Tip Bagaimana Nak Tahu Driveshaft Kereta Rosak & Sudah Wajib Kena Tukar

Share

Driveshaft atau dalam Bahama Melayu bermaksud aci pemacu mempunyai fungsi yang sangat penting dalam sistem pemanduan navigasi kereta. Secara ringkasnya, driveshaft berfungsi untuk memberi agihan kuasa yang dihasilkan oleh enjin kepada tayar.

Kuasa itulah yang akan menggerakkan tayar dan kenderaan anda. Driveshaft kebiasaannya terletak berdekatan dengan kota gear dan pada tayar.

Driveshaft atau aci pamacu

Terdapat dua drive shaft untuk roda hadapan. Satu pada tayar sebelah kanan menakala satu di sebelah kiri. Kedua-dua drive shaft ini menjadi penghubung kuasa dari enjin terus ke tayar kenderaan. Kenderaan jenis ini juga sering dipanggil sebagai kenderaan FWD.

Jadi kali ini MASKULIN ingin mengajak anda semua mengenali petanda-petanda atau cara macam mana nak tahu driveshaft sudah rosak atau perlu ditukar dengan segera.

GEGARAN KUAT

Salah satu petanda yang sangat jelas ialah apabila berlakunya gegaran yang kuat pada kereta. Ini terutamanya berlaku apabila kereta dipandu.

Gegaran kuat ini boleh dirasai bukan sahaja pemandu tapi penumpang yang lain terutamanya di bahagian kaki. Jangan abaikan petanda jelas seperti ini ya.

Foto: energyeducation.ca

BUNYI CLUNKING

Ini antara petanda bahawa driveshaft kereta anda sebenarnya sudah hampir ke riwayat akhirnya. Atau dalam kata lain perlu ditukar dengan segera. Bunyi kuat seperti ‘clunking; ini boleh jelas didengar terutama bila kereta mula memecut atau ketika melakukan u-turn.

DRIVESHAFT BOOT KOYAK

Untuk masalah seperti ini, driveshaft biasanya boleh lagi digunakan. Ia tidak bergegar dan juga ada bunyi tapi mula menunjukkan ada masalah.

Namun anda harus menukarkan boot baru bersama dengan minyak gris ke dalam driveshaft. Tapi kebiasaannya pun tidak akan tahan lama. Lebih baik anda tukar sahaja terus.

Foto: driveshaftsoftulsa.com

SUKAR MEMBELOK

Bila rasa macam susah nak membelok itu merupakan ‘red flag’ utama perlu anda berikan perhatian segera. Tapi ada juga sesetengah pengguna tidak sedar kereta mereka susah nak membelok dan dipaksa juga.

Malah ada hingga bunyi berdetak dengan kuat pun masih ada yang tidak mempedulikannya. Jangan begitu ya! Anda rasa susah membelok pergilah periksa dengan segera.

KEROSAKAN SERIUS

Ini sebenarnya bukan petanda tetapi pengakhiran driveshaft. Apabila ia rosak seperti putus atau patah, kereta anda pun tidak boleh dipandu lagi.

Kuasa tidak akan dapat dipindahkan dari enjin ke driveshaft dan juga sistem navigasi. Kalau perkara malang ini berlaku anda tiada cara lain. Buatlah panggilan telefon kepada trak tunda dan bawa ke bengkel.

Semoga perkongsian ini mampu membantu anda di masa akan datang!

Kredit: Twitter Servis Kereta

Published by
Farizul Izwany Ibrahim