Tip Guna Pomade Dengan Betul, Barulah Dapat Gaya Rambut Seperti Diidamkan

Share

Rambut itu umpama mahkota buat kaum wanita. Itulah ungkapan yang sering kita dengar. Tidak dinafikan wanita memang cukup peka dengan penjagaan rambut mereka. Namun pada zaman kini lelaki juga lebih cenderung untuk mengambil berat akan penampilan rambut mereka.

Tahukah anda rambut merupakan sebahagian daripada komponen pada badan anda yang menjadi perkara pertama dilihat oleh seseorang. Selain senyuman yang baik tanggapan pertama juga meliputi gaya rambut yang anda gayakan.

Lelaki pada zaman sekarang cukup bertuah kerana di pasaran pada masa kini terdapat pelbaghai jenis produk yang boleh membantu mereka dapatkan gaya rambut diidamkan. Salah satu produk yang cukup sinonim dalam penggayaan rambut lelaki ialah pomade.

APA ITU POMADE?

Mungkin anda sendiri sudah lama menggunakan pomade, Tapi sejauh mana anda tahu tentang maksud sebenar produk penggayaan rambut ini? Pomade merupakan sejenis produk rambut lembut yang hadir dalam bentuk seperti gel atau berlilin. Ia biasanya membantu rambut untuk penggayaan rangkaian tahan dan kilauan yang bergantung pada formulanya.

Pada masa kini, perkataan ‘pomade’ telah ditukar ganti dengan ‘produk rambut’. Anda melihatnya tertulis pada produk yang menjanjikan daya tahan dan kilauan yang tinggi atau bahkan pegangan yang longgar dengan kemasan matte.

Pomade biasanya boleh digunakan pada rambut yang dikeringkan dengan tuala atau rambut yang dikeringkan sepenuhnya bagi untuk hasil yang berbeza-beza. Jadi, dalam ikhtisar ini, ‘pomade’ merujuk kepada spektrum produk, termasuk produk yang membuatkan anda kelihatan seperti salah seorang pelakon siri popular, ‘Mad Men.

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip untuk guna pomade dengan baik bagi mendapatkan gaya rambut idaman anda.

PILIH ‘SHINE’ SESUAI

Jika anda perhatikan di pasaran kebanyakan pomade diklasifikan mengikut mategori berbeza dengan pengelasan ‘shine’. Kebanyakannya akan menyatakan kekuatan shine dan juga level ‘hold’ pada label.

Antaranya ialah ‘high shine and high hold’, medium to high shine and light hold’, ‘low to medium shine and low hold’ dan ‘matte finish and high hold’.

 

 

High shine & high hold
Matte finish and high hold

Berdasarkan gaya yang anda inginkan pilihlah level shine yang paling sesuai. Sebagai contoh jika ingin gaya rambut yang lebih santai dan tidak terlalu nampak berkilau matte adalah pilihan paling tepat.

KERINGKAN RAMBUT DAN BIARKAN SEDIKIT LEMBAP

Kondisi terbaik untuk mengenakan pomade ialah rambut yang dikeringkan dengan tuala. Ini kerana pomade merupakan bahan yang diaktifkan dengan menggunakan air. Berbeza dengan produk rambut lain seperti wax dan fiber.

Namun biarkan rambur sedikit lembap sebelum menggunakan pomade bagi kesan yang lebih mantap.

JUMLAH POMADE

Foto: Gatsby

Sesetengah daripada anda mungkin tertanya berapa banyak kuantiti pomade perlu digunakan untuk rambut. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis pomade atau jenama serta rambut yang anda miliki. Sebagai contoh jika anda berambut lebat dan tebal maka lebih banyak pomade perlu digunakan.

Cedok pomade menggunakan anak jari dahulu dah sapu pada tapak tangan. Kemudian perlahan-lahan layari rambut anda di celah-celah rambut dengan sekata. Gunakan hujung jari untuk meratakan dan gosok rambut dengan sebaik mungkin.

BAHAGIAN AKAR RAMBUT

Untuk hasil yang lebih mantap, ketika mengenakan pomade pada rambut pertama sekali sasarkannya ke bahagian akar atau pangkal rambut. Ini bagi memastikan keseluruhan rambut dapat disapu pomade dengan sekata.

APLIKASI 360 DARJAH

Bergantung kepada jenis rambut dan gaya yang anda mahukan anda mungkin perlu menggunakan pomade secara sekata di seluruh rambut. Bagi gaya rambut yang lebih panjang lebih banyak pomade mungkin perlu digunakan.

Foto: nextluxury.com

Disebabkan itulah untuk penggunaan pomade secara efisien anda perlu lakukan aplikasi meratakannya secara 360 darjah. Selain itu teknik ini juga dapat meratakan pomade di kepala dengan baik.

Semoga tip pengayaan pomade ini mampu meningkatkan penampilan anda jadi jauh lebih menarik. Selamat mencuba!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim