Tip Bagaimana Nak Periksa ‘Gas Aircond’ Kereta Sudah Terlebih Atau Terkurang, Ini Caranya!

Share

Buat pengguna kereta atau sebarang kenderaan melebihi empat roda di negara kita pastinya sudah maklum tentang betapa pentingnya penghawa dingin atau aircond. Jadi penting untuk anda tahu tip menjaganya dengan baik.

Dengan cuaca di negara kita yang sering mengalami panas ekstrem maka tidak hairanlag mengapa aircond dianggap sebagai antara komponen atau kemudahan di dalam kereta yang sangat penting.

Salah satu penjagaan aircond yang cukup sinonim ialah menjaga kadar gas aircond agar sentiasa mencukupi supaya ia dapat terus menyejukkan ruang dalaman kereta.

Tapi sejauh mana anda tahu sama ada gas yang diisi sudah mencukupi atau mungkin belum mencukupi.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang pernah dihantar Facebook Azbi Centre yang mengupas tentang perkara ini dengan cukup baik sekali. Bagaimana kita nak tahu gas aircond sudah diisi dengan penuh?

Ikuti perkongsian mereka di bawah;

—————————————————————————

Ada beberapa cara nak tahu gas aircond penuh atau kurang atau terlebih

1.Manifold Gauge (meter gas)

Jika anda topup gas di kedai.”pomen” akan gunakan sejenis “meter” utk mengisi gas air-cond.ada dua jenis bacaan pada meter:-

Meter warna biru= Low pressure (tekanan rendah)

Meter warna merah= High Pressure (tekanan tinggi)

Foto: Azbi Centre

Anda hanya perlu lihat meter biru untuk mengetahui isi padu gas aircond dalam sistem. Meter berwarna merah untuk melihat tekanan pada ‘side’ high pressure.

Apabila kepala hose pada meter biru telah dipasang pada service valve pada paip sejuk. Jarum pada meter biru akan terus menunjukkan bacaan.berikut adalah bacaan nombor pada meter ketika “compressor” sedang “bergerak”: 0/10/20/30/40 = PSI

0 = jika jarum meter biru berada pada paras ini biasanya menunjukkan gas telah “kosong” dalam sistem.
10 = jika jarum meter biru berada pada paras ini mungkin gas telah kurang sebanyak 70% dalam sistem
20 = jika jarum meter biru berada pada paras ini mungkin gas telah kurang sebanyak 50% dalam sistem
30 = jika jarum meter biru berada pada paras ini mungkin gas telah kurang sebanyak 30% dalam sistem
40 = jika jarum meter biru berada pada paras ini biasanya gas telah penuh dan cukup dalam sistem

Foto: Azbi Centre

*bagi “compressor” yang berfungsi dgn baik kdg2 jarum meter tidak capai pada paras 40psi.mungkin kurang sedikit.yang penting paip “low pressure” sejuk @ berpeluh.
**boleh juga lihat pada “side glass” pada “filter” @ “tabung penapis”
***jika jarum meter menunjukkan bacaan lebih dari 40psi, ianya tidak bagus utk sistem.samada compressor sudah tidak “kuat” @ lose power atau gas terlalu banyak.(ikut pada keadaan)

Inilah sedikit tips untuk anda mengetahui tentang gas dalam sistem menggunakan “meter gas”. Apa yang penting anda perlu bertanya kepada bengkel yang terbukti berpengalaman dan pakar dalam bidang penyaman udara kenderaan. Ini kerana setiap keadaan sistem air-cond banyak kemungkinan.

Apa yang anda perlu pastikan adalah apa yang anda bayar berbaloi dengan apa yang anda dapat.

Sekian. Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda.


 

Semoga perkongsian yang cukup berguna dari Azbi Centre di atas mampu memberikan banyak manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk ikuti Facebook mereka untuk pelbagai tip menarik.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sertai kejohanan futsal MASKULIN Beat Boot Battle yang bakal berlangsung pada 25 Ogos 2024. Hadiah utama RM2,000 dan tempat kedua RM1,500. Terhad untuk 8 pasukan sahaja! Daftar di sini—> https://kliik.je/product-details/106?title=beat-boot-battle—kejohanan-futsal-maskulin

Published by
Farizul Izwany Ibrahim