepada keinginannya. Jus ini disifatkan sebagai snek hariannya jika dia berasa lapar ketika sedang sibuk dengan kegiatan harian. Jika orang ramai membawa kopi kemana-mana, Maghan mengambil Green jus ini sebagai penganti kopi. Maghan turut memberitahu media bahawa dia sering mengambil green juice atau Kombucha kerana menurutnya ia adalah sumber tenaga semulajadi yang sangat baik. Cara hidangan:
1 1/2 cawan air.
2 cawan kale.
2 epal hijau, kacau.
Daun 1/2 cawan pasli.
1 medium timun, bersaiz.
2 tangkai sederi, dicincang.
Sekeping halia 1 (1 inci), dikupas.
2 buah lemon, perah jusnya.
Roast Chicken
Kita semua tahu bagaimana ayam panggang menjadi detik pertunangan antara Putera Harry dan Meghan Markle, jadi tidak hairanlah bahawa ayam panggang adalah salah satu kegemaran Markle. Markle memberitahu Good Housekeeping pada tahun 2016 bahawa salah satu resipi ayam kegemarannya adalah dari Ina Garten.
Badam yang sangat banyak!
Menyentuh kepada makanan ringan, almond dan mentega badam adalah pilihan pertama Markle, menurut The Daily Meal. Ramai yang telah menjadikan makanan ini sebahagian dari kehidupan memandangkan lemak yang terkandung dalam badam dan mentega badam adalah sihat dan protein berasaskan tumbuhan yang lebih baik untuk anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda pesakit gastrik tapi nak berdiet, tentu anda akan risau jika anda alami pedih perut bila makan sikit. Walaupun prinsip nak berdiet masih lagi sama iaitu mengambil makanan teratur, mengurangkan lemak dan membuat rutin senaman, namun masih ada bezanya berdiet pesakit gastrik dengan berdiet orang sihat.
Ingin tahu caranya? Seorang Dietitian dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Mohd Khairul Azuan kongsikan di laman Facebooknya tip berdiet untuk pesakit gastritis (gastrik) menjaga kesihatan perut. Jom ikuti prkongsiannya.
Gastritis adalah keadaan di mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang.
Pemakanan atau diet yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan perut dan keseluruhan kesihatan.
1. Makan sikit tetapi lebih kerap – setiap 2-3 jam.
2. Elakkan makanan yang memberi simptom gastrik (dibincangkan di bawah).
3. Lebihkan ambilan kompleks karbohidrat yang rendah glisemik indeks dalam makanan seharian seperti roti perang, oats, beras perang dan buah-buahan.
4. Jangan tinggal/ skip waktu makan utama dan snek.
5. Jika mahu makan protein, gabungkan dengan sedikit karbohidrat dan serat. Buat snek seperti wrap.
6. Jangan baring dalam 2 jam selepas makan.
7. Berhenti merokok.
8. Minum air yang cukup seharian ~ 2 liters.
Antara makanan yang boleh kawal & kurangkan simptom gastritis.
1. Makanan tinggi serat seperti roti meal penuh, buah-buahan yang tidak masam, brokoli, sayuran berdaun dan beras perang.
2. Pilih makanan protein rendah lemak seperti ikan dan dada ayam.
3. Sayuran hijau – kerana lebih beralkali.
4. Ambil probiotic dalam diet seperti dalam yogurt atau dalam minuamn Yaku*t . Kimchi pun ada probiotic.
Makanan yang buat simptom lagi teruk, jika ada gastritis kronik.
Alkohol
Kopi pekat
Buah berasidik seperti tomato atau lemon
Jus buah
Makanan berminyak/bergoreg/bersantan/berlemak tinggi
Air berkarbonat
Makanan pedas
Jika kena gastrik, apa makanan yang boleh membantu?
1. Apple sauce – mempunyai pectin yang memperlahankan penghadaman dalam perut.
2. Kenntang lenyek- tinggi serat yang bagus untuk penghadaman.
3. Yogurt tanpa gula – membantu dalam penambahan probiotik. Boleh tambah epal atau buah lain yang sesuai.
Selalunya simtom akan hilang dalam 24-48 jam selepas anda mula mengambil makanan lembut.
Jika simptom tidak hilang, sila berjumpa doktor anda.
MOHD KHAIRUL AZUAN
DIETITIAN
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.