Foto: Abu Aqil FB

Bukan sahaja faktor keselamatan terjejas malah ia sangat menyakitkan mata dan hati bila kita melihatnya. Itulah yang berlaku apabila pintu di dalam rumah berlubang atau rosak.

Rata-rata kita semua sedia maklum pintu bilik terutamanya pada zaman sekarang memang amatlah mudah rosak. Apabila terlanggar atau diketuk dengan sedikit kuat saja terus berlubang. Lebih-lebih lagi pintu itu dibuat daripada papan keping atau plywood.

Apa boleh anda buat selain dari menggantikannya dengan pintu baru? MASKULIN tertarik dengan satu perkongsian dari Abu Aqil menerusi grup Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Lebih menarik menerusi perkongsiannya itu dia menjelaskan kos membaikinya adalah sekitar RM70 sahaja. Manakala kos untuk menggantikan pintu pula adalah dalam RM200. Tambahnya lagi pintu yang dibaikinya juga lebih mahal dari pintu plywood biasa kerana pada bahagian bawah ia dilengkapi louver untuk pengudaraan.

Pintu yang dibaiki ini mengalami kerosakan selepas pecah akibat tersiku. Ikuti cara dan langkah bagaimana dia membaikinya dengan cara cukup mudah.

STEP 1

Pertama sekali potong dan buang plywood yang sudah pecah.

Ads

Pastikan anda memotongnya dengan 45° keluar di sekeliling lubang. Ini supaya wood filler yang akan digunakan nanti akan lebih mencengkam ke plywood pintu ni dan sekali gus mengurangkan berlakunya risiko rekahan di keliling lubang.

Kemudian ambil kertas pasir dan gosok di keliling lubang tersebut.

Tip Baiki Pintu Pecah Atau Berlubang Dengan Kos Dalam RM70 Sahaja, Hasilnya Memang Mengejutkan
Foto: Abu Aqil FB

STEP 2

Dengan menggunakan potongan kotak sumbatkan ke dalam ruang pintu di sekeliling lubang. Langkah ini bagi membantu penggunaan PU foam selepas ini.

Tip Baiki Pintu Pecah Atau Berlubang Dengan Kos Dalam RM70 Sahaja, Hasilnya Memang Mengejutkan
Foto: Abu Aqil FB

STEP 3

Dengan menggunakan spray PU foam, lakukan semburan ke bahagian dalam sehingga ia memenuhi ruang dalam lubang. Kemudian tinggalkannya untuk meresap dan kering sebaiknya.

Ads
Tip Baiki Pintu Pecah Atau Berlubang Dengan Kos Dalam RM70 Sahaja, Hasilnya Memang Mengejutkan
Foto: Abu Aqil FB

STEP 4

Selepas tempoh beberapa jam kemudian PU foam akan mula menjadi lebih tumpat dan agak kera. Dengan menggunakan pisau anda boleh potong lebihan foam agar ia menjadi sama rata dengan permukaan pintu.

Anda boleh gunakan scrapper yang lebih lebar daripada lubang sebagai rujukan. Pastikan foam itu ada gap 2mm hingga 3mm daripada scrapper supaya wood filler yang akan digunakan selepas ini dapat betul-betul rata dengan permukaan pintu.

Tip Baiki Pintu Pecah Atau Berlubang Dengan Kos Dalam RM70 Sahaja, Hasilnya Memang Mengejutkan
Foto: Abu Aqil FB

STEP 5

Dengan menggunakan scrapper ratakan wood filler dengan sebaiknya. Agak penting untuk pastikan anda guna scrapper yang lebih lebar daripada lubang ketika tarik scrapper tersebut, terus tarik dari kanan ke kiri, jangan berhenti tengah jalan. Ulang beberapa kali sehingga anda dapati ia sudah rata.

Ads

Kemudian tunggu sehingga wood filler kering. Selepas kering ia mungkin akan terdapat rekahan seperti dalam gambar di bawah. Ulangi semula proses untuk meratakan wood filler.

Tip Baiki Pintu Pecah Atau Berlubang Dengan Kos Dalam RM70 Sahaja, Hasilnya Memang Mengejutkan
Foto: Abu Aqil FB

STEP 6

Ia akan selesai apabila wood filler sudah kering dan tiada lagi rekahan. Bagi lebih melicinkannya anda boleh gosok dengan menggunakan kertas pasir.

Tip Baiki Pintu Pecah Atau Berlubang Dengan Kos Dalam RM70 Sahaja, Hasilnya Memang Mengejutkan
Foto: Abu Aqil FB

STEP 7

Apabila sudah betul-betul rata dan licin maka anda boleh teruskan dengan cat. Boleh perhatikan selepas cat kering ia seakan-akan seperti pintu yang tidak pernah pecah pun. Selepas cat kering memang tiada beza!

Tip Baiki Pintu Pecah Atau Berlubang Dengan Kos Dalam RM70 Sahaja, Hasilnya Memang Mengejutkan
Foto: Abu Aqil FB

Semoga perkongsia yang cukup berguna dari saudara Abu Aqil ini boleh memberikan manfaat untuk kita semua. Selamat mencuba!

Kredit: Abu Aqil

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI