Tip Bagaimana Untuk Capai Larian 10 Kilometer Dalam Masa Sebulan

Share

Setiap orang yang mula aktif dalam aktiviti larian pastinya mempunyai sasaran untuk mencapai jarak 10 kilometer.

10 kilometer bukanlah satu jarak yang dekat Malah ia memerlukan latihan yang intensif serta memerlukan tenaga dan stamina yang tinggi untuk melengkapkan larian sejauh itu.

Jadi bagaimana anda boleh latih diri untuk mencapai jarak tersebut dalam masa hanya sebulan atau 30 hari? Perkara paling penting untuk anda realisasikan misi ini ialah dengan membina ketahanan dan kekuatan tanpa melakukan latihan yang berlebihan.

Ia satu tugas bak kata orang “easier said than done”.

Jadi amatlah penting untuk anda mempunyai disiplin yang tinggi tak kiralah sama ada anda seorang pelari beginner

, intermediate atau advanced.

BACA: Sertai Cabaran Virtual Run Individu MASKULIN DARE, Menangi Hadiah Wang Tunai & Smart Watch!

LATIHAN LARIAN SELAMA SEBULAN

Sama ada anda seorang pelari beginner atau veteran, asas utama latihan larian ini ialah mengikuti latihan larian yang meliputi tiga jenis program iaitu:

Long Runs (LR) – larian melebihi 3 kiloneter yang dilakukan untuk membina stamina. Ini merupakan larian pada kelajuan di mana anda boleh bernafas dengan mudah dan selesa.

Easy Runs (ER) – larian di bawah 3 kiloneter bagi melatih diri untuk berlari dalam kondisi selesa dan senang.

Cross Training (CT) & hari rehat – Tempoh di mana anda boleh ambil untuk rehat atau melakukan aktviti lain seperti berbasikal, berenang atau yoga. Ia bergantung kepada diri anda untuk memastikan stamina berada pada paras sama.

Berikut merupakan latihan larian 10 kiloneter untuk pelari beginner.

Jadual Latihan Minggu 1

Hari 1: 30 minit CT atau rehat

Hari 2: 2 km ER

Hari 3: 30 minit CT atau rehat

Hari 4: 2 km ER

Hari 5: Rehat

Hari 6: 3 km LR

Hari 7: 2 km brisk walk atau rehat

Jadual Latihan Minggu 2

Hari 1: 30 minit CT atau rehat

Hari 2: 2.5 km ER

Hari 3: 30 minit CT atau rehat

Hari 4: 2.5 km ER

Hari 5: Rehat

Hari 6: 4 km LR

Hari 7: 2 km brisk walk atau rehat

Jadual Latihan Minggu 3

Hari 1: 30 minit CT atau rehat

Hari 2: 3 km ER

Hari 3: 30 minit CT atau rehat

Hari 4: 3 km ER

Hari 5: Rehat

Hari 6: 5 km LR

Hari 7: 2 km brisk walk atau rehat

Jadual Latihan Minggu 4

Hari 1: 3 km ER

Hari 2: 30 minit CT atau rehat

Hari 3: 3 km ER

Hari 4: Rehat

Hari 5: 2 km ER

Hari 6: Rehat

Hari 7: HARI TERAKHIR!

JOIN LARIAN

Selepas anda sudah dapat capai sasaran tersebut maka bolehlah anda cuba cabar diri untuk masuk pertandinga larian sama ada kompetitif atau fun run.

Dan sepanjang melatih diri untuk mencapai jarak 10km, anda boleh sertai cabaran Virtual Run CABARAN MASKULIN DARE 50km anjuran MASKULIN.

Pelbagai hadiah menarik boleh anda menangi. Dan kalau berjaya selesaikan jarak 50km dalam masa 40 hari anda layak mendapat medal, t-shirt khas dan sijil penyertaan!

KLIK SINI UNTUK MENYERTAINYA!

 

Published by
Farizul Izwany