Anda ada niat mahu menghilangkan perut buncit? Cubalah sarapan tembikai setiap pagi. Jika ingin tahu manfaat tembikai lebih lanjut, semak ulasan berikut ini dan pastinya membuat anda rajin makan tembikai setiap pagi.
Tembikai tidak hanya rendah kalori, buah ini kaya nutrisi seimbang yang dapat menjaga kesihatan tubuh secara keseluruhan.
Tambah buah tembikai ke dalam menu salad untuk sarapan. Selain menyegarkan, sarapan buah tembikai setiap hari boleh membantu untuk menjaga kekebalan dan kadar metabolisma tubuh anda. Dengan itu, anda akan terbebas dari penyakit dan melawan jangkitan.
Tembikai mengandungi sedikit kalori. Para pengkaji mengungkapkan, makan satu hidangan buah ini sama dengan anda makan kira-kira 28 kalori dan pasti tidak membuat tubuh anda cepat gemuk.
Terlepas dari penurunan berat badan, makan tembikai juga dapat mengurangkan tahap kolesterol tinggi, mencegah batu ginjal dan membantu dalam menjaga saluran pencernaan setiap hari. Lebih dari itu, dalam jangka panjang pengambilan buah tembikai juga bermanfaat untuk melindungi jantung terhadap penyakit dan stroke, iaitu vitamin yang disebut lycopene. Demikian dipetik di laman Boldsky.
1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris separa bulat.
2 sudu besar jus limau atau lebih -menurut citarasa
2 sudu besar minyak zaitun ekstra dara
1 biji tembikai tanpa biji – dipotong dadu
3 timun kecil – dibuang biji dan dipotong dadu
1 cawan keju feta – dihancurkan
1/2 cawan daun pudina – dihiris nipis
Masukkan bawang besar dan jus limau ke dalam mangkuk. Letak ke tepi untuk diperap selama 10 minit. Masukkan minyak zaitun dan kacau rata.
Masukkan kiub tembikai, timun kecil dan keju feta ke dalam mangkuk lebih besar. Masukkan campuran bawang besar ke dalam dan gaul rata.
Tabur daun pudina di atas salad dan tos.
Jika anda peminat salad atau mahu berdiet inilah menu yang mudah dan ringkas untuk anda cuba. Jika anda mahu menjimatkan masa, anda boleh sediakan salad ini dalam balang kecil dan sejukkan supaya anda dapat nikmati salad segera sepanjang minggu tanpa perlu bersusah payah lagi.
Sumber : Boldsky.