Tip Beli Kasut Online, Ini Cara Ukur Kaki & Saiz Yang Tepat!

Share

Pada masa kini lebih ramai di antara kita lebih selesa untuk membeli belah di atas talian sahaja terutamanya produk fesyen seperti kasut. Tambah lagi, kadang harga kasut yang sama di kedai online lagi murah.

Cuma satu masalah kita bila beli kasut secara online adalah selalu salah saiz. Rasa macam dah ukur betul tapi silap juga bila sampai di rumah. Dah la ada pelbagai saiz mengikut negara termasuklah saiz US, Europe, UK dan juga ukuran saiz kasut dari negara China.

Lagilah pening dibuatnya. Jadi ini antara cara nak tahu saiz kasut kita.

Cara Ukur Saiz Kasut Yang Sesuai

1. Tentukan Ukuran Panjang Tapak Kaki

Lihat pada carta dibawah. Tanda garis biru tu adalah ukuran bahagian dalam kasut. Saiznya kita boleh sesuaikan dengan ukuran panjang tapak kaki kita. Antara cara lain nak ukur saiz kasut ialah:

Ambil satu pita pengukur dan letakkan kaki kita rapat ke dinding (kaki dalam keadaan selesa).

Alaskan tapak kaki dengan kertas putih.

Tandakan pada bahagian jari kaki paling panjang.

Kemudian ukur dan tuliskan panjang tapak kaki.

Panjang tersebut adalah panjang kaki anda dalam ukuran centimeter (cm) atau milimeter (mm) dan padankan pada carta saiz kasut mengikut spesifikasi kasut yang ingin dibeli.

Kalau untuk kanak-kanak pula ada carta khas saiz kasut kanak-kanak.

Contoh Pengiraan Saiz Tapak Kaki Untuk Kasut

Ukuran tapak kaki anda paling panjang adalah 240 mm (atau 24.0 cm)

Jantina adalah perempuan.

Maka saiz kasut yang sesuai adalah US 7, UK 4 atau EU 37.

Tips Membeli Kasut Yang Sesuai Dengan Kegunaan

Jika anda memang jenis suka pakai stoking, lebih baik ditambah sedikit saiz sehingga 0.5 hingga 1 inci (1.27 hingga 2.54 cm) untuk beri ruang kaki untuk stokin.

Pilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki. Ada sesetengah pengeluar kasut akan memberi info jenis kasut mereka seperti jenis menguncup di bahagian depan atau jenis yang besar di depan.

Jika mempunyai kaki yang agak besar di bahagian jari, anda tidak boleh memakai kasut jenis menguncup di depan. Akibatnya kaki akan cepat melecet semasa berjalan.

Ukur saiz kaki anda ketika waktu petang. Ketika ini kaki dalam keadaan yang baik (saiz optimum).

Kalau nak pilih kasut pun, kena lah sesuai dengan majlis. Contohnya, memakai kasut khas ketika bersukan, kasut yang selesa untuk aktiviti lasak, juga kasut yang sepadan dengan penampilan ketika ke tempat kerja.

Tahu tak, memilih kasut dengan betul boleh memastikan kesihatan postur tubuh kita terutamanya tulang belakang?

Selamat mencuba!

Published by
Nana