“Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama, ingin ku jumpa sanak saudara, yang selalu bermain di mata!”
Pasti ramai di antara anda sudah berada di kampung atau sedang berkira-kira untuk bertolak pulang dalam masa terdekat. Kepada yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya.
Buat anda juga yang memiliki kereta kondisi kenderaan haruslah berada dalam keadaan paling bersih. Bukan sahaja dari segi luaran malah dalaman kereta.
Antara komponen dalaman kereta yang boleh anda cuci sendiri ialah kusyen. Jom ikuti tip mudah MASKULIN kongsi di bawah!
GUNA MESIN HAMPAGAS
Pertama sekali gunakan mesin hampagas untuk menyedut sebarang kotoran atau sisa makanan di atas kusyen kereta.
KAIN LAP
Guna tuala atau kain lap yang bersih.
BACA: Kalau Beli 7 Hari Sebelum Raya, Ini Tip Untuk Biarkan Kasut Terus Nampak Baru
AIR SUAM
Lembabkan kain tersebut dengan air suam + sabun pencuci
GOSOK KOTORAN
Sapukan atas kusyen kereta. Gosok di kawasan kotoran. Jangan terlalu basah
SAPUKAN BERSIH
Kemudian, ambil satu lagi kain bersih, celup dalam air sejuk, perahkan secukupnya (jangan terlalu basah), sapukan atas kusyen kereta tadi bagi menghilangkan kotoran dan membersihkan kesan sabun tadi.
JANGAN TERLALU BASAH
Yang paling penting, pastikan jangan terlalu basah!! Takut nanti, kusyen kereta tidak kering dengan sempurna dan mengundang bau kepam.
ULANG SEMULA
Ulang semula langkah 3 – 5 sehingga kusyen kereta anda bebas dari kotoran.
KERINGKAN
Jemur kereta di bawah sinar matahari selama 2 – 3 jam bagi memastikan kusyen kereta dapat kering dengan sempurna.
TURUNKAN CERMIN
Pastikan anda turunkan sedikit cermin kereta sekitar 2 inci, bagi memberikan ruang untuk wap air keluar dari dalam kereta. Pengudaraan yang sempurna amat penting bagi mengelakkan bau kepam setelah selesai cucian.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI