Tip DIY Baiki Cermin Kereta Retak Dengan Alat Ini, Kosnya Tak Sampai RM20 Pun!

Share

Tanyalah mana-mana pemilik kereta. Berdepan cermin kereta yang retak akibat terkena anak batu memang cukup menyakitkan hati. Lebih memilukan apabila saiz retak itu tidak besar namun ia menggangu pandangan serta ketenteraman jiwa kita.

Apatah lagi apabila memikirkan kos yang agak tinggi untuk membaikinya. Saiz retak yang kecil juga tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana ia mungkin merebak menjadi lebih besar. Bahkan ia juga boleh menyebabkan risiko cermin pecah ketika anda memandu.

Itu lagi parah!

Foto: highwaytale.com

Memikirkan kemungkinan untuk menukar cermina kereta merupakan satu igauan cukup ngeri. Tapi usah risau kerana ada cara yang cukup murah boleh anda lakukan. MASKULIN tertarik dengan perkongsian satu produk yang ditawarkan oleh rangkaian kedai serbaneka, Mr. DIY menerusi satu hantaran video mereka.

Menerusi hantaran video tersebut satu produk DIY Winshield Repair Kit dari jenama Visbella telah diguanakan untuk membaiki keretakan yang kecil berlaku pada cermina kereta. Paling menarik harganya hanyalah RM15.90 sahaja!

Kawasan retak

Ikuti beberapa tip menggunakan produk tersebut untuk anda baiki sendiri secara DIY pada cermin kereta yang retak.

BERSIHKAN

Pertama sekali anda kena bersihkan kawasan yang retak. Gunakan kain mikrofiber dan buang serpihan kecil menggunakan jarum peniti atau juga pengepit kecil. Pastikan ia menjadi serata yang mungkin.

TAMPALKAN GETAH PELEKAT

Ambil getah pelekat yang disediakan dan tampal di lokasi yang retak. Getah tersebut mempunyai lubang ditengahnya, jadi anda harus pastikan lokasi retak berada di dalamnya. Selepas itu, pasangkan corong berwarna merah.

TITIKKAN RESIN

Letakkan resin ke dalam corong tersebut dalam kuantiti satu atau dua titik. Ambil picagari dah letakkannya dalam kedudukan palinng bawah. Biarkan ia melekat selamat 10 minit.

CABUT

Selepas 10 minit cabut picagari. Kemudian masukkan semula dah tekan plunger ke bawah. Biarkan picagari dalm kedudukan tersebut selama 20 minit.

CABUT PELEKAT DAN BERSIHKAN

Cabut getah pelekat dengan menggunakan pisau kecil. Kemudian titikkan beberapa titik resin di bahagian tengah berlakunya keretakan.

Tampal ‘curing film’ di bahagian yang ingin dibaiki. Tekan dan ratakan dengan menggunakan mata pisau untuk pastikan resin dapat diratakan keseluruhan kawasan.

Biarkan ia di bawah cahaya matahari selama 15 hingga 20 minit. Dan siap!

Lihatlah perbezaan sebelum dan selepas yang cukup mengagumkan. Jika kereta anda berdepan keretakan kecil seperti ini, bolehlah cuba gunakan cara dan produk ini.

Untuk step yang lebih jelas anda boleh ikuti video di bawah:

Kredit: Mr DIY

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim