Driveshaft atau dalam Bahama Melayu bermaksud aci pemacu mempunyai fungsi yang sangat penting dalam sistem pemanduan navigasi kereta. Secara ringkasnya, driveshaft berfungsi untuk memberi agihan kuasa yang dihasilkan oleh enjin kepada tayar.
Kuasa itulah yang akan menggerakkan tayar dan kenderaan anda. Driveshaft kebiasaannya terletak berdekatan dengan kota gear dan pada tayar.
Terdapat dua drive shaft untuk roda hadapan. Satu pada tayar sebelah kanan menakala satu di sebelah kiri. Kedua-dua drive shaft ini menjadi penghubung kuasa dari enjin terus ke tayar kenderaan. Kenderaan jenis ini juga sering dipanggil sebagai kenderaan FWD.
Jadi kali ini MASKULIN ingin mengajak anda semua mengenali petanda-petanda atau cara macam mana nak tahu driveshaft sudah rosak atau perlu ditukar dengan segera.
GEGARAN KUAT
Salah satu petanda yang sangat jelas ialah apabila berlakunya gegaran yang kuat pada kereta. Ini terutamanya berlaku apabila kereta dipandu.
Ads
Gegaran kuat ini boleh dirasai bukan sahaja pemandu tapi penumpang yang lain terutamanya di bahagian kaki. Jangan abaikan petanda jelas seperti ini ya.
BUNYI CLUNKING
Ini antara petanda bahawa driveshaft kereta anda sebenarnya sudah hampir ke riwayat akhirnya. Atau dalam kata lain perlu ditukar dengan segera. Bunyi kuat seperti ‘clunking; ini boleh jelas didengar terutama bila kereta mula memecut atau ketika melakukan u-turn.
DRIVESHAFT BOOT KOYAK
Untuk masalah seperti ini, driveshaft biasanya boleh lagi digunakan. Ia tidak bergegar dan juga ada bunyi tapi mula menunjukkan ada masalah.
Ads
Namun anda harus menukarkan boot baru bersama dengan minyak gris ke dalam driveshaft. Tapi kebiasaannya pun tidak akan tahan lama. Lebih baik anda tukar sahaja terus.
SUKAR MEMBELOK
Bila rasa macam susah nak membelok itu merupakan ‘red flag’ utama perlu anda berikan perhatian segera. Tapi ada juga sesetengah pengguna tidak sedar kereta mereka susah nak membelok dan dipaksa juga.
Malah ada hingga bunyi berdetak dengan kuat pun masih ada yang tidak mempedulikannya. Jangan begitu ya! Anda rasa susah membelok pergilah periksa dengan segera.
Ads
KEROSAKAN SERIUS
Ini sebenarnya bukan petanda tetapi pengakhiran driveshaft. Apabila ia rosak seperti putus atau patah, kereta anda pun tidak boleh dipandu lagi.
Kuasa tidak akan dapat dipindahkan dari enjin ke driveshaft dan juga sistem navigasi. Kalau perkara malang ini berlaku anda tiada cara lain. Buatlah panggilan telefon kepada trak tunda dan bawa ke bengkel.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda di masa akan datang!
Kredit: Twitter Servis Kereta
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki kenderaan idaman merupakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bayangkan kereta yang sekian lama menjadi tatapan di dalam majalah atau skrin komputer akhirnya berjaya dimiliki. Pastinya menghadirkan seribu satu kepuasan tersendiri. Itulah yang dikongsikan oleh Wak Doyok kepada Maskulin menerusi temu bual eksklusif bersamanya dalam segmen video istimewa ‘Roda Panas’.
Cukup kena dengan karakter dan gayanya yang sering tampil bergaya dengan kemas dan serba maskulin, Wak Doyok berkongsi kenderaan hebat miliknya, Ford Raptor F-150. Lebih menarik lagi, kereta pacuan 4 roda bersaiz gergasi ini sebenarnya dari model Ford Ranger.
Namun dengan kesungguhan dan minat mendalama, Wak Doyok melakukan transformasi model tersebut kepada Ford Raptor F-15O. Model pacuan empat roda yang cukup sensasi dan ‘liar’ di mata penggemar automotif.
Transformasi bahagian depan menurutnya dilakukan berdasarkan Ford Raptor versi tahun 2016. Hampir kesemua bahagian hadapan telah ditukar dengan bahagian yang dihasilkan secara kustom. Malah sebahagian besar daripadanya dihasilkan dengan menggunakan bahan karbon fiber. Lampu hadapannya cukup besar merupakan spare part original daripada model tersebut.
“Bumper pula dihasilkan dengan karbon fiber, manakala lampu LED ni saya buat macam Trasfomers. Macam Optimus Prime sikit. Untuk bagi tinggi pula saya guna lower arm dan absorber khas. Dan untuk bahagian pijak kaki untuk masuk ke dalam saya tukar kepada side step automatik. Bila pintu dibuka baru ia keluar”, jelas Wak Doyok lagi.
Jelasnya lagi, walaupun kenderaan kesayangannya ini diubah suai namun ia mengikuti spesifikasi ditetapkan oleh kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Ikuti video RODA PANAS oleh MASKULIN di bawah untuk saksikan perkongsian eksklusif Wak Doyok bersama kami.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah atau tidak anda bawa kereta tiba-tiba aircond anda tidak berfungsi dengan baik seperti tidak lagi terasa sejuk?
Tak apa, tak jadi masalah , jangan panik jika pernah terjadi, mungkin anda boleh cuba cara yang dikongsikan Farizah Mohamed ini. Bukan sahaja senang malah menjimatkan masa dengan hanya mengambil masa 5 minit sahaja dan duit anda juga.
Menurutnya, punca aircond tidak sejuk selalunya dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya cooling coil bocor, compressor, kipas, gas aircond bocor dan macam-macam lagi.
Namun begitu, dia tidak menolak kadang-kala ia juga disebabkan benda-benda simple sahaja seperti penapis yang penuh dengan habuk. Benda ini boleh dibaiki sendiri, jadi mengapa sampai perlu hantar ke bengkel.
Cara-caranya;
1. Pastikan enjin dimatikan terlebih dahulu. Buka drawer di bawah dashboard yang terletak di bahagian penumpang depan dan tarik ia keluar.
2. Sebaik anda tarik keluar, anda akan nampak satu kotak hitam kecil di dalam ruangan tersebut, lalu buka penutup kotak itu.
3. Tarik penutup kotak berbentuk segi empat, ia berfungsi sebagai penapis yang menangkap segala kotoran dan habuk (seperti dalam gambar).
4. Ketuk dan bersihkan segala habuk yang melekat dan letak balik penapis tersebut di tempat asal. Pasang semula penutup dan drawer tersebut.
5. Kemudian on kan enjin dan test aircond, mesti dah sejuk angin dia!
Jika tidak sejuk, itu tandanya anda perlu membawanya ke bengkel berdekatan. Tambahnya, kebanyakan kenderaan tempatan kedudukan penapis memang di bahagian penumpang, tetapi dia tidak pasti jika continental car, kena tanya pada pakar.
Serious AIRCOND KERETA terus jadi SEJUK!!! Menyesal x buat dari dulu. Xyh kluarkan duit pun! X sampai 5min dah siap. Jom…
PT Astra Honda Motor (AHM), pengedar rasmi jenama motosikal Honda di Indonesia melancarkan edisi khas Honda CBR 250RR bertemakan ‘Art of Kabuki’.
Semakin berputih mata nampaknya rakyat Malaysia. Indonesia sudah meraikan ulang tahun pertama CBR 250RR, sedangkan Malaysia masih menunggu ketibaan CBR 250RR. Malah kehadirannya juga masih samar-samar.
Desain terbaru pada supersport berkenaan dipadankan dengan lakaran khas yang menggambarkan peta Indonesia.
Selain itu, tema ikonik Kobuki diserlahkan menerusi penyerap hentak berwarna hitam, bingkai dengan semburan cat merah, rim berwarna hitam di depan dan putih di belakang. Manakala kowl pelana belakang turut menerima cat putih.
Tema The Art of Kobuki menggambarkan budaya tradisional ‘Kabukimono‘ yang berasal dari era Sengoku sekitar akhir abad 15 hingga 16. Era tersebut dikenali dengan zaman samurai yang menjadi ikon pahlawan yang berani mengabdikan diri kepada masyarakat.
Budaya tersebut memiliki keunikan dan menjadi tren ketika ini. Filosofi budaya Kabukimono ini sejalan dengan Honda CBR250RR yang menjadi model paling diminati dalam segmennya dan juga berhasil mengukir sejarah baru motor sport di Indonesia.
Edisi khas tersebut hanya ditawarkan 100 unit. Soal mekanikal masih sama yang mana ia dilengkapi enjin 250cc penyejukan cecair DOHC 4-lejang. Ia mampu menghasilkan kuasa 38.7PS pada 12,500rpm dan tork maksimum 23.3Nm pada 11,000rpm.
Apa yang menarik CBR250RR merupakan jentera paling ringan dalam kelasnya dengan 165kg bagi varian standard, manakala ABS sedikit berat dengan angka 168kg.
Motosikal edisi khas itu dijual pada harga Rp70,825,000 (RM22,753).
Sumber Foto: Paktiga.com & AHM
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.