Kebanyakan kasut atau sneakers yang ada di pasaran sekarang menggunakan tapak yang digam bersama dengan bahagian upper. Tidak kiralah sama ada kasut orang dewasa atau kasut kanak-kanak inilah cara kasut dihasilkan sekarang.
Tapi untuk tapak kasut yang dilekatkan dengan menggunakan gam ini kebiasaannya akan mudah tercabut dalam tempoh beberapa tahun atau jika kasut tersebut tidak dipakai dan diletakkan di dalam almari terlalu lama.
Kadang-kadang kasut itu masih baik cuma bahagian bawahnya sahaja yang tercabut. Nak buang rasa rugi pula. Anda boleh hantar kepada tukang kasut tapi boleh juga cuba baikinya sendiri.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Muhammad Faris Abdullah menerusi hantarannya di grup Tukang Apa Hari Ini baiki kasut anaknya dengan cara DIY.
Ikuti perkongsiannya di bawah:
CARA GAM KASUT CARA DIY, MUDAH DAN TAK PERLU KOS TINGGI
Hari ini saya ingin berkongsi tips gam kasut. Kasut anak saya dah lama tanggal. Sebab apa saya gam kasut sendiri dan tak hantar ke cobbler?
1) Tukang Kasut busy katanya kena tunggu sebulan siap banyak order.
2) Saya suka DIY tukang sendiri je. Gam je pun bukan suruh bina rumah.
3) Gam kasut kena ada cara dan teknik. Salah pakai gam kasut tak tahan lama sekejap je tanggal.
4) Gam kasut pakai gam jenis Contact Adhesive (CA). Gam ini dia berbeza dengan gam super glue 3 second. Gam CA ini macam “getah”. Sesuai untuk gam kasut. Gam super glue dia keras tak sesuai mudah tanggal.
Bahan: Gam Dunlop Kuning.
Nak pakai yang putih pun ok ada yang kata putih lagi bagus. Atau nak pakai gam kasut search je kat shoppee “shoes glue” pun sesuai cara pakainya sama.
CARA GAM DENGAN BETUL
BERSIHKAN TAPAK
1) Bersihkan tapak permukaan kasut jangan ada pasir atau kotoran. Pastikan kering jangan basah. Jangan bermintak.
SAPU GAM
2) Sapukan gam pada kedua dua bahagian kasut. Tapak dan Kasut. Kalau ada berus lagi bagus saya pakai kayu je. Pastikan sapu pada kedua dua bahagian jangan sebelah saja nanti tak jadi! Berbeza dengan gam 3 second kalau pakai gam 3 second dia letak di satu bahagian saja.
REHATKAN KASUT
3) Rehatkan kasut selama 30 minit! Biar gam kering. Jangan terus sambung nanti tak jadi! Gam kalau basah dia bersinar. Kalau dah kering nampak dia kering.
GABUNGKAN
4) Selepas gam kering(30minit), gabungkan kedua-dua permukaan.
BIARKAN SELAMA 24 JAM
5) Biarkan selama 24jam sebelum dipakai. Jangan pakai sebelum 24jam biar dia kering dan kuat.
GAM YANG BETUL
6) Selepas 24jam baru kasut ready untuk dipakai boleh tahan 6-12 Bulan bergantung kepada penggunaan. Ngam. Ingat gam kasut tak sama dengan gam superglue. Gam superglue keras dan mudah tanggal.
Gam kasut ini dia Contact Adhesive. Kenyal elastik dan kalis air. Gam kalau tak habis boleh simpan dalam store jangan pergi sedut pulak!
Semoga bermanfaat.
Kredit: Muhammad Faris Abdullah
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI