Bila bercakap soal kewangan tidak dinafikan ia memang satu subjek yang sangat sensitif. Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita.
Ini terutamanya bila kita bercakap tentang hutang. da orang tak suka berhutang dan ada juga yang jenis memang pantang ada peluang mesti nak berhutang. Hutang dengan bank itu lain ceritalah tapi bila berhutang dengan orang ia boleh bertukar menjadi isu serius.
Ada sesetengah orang sampai putus hubungan sama-sama adik-beradik atau kawan rapat disebabkan masalah hutang. Lain orang, lain caranya.
Mungkin anda juga seseorang yang sukar untuk mengatakan tidak bila orang nak berhutang. Sampaikan satu tahap sudah macam anda diambil kesempatan pula. Kalau pendapatan dan simpanan anda pun cukup makan memang sebenarnya tidak perlulah beri hutang kepada orang.
Nak menolak cara mentah-menatah rasa tak syok pula. Sebenarnya ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menolak secara halus permintaan orang nak berhutang.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari Dr. Azizul Ahmad yang berkongsi 7 tip yang cukup menarik.
Berterus terang sahaja tentang kondisi kewangan semasa anda. Contoh beritahu mereka bahawa anda ada komitmen yang tinggi untuk bayar hutang rumah, bil dan perbelanjaan yang lain.
Kalau rasa susah nak menolak permintaan orang nak berhutang anda boleh juga guna nama isteri. Contoh,” Maaf bro, gaji aku setiap bulan wife yang pegang. Balance sikit yang lebih untuk aku belanja je.”
Tak salah pun!Beritahu anda perlu guna duit yang banyak pada bulan itu. Dan beri tempoh masa akan datang yang anda mungkin dapat bantu. Tapi ingat jangan berjanji ya!
Ini boleh digunakan kepada orang yang selalu berhutang tapi liat nak bayar. Bila dia minta duit nak berhutang katakan anda dalam situasi sama. “Aku baru je ingat nak pinjam duit kau bro..”.
Situasi ini juga boleh anda praktikkan kepada mereka yang suka berhutang tapi liat nak membayar. Anda boleh menolak dengan tegas. Jika ada hutang masih belum mereka bayar anda boleh bangkitkan perkara itu dan suruh mereka selesaikannya dahulu.
Mungkin anda tak mampu bantu beri bantuan dari segi kewangan tapi anda boleh tawarkan untuk bantu beri barangan keperluan seperti barang-barang dapur.
Bantu semampu mungkin. Kalau dia minta pinjam RM1,000 sebagai contoh anda boleh tawarkan sebanyak RM100 untuk ringankan beban mereka. Jika nilainya kecil apa salahnya untuk bantu terutamanya mereka yang rapat dengan anda.
Segalanya terpulang kepada anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Dr Azizul Ahmad