Ramai lelaki sebenarnya tidak tahu bahawa wanita lebih sensitif dan tertarik matanya kepada lelaki yang berambut panjang. Menurut beberapa pakar mereka mendapati wanita lebih sensitif kepada lelaki berambut panjang kerana ia memberikan penampilan yang lebih menarik dan bersifat maskulin.
Kajian juga menunjukkan wanita lebih teliti memerhatikan wajah dan rambut lelaki berbanding lelaki itu sendiri. Ini mungkin berkaitan sifat feminin yang ada pada mereka lantas membuatkan lelaki berambut panjang tampil lebih menyerlah.
Maka beruntunglah anda lelaki yang memiliki rambut panjang kerana sentiasa berjaya mencuri perhatian ramai! Namun apa gunanya jika sekadar berambut panjang tetapu tidak tahu cara yang betul untuk menjaganya.
Jika anda mengabaikan cara penjagaan rambut, kelak anda akan berdepan dengan pelbagai masalah rambut.
Jadi pastikan anda sentiasa peka dengan tip-tip penjagaan rambut agar sentiasa kemas, bersih, sihat dan dijaga dengan baik.
Alert perkara ini kalau nak simpan rambut yang panjang
BIAR SESUAI
Sebelum nak menyimpan rambut, tanya diri sendiri dahulu sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda. Tidak semua orang sesuai untuk membela rambut yang panjang. Selain gaya, anda juga perlu memikirkan tentang kerjaya anda. Ada sesetengah kerjaya tidak membenarkan anda berambut panjang.
KEKERAPAN SYAMPU
Jangan syampu rambut anda setiap hari. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi semakin kering, merosakkan folikel rambut dan mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.
Ads
Penggunaan syampu dengan bahan sulfat yang tinggi juga perlu dielakkan kerana ia boleh menghilangkan minyak semula jadi yang ada di kulit kepala dan membuatkan rambut anda lebih bermasalah.
DIET BERNUTRISI
Pengambilan makanan yang berzat boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat sekali gus memelihara rambut.
Amalkan pemakanan dengan kandungan zat protein, vitamin C dan biotin yang boleh membantu pertumbuhan rambut dengan baik. Ambillah buah-buahan, daging, sayur-sayuran, ikan, kekacang, tauhu dan sebagainya yang boleh membantu dalam menggalakkan pertumbuhan rambut.
WAJIB GUNA PERAPI
Jika anda miliki rambut yang panjang, menjadi kemestian untuk anda menggunakan perapi rambut agar mudah untuk diuruskan.
Kandungan perapi rambut ini penting kerana ia dapat membantu menjaga hujung rambut agar tidak kusut dan bercabang. Selain itu perapi juga bolehmenjadi pengganti minyak semula jadi untuk melembapkan rambut.
CARA KERINGKAN RAMBUT
Selesai sahaja mencuci rambut, lapkan lebihan air yang membasahi rambut anda secara perlahan menggunakan tuala kering.
Ads
Kemudian biarkan rambut anda kering dengan sendiri. Jangan gosok rambut anda dengan kuat kerana ia boleh menyebabkan rambut rosak, mudah patah dan kusut.
TRIM DARI SEMASA KE SEMASA
Trim atau buang hujung rambut yang rosak dan bercabang merupakan cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut. Tidak semestinya perlu ke salun kerana anda boleh mengguntingnya sendiri. Memotong hujung rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut menjadi lebih baik.
VITAMIN RAMBUT
Rambut panjang lebih berisiko besar mengalami masalah rambut kusam dan rapuh. Untuk menjaganya agar akar rambut tetap kuat dan sihat, gunakan vitamin rambut agar nutrisinya tetap terjaga.
Vitamin ini boleh anda ambil sama ada dalam bentuk suplemen yang diminum, dioles pada rambut ataupun menggunakan minyak semula jadi seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
Ads
MINUM AIR MENCUKUPI
Sama seperti kulit pada tubuh badan, kulit kepala juga boleh mengalami kekeringan. Jadi minumlah air dalam anggaran satu setengah liter hingga dua liter sehari. Selain untuk keperluan tubuh badan, air juga diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
JANGAN IKAT KUAT
Masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat akar rambut yang tertarik boleh berlaku ketika anda mengikat rambut dengan getah yang kuat. Akhirnya rambut akan mengalami keguguran yang banyak sehingga lama-kelamaan menjadi nipis dan botak.
LAKUKAN SENAMAN KARDIO
Oksigen berfungsi dalam membantu sel berkembang dan membuatkan tubuh badan lebih sihat. Senaman kardio seperti berlari, berjoging, berbasikal dan sebagainya dapat membantu menjadikan pertumbuhan rambut lebih sihat.
TIDUR SECUKUPNYA
Keperluan tidur yang secukupnya juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut. Ketika tidur, tubuh badan mengalami proses perbaikan secara semula jadi.
Tidur yang teratur anggaran tujuh hingga lapan jam sehari boleh membuatkan sel kulit kepala anda menjadi lebih aktif. Selain itu, tidur juga dapat meningkatkan pengedaran darah di sekitar folikel rambut sehingga membantu rambut anda tumbuh lebih lebat dan sihat.
Subscribe dan tonton video Fitness di Youtube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PENGGUNAAN VIT E CREAM 1,000IU LEBIH SESUAI UNTUK KULIT NORMAL DAN TIDAK TERLALU KERING.
Sesuai digunakan untuk sesiapa yang berumur 20+ kerana kandungan vitamin yang ada di dalamnya tak terlalu tinggi mengikut pH kulit. Jika kulit berminyak dan berparut, boleh guna Vit E Cream 1000 iu dgn syarat mesti guna Tea Tree Oil
Facial Cleanser setiap hari dan Tea Tree Oil Purifying Mask setiap minggu utk kurangkan minyak.
UNTUK KULIT ULTRA KERING, KUSAM SERTA MATANG, KAMI SARANKAN GUNA VITAMIN E CREAM 3,000IU.
Ia sesuai digunakan untuk sesiapa yang berumur 30+ kerana kandungan vitamin di dalamnya tinggi dan sangat sesuai bagi yang sudah berumur kerana pH kulit makin berkurangan mengikut umur..
kedua-duanya boleh digunakan pada waktu siang dan malam..
VITAMIN E CREAM INI JUGA MEMBANTU UNTUK MEMUDARKAN PARUT JERAWAT.
Kulit berminyak tidak sesuai gunakan kedua-dua item di atas. Jika ingin pudarkan parut boleh gunakan, TETAPI perlu sapu di bahagian yang berparut SAHAJA dan pakai pada waktu malam. Pantau keadaan kulit selepas penggunaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN percaya ramai di antara anda mempunyai lambakan pakaian lama yang mungkin sudah berusia 3 hingga 5 tahun tersimpan di dalam almari.
Iyalahm setiap bulan sahaja anda akan membeli pakaian baru lalu yang lama ini akan mula disisihkan ke dalam almari. Selain mendermakan pakaian lama anda kepada orang lain apakah lagi cara yang boleh anda gunakannya.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi bagaimana anda sebenarnya boleh menggayakan semula pakaian lama namun dengan penampilan lebih segar dan baru. Jom ikuti tip yang boleh menyerlahkan ketampanan anda. Pasti ramai yang teruja melihat gaya terbaru anda nanti!
GUNAKAN TONA ‘BUMI’ & NEUTRAL
Kita semua milikinya. Pakaian dengan warna bertemakan neutral seperti biru navy, hitam dan kelabu serta warna bumi cukup senang digayakan bersama. Ia umpama suntikan warna yang tidak menyakitkan mata dan sentiasa relevan dalam indsutri fesyen.
Padankan pakaian bertona warna ini dengan biker jeans bitu atau jaket bomber berwarna kelabu. Namun elakkan menggunakan pakaian dari tekstur berbeza seperti jaket suede dan denim cotton. Ia hanya membuatkan anda nampak pelik.
SERLAHKAN JAKET KULIT
Jaket kulit anda sudah lama tergantung di dalam almari. Mungkin teringat si zaman anda dengan imej rock’n’roll suatu ketika dahulu? Serlahkan gaya berbeza jaket kulit dengan padanan kemeja kemas bersama seluar khakis.
Ia menyerlahkan sisi lelaki eksekutif namun dalam pada masa yang sama cukpu ranggi. Antara padanan menarik kemeja bitu, tali leher berwarna charcoal, seluarhitam dan sneakers putih.
BACKPACK
Dua tahun kebelkangan ini waist bag dan sling bag telah menjadi pilihan ramai. Namun penggunaan backpack adalah timeless. Ia sentiasa relevan sepanjang zaman. Namun elakkan menggunakan backpack yang mempunyai warna terlalu ‘meriah’.
Tampilkan sisi matang anda dengan bagpack dari material kulit atau PVC dengan warna coklat atau hitam.
TEE N TUCK
Biasanya anda menggyakan t-shirt dengan baju di luar seluar bukan? Apa kata anda gayakan t-shirt lama anda dengan tuck in ke dalam. Gayakan bersama kasut kulit loafer atau oxford. Lengkapkan gaya dengan seluar khaki yang senteng dan tidak terlalu labuh. Untuk nampak lebih bergaya pilihlah seluar dengan cuttin slim cut.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menurut satu kajian, kulit pisang mengandungi pelbagai khasiat. Ia kerana kulit pisang menjadi antara petua natural untuk memudarkan parut jerawat.
Bukan itu sahaja, kulit pisang juga boleh digunakan untuk membersihkan wajah daripada sebarang cela. Nutrisinya juga dapat menenangkan radang kulit, selain mengurangkan jerawat yang timbul tidak menentu.
Selain menggunakan produk untuk memudarkan jerawat, ada cara jimat yang boleh anda gunakan dengan kulit pisang.
Petua menggosok kulit pisang pada wajah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nauf Safuan untuk memudarkan parut jerawat, membersihkan kulit, mengecutkan jerawat dan mengurangkan keradangan pada kulit.
Ini perkongsiannya.
UNTUK YANG MUKA BERPARUT!
Ni tip untuk hampa
Petua dari aku sekolah lagi ni weh. Tiap sabtu ahad , abah akan beli pisang. Lepas makan. Aku amik kulit pisang ni. Aku pakai tenyeh kat muka ni.
Resultnya rasa dia sangat best dan kulit jadi lebih bersih. Sangat berkesan untuk pudarkan parut jerawat. Dan mengecutkan jerawat. Sebab dalam kulit pisang ni secara semula jadinya ada vitamin B & C yang dapat membantu untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat. Hampa pakai tiap hari selama seminggu dan hampa akan nampak perubahannya.
Untuk masalah kulit sensitif dan kulit berminyak juga digalakkan untuk menggunakan kulit pisang. Getah kulit pisang ni mengandungi antioksida yang dapat mengawal masalah kulit berminyak dan mengurangkan radang pada kulit wajah.
Bahan-bahan:
Kulit pisang
Cara Penggunaan:
Tenyeh kulit pisang pada bahagian muka. Biar selama 5-10 minit atau sehingga getah pisang kering. Bilas dengan air bersih. Ulang setiap hari di waktu pagi.
* Boleh juga di pakai sebelum tidur. Bangun keesokan paginya. Baru bilas.
Good Luck!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami bandingkan masakan isteri dengan ibu, buat isteri kecil hati. Setiap orang mempunyai air tangan tersendiri. Sedap atau tidak hanya orang merasai sahaja. Begitu juga dengan masakan isteri untuk diberikan kepada keluarga tidak akan sama dengan ibu sendiri atau mentua.