Memiliki badan sasa dan tegap merupakan impian ramai lelaki. Ia bukanlah satu perkara yang senang untuk dicapai dan memerlukan kerja keras untuk mendapatkan badan seperti itu
Selain perlu konsisten bersenam, lelaki berbadan sasa juga memerlukan kekuatan minda untuk pastikan mereka sentiasa boleh kekal dalam bentu badan begitu. Namun ada cabaran yang dihadapi mereka. Ini terutamanya bola melibatkan cara berpakaian atau berfesyen.
Memilih pakaian sesuai untuk lelaki berbadan sasa merupakan cabaran tersendiri. Berkembangnya saiz badan yang sasa maka perlu juga ada perubahan dari segi fesyen dan pemilihan pakaian yang sesuai.
MASKULIN perhatikan masih ramai lelaki sasa dan berbadan tegap seolah-olah terlalu teruja untuk menonjolkan segenap otot mereka di bahagaian badan dan tangan.
Jadi muncullah gaya fesyen yang tidak kena dan kadangkala boleh menjolok mata. Jadi adakah mereka yang berbadan sasa harus memakai pakaian bersaiz lebih besar dari fizikal mereka?
Ads
Tidak, ia bukannya begitu. Pemilihan baju yang sesuai sebenarnya bergantung kepada saiz semula jadi. Katakan kebiasaan anda memakai size M, tetapi apabila berbadan sasa mungkin boleh tukar kepada saiz L. Fitting yang sesuai boleh menonjolkan karakter yang lebih kemas dan mesra.
RATIO BETUL
Ratio atau nisbah memainkan peranan sangat penting dalam mana-mana aspek fesyen. Bagi anda yang sasa bahagian badan seperti dada, lengan dan abdomen berotot pastinya akan lebih menonjol bila mengenakan t-shirt atau kemeja.
Pilihlah baju yang tidak terlalu ketat tapi dalam masa yang sama menyerlahkan personaliti dibawa. Bagi seluar pula elakkan memakai skinny jeans kerana ia boleh membawa bayangan kaki nampak kecil. Untuk jaket pula elakkan yang memiliki corak besar dan pilihlah fabrik ringan. Apa yang paling penting semuanya mesti memberi keselesaan ketika anda memakainya.
Anda harus terima hakikat apabila mempunyai bentuk badan yang sasa dan berotot saiz baju ready-to-wear amat berlainan untuk anda. Ini terutamanya pakaian dalam kategori sut, kemeja dan tidak kurang juga baju melayu.
Oleh itu anda haruslah korbankan sedikit wang untuk menembah pakaian dengan tukang jahit. Dengan menggunakan tukang jahit anda akan mendapat pakaian yang bersaiz ekskulsif untuk diri sendiri.
Ads
LAPISAN PAKAIAN
Oleh kerana mempunyai bentuk badan yang sasa anda tidak perlu memakai pakaian lapisan luar terlalu berat. Sebagai contoh jika anda berada di kawasan berhawa dingin atau di negara bermusim sejuk, pakailah pakaian luar yang sederhana.
Elakkan memakai sweater knit atau puffer coats yang boleh membuatkan dada anda kelihatan menggelembung. Sebaliknya, pilihlah jaket denim berlengan panjang, roll necks atau cardigans yang boleh menonjolkan bentuk badan tetapi dalam masa yang sama memberikan keselesaan.
Pernah tak anda ke tempat baru dan rasa terasing dari orang di sekeliling anda? Kebanyakkan orang mengalami kesukaran untuk berhubung dengan orang lain kerana mereka awkward dengan suasana baru. Sudahlah kita tak kenal dengan orang di sekeliling, tambahan pula kita sejenis pemalu. Pasti lebih sukar. Ini beberapa tips untuk anda yang masih tidak boleh bergaul dengan orang di sekeliling anda.
Kongsi makanan
Langkah ini sebenarnya tidak terlalu sukar untuk dilakulan. Belilah apa jua jenis jajan untuk anda kongsikan dengan orang di sekeliling anda. Sebagai contoh Pringles, jika anda rajin, anda boleh ke setiap meja dan sua kepada mereka. Jika anda segan, kongsikan saja dengan orang disebelah anda. Dari situ anda boleh mulakan perbualan ringan. Sedikit sebanyak, anda telah berkomunikasi dengan salah seorang pekerja dalam pejabat anda tu.
Topik menarik
Dah bagi keropok tu, nak cakap apa eh? Topik menarik sebenarnya membantu untuk anda berbual panjang dengan seseorang yang anda baru kenal. Soalan seperti “asal mana?” boleh membuatkan topik anda kedengaran bosan! Kenapa? Kerana jika anda berinteraksi dengan orang yang petah berkata-kata tu tak apa lah, namun jika anda berinteraksi dengan seorang yang Introvert? Pasti jawapannya “Pahang” lepas tu? Nak tanya apa lagi? Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, cuba anda ubah soalan anda kepada “muka macam orang Kelantan, orang kelantan ke?” soalan begini akan membuatkan orang tersebut berfikir ‘dari mana datangnya wajah Kelantan? Dan mereka mula bertanyakan kembali kepada anda soalan. Dari situ, anda berdua dalam zon selamat untuk berbual.
Soalan ke Game
Nak main game dengan orang yang baru anda kenal? Jangan terkejut dengan tip kali ini. Jadikan perbualan anda menarik dengan berteka-teki dengan orang tersebut. sebagai contoh:
Amir: Hujung minggu selalunya kau buat apa? Jap, biar aku teka. Kau suka main bola kan?
Soalan-soalan begini akan membuatkan pihak lagi satu berasa seronok untuk teruskan perbualan. Dalam pada masa yang sama, mereka akan memberikan hint kepada anda. Mereka juga boleh berteka-teki dengan anda. Dengan cara ini memudahkan anda mengenali seseorang tanpa perlu korek rahsia mereka satu per satu. Natural kan?
Minta pendapat
Sebagai permulaan, jangan pilih topik yang berat. Topik yang ringan seperti soalan mengenai merah atau biru untuk kasut baru yang anda lihat di laman Instagram boleh membantu untuk anda berbual dengan panjang bersama seseorang. Anda boleh kenali personaliti dan keluarga mereka dari pendapat yang anda minta. Secara automatik mereka akan membuka sejarah diri mereka atau keluarga mereka. Sebagai contoh,
“oh, kakak ipar aku ada kasut color macam ni.” atau
“aku ada kawan jual kasut ni murah. Kau nak beli tak?”
Hey, nak networking sebenarnya tak susah pun. Anda cuma perlu tahu caranya saja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hampir semua orang akan mengalami sembelit. Sembelit adalah kesukaran membuang air besar yang berlarutan selama beberapa minggu. Jika anda memandang ringan terhadap sembelit ia boleh menyebabkan anda mendapat penyakit yang lebih teruk.
Punca sembelit selalunya berlaku kerana cara pemakanan yang tidak sihat. Penting untuk mengambil makanan yang mengikut piramid makanan iaitu makanan yang tinggi dengan serat. Ia adalah salah satu daripada makanan yang penting dalam diet bagi membolehkan sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik dan memduahkan kelawasan perut.
Individu yang mengalami sembelit akan dianggap kronik jika dia akan mengalami dua atau lebih simptom yang sama dalam masa tiga bulan. Antara simptomnya ialah pembuangan najis kurang dari tiga kali seminggu dan pembentukkan najis yang berketul atau keras. Selain itu, sewaktu proses pembuangan individu perlu meneran dan juga memerlukan jari untuk menekan perut untuk mengeluarkan najis.
Jika sembelit dibiarkan, ia boleh menyebabkan individu mendapat penyakit yang lebih teruk seperti radang usus, kanser perut, kanser esofagus an kanser usus. Kanser usus merupakan pembunuh kedua wanita selepas kanser payudara. Jadi cuba kawal supaya dapat mengelak daripada berlaku perkara yang lebih buruk. Ini antara yang anda boleh lakukan jika anda ingin atasi masalah sembelit:
1)Makan dengan teratur
Seperti biasa anda wajib untuk mengambil air masak sehingga urine anda jernih. Bermakna 6-8 gelas setiap hari membantu membantutkan sembelit. Lebihkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta pengambilan serat yang seimbang.
2)Bersenam
Mengapa perlu bersenam, sembelit je pun. Kajian mendapati bahawa pemakanan yang kurang seimbang membantu anda untuk mendapatkan sembelit dan dalam masa yang sama, jika anda tidak bersenam, perlawasan akan menghantui anda. Ini kerana senaman membantu untuk merenggangkan otot pada perut membantu perlawasan najis anda.
3)Tidur yang cukup
Dapatkan tidur yang mencukupi. Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup ia boleh menyebabkan anda mendapat sembelit dan mengurangkan stres ketika proses pembuangan air besar.
4)Makan Ubat melembutkan najis
Pelembut najis selalunya diambil oleh mereka yang baru sahaja melakukan pembedahan, ia mungkin mengambil masa seminggu atau lebih bagi julap tersebut berkesan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tali leher merupakan antara komponen aksesori pakaian yang paling penting buat seorang lelaki. Tali leher dianggap sebagai pelengkap kepada kemeja dan pemakaian kot atau blazer, selain menjadi sebahagian daripada pakaian rasmi lelaki untuk pelbagai majlis.
Bukan itu sahaja, tali leher juga dianggap sebagai mewakili organisasi atau pertubuhan yang diwakili oleh sesetengah daripada anda.
Jadi bab memilih tali leher yang sesuai memang sangat penting. Itu belum lagi kita berceloteh tentang kepelbagaian teknik dan cara mengikat tali leher.
Sebagai lelaki, anda harus pandai memilih tali leher yang sesuai untuk diri sendiri. Ini tipnya.
Ukuran panjang
Panjang tali leher seharusnya mencecah kepala tali pinggang. Atas dari tali pinggang atau panjang melebihi tali pinggang akan terlihat canggung dan kelakar.
Saiz tali leher
Terdapat tiga saiz berbeza tali leher yang perlu anda tahu. Pertama adalah saiz standard yang berukurun 3.75 hingga 4 inci. Tali leher jenis ini sesuai dipakai oleh lelaki plus size atau mereka yang mempunyai badan yang lebar.
Yang kedua pula tali leher dari jenis narrow. Tali leher jenis ini biasanya berukuran antara 2.75 hingga 3 inci. Saiz ini agak istimewa kerana boleh dipakai oleh mereka yang mempunyai saiz badan yang besar, sederhana atau kecil. Lebih-lebih lagi jika yang berbadan besar mengenakan suit.
Dan yang ketiga pula ialah skinny. Dengan ukuran antara 1.75 hingga 2 inci, tali leher ini bukanlah tali leher formal dan tidak sesuai dipakai untuk urusan rasmi atau ke pejabat. Ia biasanya dipakai untuk majlis tak formal atau pasti. Dan biasanya digayakan dengan seluar jenas. Tentunya tali leher skinny sesuai untuk mereka yang berbadan sangat kurus.
Jenis ikatan
1. Dimple
Tali leher biasanya digayakan dengan jenis ikatan dimple. Ia merujuk kepada alur tali leher di bahagian atas yang berlekuk. Dimple ini menunjukkan gaya seorang lelaki yang mementingkan kekemasan dan ketelitian.
2. Tie bar
Antara jenis ikatan lain yang juga popular ialah tie bar atau tie tack. Tie bar merupakan kepingan besi yang dipakai melintang dan dikepitkan pada bahagian placket baju. Tie tack pula pin yang dikenakan pada tali leher dan disematkan sekali dengan bahagian baju. Kedua-dua aksesori ini adalah untuk memastikan kekemasan tali leher yang dipakai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.