Tip Cuci Kipas Siling Dengan Cara Paling Mudah Tanpa Habuk Berselerak!

Share

Ramai yang merungut penat nak cuci kipas siling. Mana tidaknya, kalau guna penyapu atau bulu ayam habis satu rumah penuh dengan habuk hitam. Sudahnya jadi dua kerja pula, nak cuci kipas siling dan bersihkan habuk yang jatuh ke lantai.

Jangan bimbang! Sebenarnya anda tak perlu pun pakai penyapu atau bulu ayam untuk cuci kipas siling ini sebab ada cara yang lagi mudah boleh anda buat. Paling penting, lantai tak berhabuk.

Mendapat keizinan daripada blog mamapaparea, di sini MASKULIN kongsikan cara-cara untuk mencuci kipas siling.

BACA: Senangnya Cuci Kipas! Ramai Tak Tahu, 2 Bahan Ini Boleh Elak Habuk Melekat

Tips Cuci Kipas Siling Paling Mudah Tanpa Habuk Berselerak

Tips ni selalu la Paparea amalkan di rumah bila rasa angin dari kipas tu kurang. Dah tahu la apa masalahnya, semestinya habuk banyak melekat di bilah kipas tu. Selalunya ini yang dipersoalkan tentang masalah kipas siling ini.

“Kipas siling pusing tak laju bila ada banyak habuk melekat”
“Kipas siling pusing, tapi tak ada rasa angin”
“Habuk banyak bila nak cuci kipas”
“Kipas siling kotor, malas nak panjat cuci”

Selalunya kalau masalah habuk di kipas ni kita mesti guna penyapu, bulu ayam, penyepit cuci cermin tingkap dan sebagainya. Tapi semua cara ni buat kerja kita menjadi 2 kerja sedangkan kita boleh buat sekali saja yang menjimatkan masa dan tenaga. Mana taknya dah la cuci kipas, sambung lagi sapu habuk-habuk yang jatuh di lantai. Kan bertambah kerja kita.

Ni tips simple ja, mungkin korang pun tau kan. Cuma ada yang tak praktik tips ni sebab mungkin kedudukan kipas tu tinggi dengan masalah tangga tak ada. Ada rumah yang silingnya tinggi seperti rumah teres kos rendah yang pattern lama dulu. Tips ini membolehkan habuk dari kipas tu tak jatuh beterbangan dapat dikurangkan.

BACA: 10 Cara Mudah & Jimat Nak Sejukkan Rumah Tanpa Pasang Air-cond

Untuk cara mencuci kipas ni perlu la ada 2 jenis barang iaitu:

a. Tangga 4 tingkat / 5 tingkat / lebih tinggi lagi bagus.

b. Sarung bantal (yang lama / tak guna).

Tengok habuk yang lekat kat bilah kipas ni. Ni la punca kipas kurang berangin.

Tips nak kembalikan kipas kita tu berangin kuat seperti baru, buang la habuk tu.

BACA: Kesan Buruk Tidur Menghadap Kipas Yang Boleh Bahayakan Diri. Memang Nikmat Tapi Awas!

Cara nak cucinya macam ni.

1. Sarung bantal tu perlu la dibasahkan dulu, perah airnya jadi lembap. Jangan ada lagi air meleleh dari sarung tu. Nanti lagi kotor lantai.

2. Masukkan sarung dalam bilah kipas tu. Lap la hingga tertanggal habuk tu. Tarik dan gosok kipas untuk keluarkan habuk. Habuk yang keluar dari bilah kipas tu akan jatuh terperangkap di dalam sarung bantal. Cuci sampai sedap mata korang.

Bila dah hilang habuk tu semua. Baru la terasa angin dia. Kipas lebih laju dan lantai pun tak kotor.

Jangan lupa pulak pada sarung bantal yang guna tadi tu. Buang habuk dalam sarung tu, basuh, keringkan dan simpan untuk kegunaan akan datang.

Kipas tu tahan la sebulan. Tu pun bergantung keadaan rumah. Kalau rumah korang terbuka (tingkap nako) memang kena rajin la cuci kadang2 sebulan skali. Kawasan rumah juga jadi boleh punca adanya habuk ni. Habuk masuk terperangkap dalam rumah.

Oo ya, tips ni tak boleh guna untuk kipas siling yang ada di ruang dapur (bahagian memasak). Kenapa???

Yela, kalau di dapur dah tentu la kita selalu memasak bagai. Jadi kipas yang ada di situ penuh dengan habuk + minyak = Bilah kipas ada habuk2 hitam. Kalau guna tips atas ni, lagi bertambah kotor. Banyak lagi keja nak buat.

Jadi penyelesaiannya adalah terpaksa la cuci dengan sabun cuci pinggan macam Sunlight ka, apa2 ja la. Kalau rajin, buka la bilah kipas tu, cuci.

Published by
Roselinda