Aish..kenapa pula boleh jadi hura-hura pula?

Ini semua kerana sikap pengantin yang ambil remeh dan suka melakukan kerja last minute! Jangan kamu ingat majlis kahwin ini main-main ya. Lebih lagi kalau melibatkan jemputan yang ramai dan susun atur acara yang bermacam bagai. Sebab itulah sampai ada bakal pengantin menyiapkan majlis kahwin seumpama menyemak kertas projek besar.

Tip Elak Huru Hara Di Majlis Perkahwinan,Baru La Sempurna Seperti Dirancang

Ambil pen dan buku nota anda, jom sama-sama periksa apa lagi yang anda tak siap.

2 – 3 bulan sebelum

Tempahan
Lakukan senarai semak tempahan buat kali terakhir. Periksa samada atucara majlis anda memerlukan tambahan tempahan seperti hidangan makanan, khemah atau apa sahaja. Pastikan anda berbincang dahulu dengan pasangan dan keluarga jika mempunyai sebarang tambahan. Jangan memandai pula!

Ads

Tip Elak Huru Hara Di Majlis Perkahwinan,Baru La Sempurna Seperti Dirancang

Bayaran
Hah! Bila masuk bab membayar ramai yang melengah-lengah. Seeloknya percepatkan urusan pembayaran supaya persiapan jadi tidak tertangguh. Ramai bakal pengantin yang mula lupa tentang syarat pembayaran dari pihak katering atau perancang perkahwinan. Ingat, kalau kita mudahkan kerja orang pasti kerja kita juga jadi mudah.

Seminggu sebelum

Kemas Pakaian
Bukan kemas pakaian nak terus pindah masuk rumah suami. Maksud disini ialah kemaskan pakaian pengantin, aksesori pada hari pernikahan dan persandingan. Lengkapkan semua dalam satu sudut atau beg supaya mudah dicari dan tidak tertinggal pada saat terakhir.

Ads

Borang perkahwinan
Helaian kertas yang paling mustahak! Kalau tiada benda ini, memang tidak selesai majlis anda. Double check segala senarai semak borang yang perlu dibawa ketika hari pernikahan. Letakkan dalam satu fail khas dan lantik pengapit yang menggalas tugas untuk

Tip Elak Huru Hara Di Majlis Perkahwinan,Baru La Sempurna Seperti Dirancang

Serah Tugasan
Sediakan satu jadual atucara majlis dan senarai tugasan untuk setiap ahli keluarga kamu. Biar masing-masing tahu apa yang perlu dibuat, disiapkan dan peranan pada hari nikah serta sanding. Cara ini sedikit banyak menyempurnakan atucara majlis dengan baik sekali.

Ads

Jadi kalau nak majlis sempurna ikut tip-tip ni, memang la penat tapi tak apa bukan selalu kan…

Buat yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan, tahniah kami ucapkan.

 

Sumber : Wanista

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI