Tekak orang Malaysia mesti kena makan nasi. Kalau tak makan nasi, mulalah kepala pening. Dan disebabkan itulah ramai yang gagal dalam diet atas alasan tak boleh kalau tak makan nasi.
Buat anda yang nak diet, anda tak perlu bimbang. Walaupun mahu berdiet, anda masih boleh makan sesenduk nasi dan masih rasa kenyang macam anda makan sepinggan nasi.
Naufal Antezem berkongsi di laman Twitternya 10 tip makan nasi satu senduk tapi rasa kenyang macam anda makan sepinggan nasi.
BACA: Doktor Ini Berjaya Turunkan Berat Guna Konsep Sukusukuseparuh Walaupun Tak Tinggal Nasi!
TIP MAKAN NASI SESENDUK, KENYANG MACAM SEPINGGAN
1. MINUM AIR 10-20 MINIT SEBELUM MAKAN
2. AMBIL SESENDUK NASI & LAUK BERKUAH
3. GANDAKAN LAUK DARI NASI
4. MAKAN & KUNYAH DENGAN PERLAHAN
5. MINUM AIR LEBIH KURANG 5 MINIT SELEPAS MAKAN
BACA: Amalkan Minum Teh Hijau Kosong, Rahsia Lelaki Ini Turun 10kg Walaupun Makan Nasi!
6. TAHAN, KALAU LEPAS MAKAN RASA LAPAR
7. MAKAN LEBIH KERAP
BACA: Doktor Ini Kongsi 7 Panduan Makan Nasi Cara Betul Yang Pesakit Diabetes Elok Amalkan!
8. TIGA KALI MAKAN SAMA DENGAN SATU PINGGAN NASI
9. CARA SEBELUM MASUK FASA 1 ATKINS
10. CARA MAKAN YANG MENGGEMUKKAN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Elak Rambut Beruban Dengan 3 Remedi Mujarab Ni, Pasti Bertambah Muda Lepas Ni!
Isi Kandungan
ToggleAda lelaki risau tatkala rambut bertukar warna, berasakan diri tidak lagi menarik.Helai-helai rambut putih atau uban akan muncul bila usia kita semakin tua. Namun, ada juga uban yang tumbuh lebih awal pada usia yang masih muda. Uban yang muncul pada usia muda ini boleh jadi petanda bahawa anda kekurangan nutrisi atau kerana faktor genetik.
Mewarnakan uban dengan inai atau pewarna menjadi salah satu cara untuk melindungi masalah rambut ini namun melakukannya terus menerus sudah tentu memenatkan dan kurang baik untuk kesihatan rambut.
Berikut merupakan beberapa remedi yang boleh dicuba, ia bukan sahaja berkesan malah dijamin selamat.
Rosemary dan Sage
Rosemary dan Sage adalah tonik rambut yang sangat baik bagi mendapatkan rambut yang sihat. Rebus setengah cawan rosemary dan setengah cawan sage bersama-sama di dalam air selama kira-kira 30 minit. Biarkan air tersebut sejuk dan gunakannya secara berkala untuk mengurut kulit kepala dan rambut anda. Tonik ini amat berkhasiat untuk rambut dan mampu mencegah banyak isu berkaitan rambut, termasuk masalah uban.
Daun Kari
Daun kari perlu direbus dalam minyak kelapa sehingga ia bertukar gelap. Selepas itu, sejukkan minyak tersebut dan urut ke dalam kulit kepala dan rambut anda untuk mendapatkan hasil yang ajaib. Daun kari juga boleh digunakan dengan dadih dan susu mentega untuk faedah yang lebih baik untuk rambut dan mengatasi masalah uban.
Jus Bawang dan Jus Lemon
Bersama-sama, jus bawang dan jus lemon mewakili gabungan yang sangat kuat untuk mencegah dan mengurangkan uban pada rambut. Sebelum pewarna rambut dicipta, ramai yang menggunakan bawang untuk digosokkan pada kulit kepala mereka untuk merawat uban. Ini kerana bawang mengandungi banyak enzim catalase yang meneutralkan hidrogen peroksida dan meliputi uban.
Selamat Mencuba!
Sumber : Wanista
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
3 Langkah Rebus Daun Kapal Terbang Untuk Turunkan Kencing Manis 17.9 Kepada 7!
Isi Kandungan
ToggleBacaan gula normal (normal glucose readings) dalam darah untuk penghidap kencing manis adalah antara 4.4 hingga 7.0 mmol/L.
Itu sekiranya pesakit berpuasa atau tidak makan namun jika bacaan diambil secara rawak, bacaan diterima secara normalnya adalah sekitar 4.4-8.5 mmol/L.
Penyakit yang perlu dicegah
Menerusi pendedahan tersebut, jelas masalah kencing manis perlu diatasi dan dicegah untuk mengelakkan diri berdepan dengan risiko kesihatan yang membimbangkan.
Dalam media sosial, seorang pengguna Facebook, Rashid Kocai mendedahkan terdapat rawatan alternatif untuk mengubat masalah itu dengan menggunakan daun kapal terbang.
Selain dipanggil daun kapal terbang, daun lebar ini turut dipanggil sebagai daun rumput Malaysia dan ia mudah ditemui kerana tumbuh melata di banyak kawasan.
Rendam 3 helai daun dalam masa 3 jam
Kata Rashid Kocai, mereka yang menghidap penyakit kencing manis boleh menurunkan bacaannya daripada 17.9 kepada 7 dalam masa 3 hari.
1. Caranya tanpa menggunakan sebarang kos, petik sahaja jika menemui daun kapal terbang ini di laman-laman kebun misalnya.
2. Basuh bersih-bersih dan kemudiannya, ambil 3 helai dan rendamkan dalam air panas. Biarkan daun tersebut terendam dalam air sekurang-kurangnya 3 jam.
3. Setelah selesai proses itu, minumlah air daun kapal terbang itu sekali sehari untuk tujuan perubatan alternatif meski pun rasanya agak pahit.
Turunkan hipertensi
Seorang lagi pengguna Facebook, Gevariel Hoshea mendedahkan dia sedang amalkan minum air rebusan daun tersebut.
Katanya kalau untuk turunkan BP tekanan darah tinggi memang mujarab. Caranya hampir sama iaitu rebus dan minum airnya.
Gevarial turut bersetuju selain bermanfaat untuk dirinya, daun itu bukan sahaja murah, terbaik dan senang ditanam malah tidak menolak mampu rawat masalah kencing manis.
Lumat dan tampal pada tempat luka
Pengguna Faceook yang lain turut berkongsi tentang khasiat daun ini. Kebiasaan di antara mereka pernah melumatkan daun ini kemudian tampal pada tempat yang mengalami luka.
Selain menghentikan pendarahan, rasa sakit juga boleh beransur-ansur hilang dan teknik ini dikatakan agak mujarab biar pun ia terlampau murah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Skechers Viper Court Kasut Prestasi Gelanggang Sokongan Terbaik Untuk Sukan ‘Indoor & Outdoor’
Isi Kandungan
ToggleDi kalangan peminat kasut sukan jenama Skechers pastinya sudah tidak asing lagi bagi anda. Salah satu elemen yang sering dikaitkan dengan jenama kasut asal Amerika Syarikat ini ialah keselesaan serta sokongan pada bahagian kaki yang sangat baik.
Disebabkan itulah ramai yang memilih jenama Skechers untuk aktiviti seperti larian, senaman gym dan juga aktiviti harian yang lain. Skechers yang juga dikenali sebagai ‘The Comfort Technology Company’ kini turut dianggap sebagai dia antara pengeluar dan jenama pelopor dalam memperkenalkan produk gaya hidup dan kasut prestasi yang terbaik.
Terbaru, buat pertama kalinya Skechers memperkenalkan kasut khusus buat sukan gelanggang. Menurut Skechers, kasut yang lahir daripada kejuruteraan dan rekaan terkini mereka ini bakal menjadi penanda aras baharu dalam sukan gelanggang.
Skechers Viper Court telah dilancarkan secara rasminya baru-baru ini dan ia turut dibawa ke pasaran Malaysia bagi memenuhi keperluan dan permintaan peminat sukan gelanggang sama ada indoor atau outdoor.
MASKULIN turut berkesempatan mencuba sendiri menggunakan kasut ini selama lebih kurang seminggu. Persepsi pertama kali menyarungkannya ke kaki adalah meletakkan pada jangkaan cukup tinggi dan agak mengejutkan kerana ia sebenarnya sepasang kasut sukan gelanggang yang sangat baik.
KESELESAAN & CENGKAMAN
Pertama sekali kita harus bercakap tentang elemen keselesaan. Sebagai kasut sukan gelanggang perkara di antara yang paling penting ialah kesesuaian atau ‘fit’ yang baik ketika dipakai.
Viper Court menawarkan keselesaan tersebut dengan mengetengahkan teknologi footwear terkininya seperti Arch Fit insole system dan sistem serapan ULTRA FLIGHT ‘cushioning’.
Kedua-dua teknologi ini merupakan aspek penting dalam sukan gelanggang kerana ia bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi boleh mengelakkan risiko kecederaan yang tidak sepatutnya. Selain itu, kasut sukan gelanggang juga wajib memiliki aspek cengkaman tapak yang sangat baik.
Ia bukan sahaja untuk keselamatan tetapi mampu membantu anda mendapatkan prestasi yang baik. Dilengkapi dengan tapak atau outsole dari jenama tayar terkenal, Goodyear Performance Outsole boleh membantu pergerakan lebih pantas dan kelicikan pergerakan di gelanggang menjadi lebih lancar.
Sukan gelanggang seperti badminton, tenis, ping pong, bola jaring dan juga sukan kian popular di Malaysia, Pickleball cukup memetingkan aspek cengkaman yang baik.
Skechers Viper Court kini boleh didapati dipasaran pada harga RM459 dan ia terdapat dalam varian untuk lelaki dan wanita. Setiap satunya hadir dengan tiga padanan warna berbeza.
Buat peminat sukan gelanggang, Viper Court ini boleh menjadi kasut yang cukup sempurna bagi melengkapi permainan dan gaya peribadi anda.
ASPEK PENTING
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa aspek penting Viper Court yang menjadikannya sebagai sepasang kasut sukan gelanggang terbaik di pasaran:
● Relaxed Fit®
Rekaan kasut untuk memastikan keselesaan dan kestabilan optimum semasa sesi permainan yang panjang dengan memberikan ruang yang mencukupi pada kaki anda.
● Goodyear® Performance Outsole
Tapak yang tahan lama yang menggunakan bahan berkualiti tinggi yang sama dengan tayar Goodyear® untuk memberikan daya cengkaman yang unggul dan tidak meninggalkan tanda pada apa jua permukaan padang.
● Penampungan ULTRA FLIGHT®
Insole penampungan yang responsif dan ringan untuk membantu mengurangkan impak pada sendi anda semasa sesi permainan yang intens.
● Sistem insole Arch Fit® yang dipatenkan
Insole berkontur yang direka oleh pakar ortopedik, dibangunkan dengan 20 tahun data dan 120,000 pemindaian kaki tanpa beban, membantu meningkatkan penyebaran berat dan mengurangkan hentakan ketika pemain sedang beraksi.
Dengan harga yang berpatutan dan ciri-ciri teknologi terkini, koleksi Viper Court ini tidak hanya meningkatkan prestasi permainan anda, tetapi juga memberikan keselesaan yang tak tertandingi, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk setiap peminat sukan.
Bahkan baru-baru ini, sebagai meraikan kemunculan Viper Court di pasaran, Skechers telah menganjurkan ‘Skechers Invitational Pickleball Tournament yang berlangsung di Dewan Sri Putra di mana sebanyak enam kategori berbeza dipertandingkan.
Selain menyaksikan perlawanan mendebarkan, kejohanan ini turut memberi peluang para peserta merasai pengalaman dengan Skechers Viper Court.
Skechers telah menjadi pemacu utama dalam sukan pickleball, memperkenalkan koleksinya di Kejohanan Pickleball AS Terbuka 2022 dan menandatangani atlet elit, Catherine Parenteau dan Tyson McGuffin.
Untuk pengetahuan anda, pickleball merupakan satu sukan raket kian popular yang secara dasarnya kombinasi antara tenis, ping pong dan badminton. Sukan ini dimainkan di padang berukuran setengah daripada padang tenis standard dan melibatkan raket yang lebih kecil serta bola plastik berlubang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI