Tip Hilangkan Kulit Berminyak & Berjerawat Guna Cara Mudah Dengan Timun & Kapas Bulat!

1968

Kulit berminyak jika tidak diatasi segera boleh menyumbatkan liang-liang pori seterusnya menyebabkan kulit berjerawat. Jangan gara-gara kulit berminyak, orang mengusik kulit anda macam kilang minyak.

Selalunya bila bercakap tentang kulit berminyak, orang akan kaitkan dengan timun kerana timun terkenal dengan khasiat yang tinggi dalam mengatasi masalah kulit. Sebenarnya bukan hanya timun, banyak lagi buah-buahan atau sayur-sayuran lain yang boleh membantu mengatasi masalah kecantikan.

Seorang pengguna Facebook, Nauf Safuan berkongsi cara mudah dan murah hanya menggunakan timun dan kapas bulat untuk menghilangkan kulit berminyak. Malah caranya ini juga boleh mengecutkan jerawat dan menjadikan kulit makin cerah.

Sekiranya kulit anda macam kilang minyak, jom amalkan cara jimat ini.

BACA: Minum Air Sarang Burung Jadikan Kulit Makin Sihat, Awet Muda & Bersih Macam Orang Cina!

KULIT MACAM KILANG MINYAK?

Ni tip untuk hampa

Tips ni juga boleh membantu
– Getah timun boleh kecutkan jerawat
– Cerahkan wajah secara semula jadi
– Singkirkan kulit berminyak
– Melembabkan kulit
– Menghaluskan pori terbuka

Bahan-bahan:

Timun & Kapas bulat

BACA: Buat Gel Timun Untuk Kecutkan Jerawat, Hasilnya Kulit Lelaki Ini Flawless Bak Putih Telur!

Cara nak buat:

1. Blender timun untuk mendapatkan jus timun. Tapis untuk ambil jus timun sahaja. Setengah biji timun boleh celup 16 pcs kapas bulat. Celup kapas bulat dalam jus timun tadi.

2. Masukan kapas yang telah dicelur dengan jus timun dalam plastik. Plastik tu hampa boleh beli kat kedai plastik.

3. Susun elok elok dan masukan dalam peti ais bahagian sejuk beku. Bila nak gunakan kapas ni. Keluarkan dulu dan biar dalam 5 minit untuk cairkan ais tu dulu.

4. Baki kapas timun yang belum digunakan boleh di simpan dalam peti ais. Kapas timun ni mampu tahan berbulan bulan. Setakat ni aku simpan dalam peti ais dah 2 bulan. Masih elok dan segar.

Selamat mencuba.

BACA: Rugi Tak Amalkan Face Mask, Ini 8 Pilihan Buat Kulit Flawless Macam Artis Korea!

Posted by Nauf Safuan on Friday, May 4, 2018