Dalam tempoh sebulan dua ini negara kita dilanda kepanasan melampau atau heatwave yang agak teruk. Malah ada beberapa lokasi terutama di utara Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaab sehingga 38 darjah celcius.
Bagi melegakan rasa panas semakin ramai pengguna kini memilih penghawa dingin untuk kegunaan di kediaman. Berbeza dengan mengguakan kipas angin, penghawa dingin seperti yang anda tahu menggunakan lebih banyak elektrik.
Jika sebelum ini bil elektrik anda berada di parasa sederhana berkumungkinan besar ia akan melonjak sekali ganda terutamanya bila anda selalu memasang penghawa dingin tanpa henti.
Jadi, bagaimanakah cara untuk anda jimatkan elektrik bagi penggunaan penghawa dingin? Terdeapat beberapa cara untuk menjimatkan kadar bilelektik bulanan anda dari penggunaan penghawa dingin.
Satu perkongsian cukup berguna dari page Kontraktor Malaysia telah menarik perhatian kami. Melalui satu posting, page tersebut berkongsi tip bagaimana untuk jimatkan elektrik bagi penggunaan penghawa dingin.
Ikuti tip yag kami kupas dari perkongsian tersebut.
Pertama sekali anda harus beli penghawa dingin yang mempunyai horse power (HP) yang mencukupi. Kadar HP itu pula perlu anda kira berdasarkna keluasan bilik atau ruang yang ingin dipasang penghawa dingin.
Guna formula; (luas kawasan bilik x 60)/9000.
Contohnya bilik yang saiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP.
Mungkin ada yang cakap penghawa dingin 0.5HP sudah cukup sebab bilik kecil. Namun sebenarnya yang paling sesuai ialah penghawa dingin 1HP dan yang paling baik ialah penghawa dingin 1.5HP.
Tapi kalau anda pilih penghawa dingin 2.0HP, ia sudah terlebih power pula. Tujuan dia ialah kita nak kurangkan pergerakan kompresor. Makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi la elektrik digunakan. So kalau boleh kita nak kompresor tu cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat jimat elektrik.
Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk jimatkan elektrik ialah memilih penghawa dingin yang dilengkapi teknologi inverter. Fungsi inverter adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor.
Bila eletrik kompresor jadi lebih stabil, maka elektrik dapat dijimatkan. Ini ada kena mengena dengan graf electricity consumption. Bagi yang guna penghawa dingin inverter usahlah gatal tangan ON/OFF penghawa dingin terlalu sangat. Inverter hanya akan berfungsi dengan sepenuhnya selepas suatu tempoh yang panjang. Kebiasaannya selepas 4 jam.
BACA: 7 Tip Nak Bagi Aircond Kereta Sejuk & Tahan Lama, Start Dengan ‘Low’ Antaranya!
Ketiga, pastikan anda letakkan setting penghawa dingin dengan betul.
Ini antara kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai orang. Selalunya ramai yang akan tetapkan suhu sebagai contoh 23 darjah celcius dengan kipas pada level 2 daripada 4.
Kemudian dibiar pasang hingga ke pagi baru off. Cadangan setting yang sebaiknya ialah bila sampai di rumah buka penghawa dingin pada suhu terendah (contoh 16 darjah Celcius) dan kipas yang paling kuat.
Biarkan bilik itu selama lebih kurang 30 hingga 45 minit. Kemudian barulah letakkan setting semula pada suhu 25 atau 26 darjah Celcius. Ini merupakan suhu yang paling sesuai untuk anda tidur. Manakala kelajuan kipas pula letakkan sepruh sebagai contoh level 2 daripada 4.
Seterusnya janganlah anda selalu gatal tangan nak ON dan OFF penghawa dingin. Ini biasa berlaku semasa tidur malam. Bila sejuk sahaja terus OFF. Dan bila panas ON smeula. Ingat, penghawa dingin paling banyak gunakan elektrik semasa ia baru ON. Jadi kalau anda kerap lakukan ini elektrik akan memang banyak digunakan.
Akhir sekali ingatlah untuik sentiasa menjaga penghawa dingin anda. Setiap 6 hingga 9 bulan lakukan servis. Paling malas sekalipun buatlah sekurang-kurangnya sekali setahun. Penghawa yang sudah lama tak diselenggara akan jadi tak sejuk dan kurang berfungsi. Walhal sebenarnya hanya filter yang kotor dan tersumbat. Jangan disebabkan lokek nak keluar duit untuk servis, duit anda ribuan ringgit melayang bila ia rosak.