Kejadian litar pintas boleh berlaku dalam pelbagai cara. Jika tidak diberi perhatian, masalah litar pintas di rumah boleh menjadi pembunuh dalam senyap.
Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku disebabkan oleh masalah litar pintas, ikuti tip keselamatan penting yang dikongsikan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Kuala Terengganu ini.
Semoga dengan tip penting ini, membolehkan anda sentiasa membuat pemantauan pada kotak suis utama di rumah bagi mengelak berlakunya kejadian litar pintas.
BACA: 10 Cara Mudah & Jimat Nak Sejukkan Rumah Tanpa Pasang Air-cond
Tips keselamatan…
Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas, ELCB (ELCB – Earth Leakage Circuit Breaker) yang berada di kotak suis utama (yang bila kilat kuat dia jatuh, pastu kita tolak naik semula ke atas tu), benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada di rumah memeriksa sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Caranya:
Dengan menekan butang ‘push to trip’ di sebelah punat automatik tersebut.
Jika setelah ditekan butang ‘push to trip’ automatiknya jatuh bermakna ELCB anda dalam keadaan baik tetapi jika anda tekan ‘push to trip’ dan ELCB anda tidak jatuh, maka cepatlah menghubungi wireman untuk menukar yang baru. Rumah anda dalam keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku.
Peringatan:
Bila tekan butang ‘push to trip’ rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan, jangan bimbang just tolak semula ke keatas dan bekalan elektrik anda akan kembali kepada sediakala.
“KESELAMATAN KELUARGA, KESEJAHTERAAN NEGARA”
BACA: Tak Perlu Pasang Lilin, Guna Je Lampu RM2 Ini Untuk Terangkan Satu Rumah Masa Blackout!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI