
Percaya atau tidak, gaya rambut yang dulu sering dipersendakan iaitu mullet kini kembali menjadi trend yang sangat popular di kalangan lelaki.
Perlu kita ingat penampilan lelaki bukan sekadar pakaian atau aksesori, ia termasuklah potongan rambut. Ia boleh menjadi peranan besar dalam menyerlahkan gaya dan personaliti.
Kebangkitan semula trend mullet yang kini diberi nafas baru yang lebih maskulin, lelaki hari ini mempunyai lebih banyak pilihan untuk tampil bergaya dan yakin.
Ketahui Bentuk Kepala Anda
Setiap lelaki mempunyai bentuk kepala yang berbeza, dan potongan rambut yang sesuai dapat menonjolkan ciri terbaik wajah sambil menyamarkan kekurangan. Berikut panduan ringkas mengikut bentuk wajah:
Wajah Bulat
Lelaki dengan wajah bulat biasanya memiliki pipi yang penuh dan garis rahang yang tidak begitu ketara. Untuk mencipta ilusi wajah yang lebih panjang dan tirus, pilih potongan yang memberi volume di bahagian atas kepala dan potongan pendek di sisi seperti fade atau undercut. Elakkan poni atau gaya rambut yang menutup dahi kerana ia boleh menjadikan wajah kelihatan lebih lebar.Wajah Oval
Bentuk wajah ini dianggap paling seimbang. Wajah oval mempunyai dahi sedikit lebih lebar daripada dagu dan garis rahang yang lembut. Berita baiknya, hampir semua potongan rambut sesuai dengan bentuk ini. Sama ada gaya buzz cut, pompadour, atau mullet, semuanya boleh dicuba dengan yakin.Wajah Persegi
Dikenali dengan garis rahang yang tegas dan struktur wajah yang kuat, lelaki berwajah persegi boleh memilih gaya yang melembutkan ciri tersebut atau menyerlahkannya. Gaya berlapis (layered) dengan sedikit panjang di atas atau crew cut dengan tekstur sesuai untuk membina keseimbangan.Wajah Panjang atau Oblong
Untuk wajah panjang, elakkan gaya rambut yang menambahkan lebih banyak ketinggian seperti quiff atau high pompadour. Sebaliknya, pilih potongan dengan panjang sederhana dan volume seimbang di sisi. Mullet moden dengan bahagian belakang yang lebih panjang dan sisi sedikit bertekstur boleh memberikan ilusi wajah yang lebih pendek.
Trend Mullet Moden, Lebih Maskulin, Lebih Gaya
Mullet kembali! Gaya ikonik era 80-an ini dikenali dengan rambut pendek di hadapan dan sisi, serta panjang di belakang.
Namun dalam versi moden, mullet tidak lagi kelihatan seperti bintang rock retro semata-mata. Ia kini tampil lebih kemas, terstruktur dan maskulin—sesuai untuk lelaki urban yang berani.
Ciri utama modern mullet termasuk potongan fade atau taper di sisi, panjang yang tidak terlalu ekstrem di belakang, dan lapisan bertekstur yang memberikan dimensi.
Kombinasi ini menghasilkan gaya yang edgy, tetapi masih boleh diterima dalam suasana kerja kasual atau majlis santai.
Tips Dapatkan Potongan Sesuai
Kenali Jenis Rambut Anda
Sama ada rambut anda lurus, kerinting atau tebal, ia akan mempengaruhi cara potongan itu kelihatan dan berfungsi. Mullet moden boleh disesuaikan untuk semua jenis rambut dengan teknik yang betul.Rujuk Barber Profesional
Jangan malu untuk berbincang dengan tukang gunting tentang gaya yang sesuai dengan wajah dan gaya hidup anda. Tunjukkan contoh gambar dan minta pendapat profesional.Penjagaan & Gaya Harian
Gaya rambut hanya akan kelihatan kemas jika dijaga rapi. Gunakan produk seperti pomade, clay, atau wax mengikut keperluan. Pemangkasan berkala penting agar potongan kekal kemas dan tidak ‘lari bentuk’.
Memilih potongan rambut yang sesuai bukan soal ikut trend semata-mata, tetapi tentang memahami struktur wajah dan keselesaan diri.
Mullet moden menawarkan gaya yang berani, segar dan lebih macho—pilihan tepat buat lelaki yang ingin tampil menonjol.
BACA: Alif Satar Ajak Peminat Sertai ‘Qiyam Macam Jumaat’
Jadi, ambil masa untuk kenali wajah anda, pilih gaya dengan bijak, dan jangan takut untuk bereksperimen. Lelaki yang yakin dengan penampilan adalah lelaki yang sentiasa menawan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI