Kerap kita dengar orang tidak selesa dan merasakan jengkel dengan sikap beberapa kerat penunggang basikal yang kadang-kadang tidak mematuhi jalan raya. Ia sekali gus memberikan imej buruk kepada aktiviti yang cukup menyihatkan ini.
Jadi untuk elak perkara tersebut MASKULIN ingin kongsi beberapa tip berbasikal dengan selamat demi keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya.
Tidak semestinya kenderaan anda tidak berenjin maka tidak perlu patuh undang-undang jalan raya. Sepanjang berbasikal di atas jalan raya ingatlah untuk sentiasa patuhi peraturan jalan raya. Patuhi undang-undang agar aktiviti anda lebih selamat dan menyeronokkan.
Menggunakan fon telinga kini bagaikan sudah menjadi trend wajib bagi penggiat aktviti senaman. Ini termasuklah di lalangan penunggang basikal. Namun sedarkah anda bahawa menggunakan fon telinga boleh menyebabkan anda kurang peka dengan keadaan sekeliling?
Penggunaan fon telinga mengganggu keselamatan pelumba secara individu. Alunan muzik tersebut boleh mengganggu pendengaran, fokus dan konsentrasi ketikan mengayuh basikal di atas jalan raya.
Demi keselematan anda, elakkan memotong kenderaan bermotor atau tidak bermotor dengan menggunakan bahagian kiri dari tepi jalan. Selain boleh membahayakan diri anda kerana boleh terjadinya kemalangan, anda juga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
Malang tidak berbau, namun sekurang-kurangnya kita boleh sentiasa bersedia berdepan dengan apa jua senario. Pertama sekali pastikan basikal mempunyai brek di bahagian hadapan dan belakang. Paling penting pastikan ia berfungsi dengan baik. Ketika berbasikal di atas jalan raya, pastikan tangan anda sentiasa bersedia pada brek agar anda boleh hadapai keadaan brek mengejut.
Faktor pakaian juga amat penting bagi memastikan keselamatan dan juga kelancaran anda semasa mengayuh. Usah risau dengan harga kerana terdapat banyak pilihan yang berpatutan di pasaran. Baju yang sesuai memastikan kayuhan lebih relaks dan selamat. Pilih juga pakaian yang berwarna cerah akan anda mudah kelihatan di kalangan pengguna jalan raya yang lain.
Menunggang di waktu malam juga sangat popular sekarang. Namun ramai tidak sedar menunggang di waktu malam risikonya lebih tinggi. Oleh itu lengkapkanlah basikal anda dengan lampu yang sesuai. Selain lampu hadapan untuk visual lebih terang pastikan lampu di bahagian belakang juga turut tersedia.
Semoga tip berbasikal yang kami kongsi boleh memberikan pengalaman yang lebih selamat buat anda.
Jom subscribe YouTube MASKULIN!