Bila anda ke supermarket seksyen manakah yang paling digemari? MASKULIN yakin ramai yang akan memiliki seksyen makanan dan minuman ringan.
Kerana di sinilah terdapat pelbagai jenis makanan berperisa yang muncul dalam bermacam bentuk dan saiz. Makanan ringan atau junk food kini telah menjadi satu budaya hidup yang normal di kalangan kita.
Tapi tahukah anda makanan yang sangat kurang faedahnya kepada kita mengandungi pelbagai bahan bahaya. Makanan ringan sentiasa menjadi pilihan ramai orang yang dimakan ketika sedang menonton televiyen, berparti atau ketika berdepan stres.
Kerepek kentang, coklat bar, gula-gula dan bermacam junk food pasti menjadi stok sentiasa ada di rumah. Bila sudah mmakan banyak barulah timbul rasa penyesalan. Selain menahan diri dengan disiplin tinggi sebenarnya terdapat beberapa tip boleh anda amalkan untuk elak keinginan makan junk food.
BERJALAN SELAMA 15 MINIT
Ads
Berjalan mampu membuat anda melawan keinginan terhadap makanan ringan. Melakukan senaman ringan seperti berjalan mampu mengeluarkan endorfin yang akan merangsang otak jadi lebih tenang. Udara segar juga boleh merendahkan rasa stres. Malah jika anda berjalan 15 minit keinginan makan makanan bergula juga akan turun.
Seorang pakar psikologi dari Amerika Syarikat, Susan Albers mengamalkan tips ini apabila dia berdepan keinginan makanan ringan dan bergula. Dia akan minum air panas yang dicampur dengan madu dan serbuk kayu manis. Tahukah anda bahawa serbuk kayu manis telah terbukti mampu mengembalikan paras normal serbuk kayu manis.
MAKAN AVOCADO
Ads
Jika anda betul-betul teringin makan sesuatu yang ringan pilihlah makanan mengandungi lemak sihat, protein dan serat. Antara makanan sihat yang boleh anda ambil ialah avokado. Keinginan terhadap junk food pasti boleh dilawan.
FIKIRKAN AKTIVITI LAIN
Ketahuilah makan tak boleh buat masalah anda berperangai buruk. Untuk mengelakkan ia berlarutan jadi masalah anda perlu melakukan aktiviti tertentu. Sekurang-kurangnya anda boleh elak daripada makan junk food yang hanya boleh beri kesan lebih teruk kepada badan. Lakukan aktiviti lain yang boleh buat minda anda alih perhatian daripada makan.
KESAN PANJANG
Antara tip terbaik ialah anda harus tahu akan kesan jangka masa panjang pengambilan junk food terhadap kesihatan diri sendiri. Jika ada kesedaran ini, anda pasti tak akan makan junk food bila stres ataupun tidak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Percaya atau tidak kita kini sudah lebih setahun terpaksa ‘berkurung’ di rumah. Pandemik COVID-19 ternyata telah banyak mengubah hidup kita, berbeza dengan normal biasa. Disebabkan itulah kita harus membiasakan diri dengan norma baharu yang sudah kita amalkan sejak pandemik ini bermula.
Dengan kadar vaksinasi yang kini semakin rancak, kita berharap dalam masa terdekat kita boleh kembali normal. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa jenis senaman yang sangat mesra dilakukan di rumah.
Ingat, jaga kesihatan diri untuk pastikan diri sentiasa dalam kondisi yang baik.
Paling penting semasa melakukan senaman pastikan bernafas dengan betul dan ada air untuk elakkan berlakunya dehidrasi. Berikut beberapa jenis senaman yang MASKULIN cadangkan.
Bagi anda yang tidak biasa bersenam boleh memilih melakukan beberapa jenis senama selama 10 ke 15 minit. Manakala bagi anda yang mampu melakukan kesemuanya boleh cuba untuk tempoh 15 ke 30 minit.
Selamat mencuba dan mengharungi tempoh mencabar buat kita rakyat Malaysia. Stay fit, healhty and safe!
Jangan lupa subsribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video workout mantap seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahun lalu nama Ryan Gosling sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila menjadi salah seorang tunggak utama filem blockbuster, ‘Barbie’. Tampil membawakan watak sebagai Ken, Ryan Gosling hadir dengan lakonan yang cukup mantap.
Selain itu bentuk badannya yang tegap dan sasa turut menjadi bualan hangat peminat terutamanya di laman media sosial. Sebagai seorang selebriti, rutin latihan kecergasan fizikal yang diamalkan oleh Ryan Gosling sering menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin mencapai bentuk badan serupa.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan mengenai rutin latihan kecergasan fizikal yang diamalkan oleh Ryan Gosling sehingga dia mendapat bentuk badan yang sangat tegap!
Ryan Gosling mengamalkan kombinasi latihan kekuatan dan kardiovaskular. Ini termasuk melakukan latihan dengan beban untuk membina otot serta aktiviti kardiovaskular seperti berlari atau berenang untuk membakar lemak dan meningkatkan kecergasan jantung.
Gosling kerap melakukan latihan sirkuit yang menggabungkan beberapa jenis latihan dengan sedikit atau tiada rehat di antaranya. Ini tidak hanya membantunya membina otot tetapi juga meningkatkan ketahanan dan kecergasan keseluruhannya.
Ryan Gosling juga mengamalkan latihan menggunakan berat badan sendiri seperti push-up, sit-up, dan pull-up. Latihan ini membantunya membina kekuatan fungsional yang penting untuk pergerakan harian dan peranannya sebagai aktor.
Untuk peranannya dalam filem tertentu, Gosling sering mengikuti rutin latihan yang disesuaikan. Contohnya, untuk peranannya dalam film “Crazy, Stupid, Love,” dia mengamalkan latihan yang lebih intens untuk membina otot dan mendapatkan definisi otot yang lebih jelas.
Selain latihan kekuatan dan kardiovaskular, Ryan Gosling juga memberi perhatian pada fleksibiliti dan keseimbangan. Ini termasuk yoga dan Pilates, yang membantu dalam meningkatkan fleksibiliti, keseimbangan, dan postur.
Sebahagian besar dari kejayaan rutin kecergasan Gosling adalah dietnya. Dia mengamalkan diet yang kaya dengan protein, karbohidrat kompleks, dan lemak baik, serta mengambil makanan dalam porsi yang terkawal.
Kunci utama kejayaan rutin kecergasan Ryan Gosling adalah konsistensi dan disiplin dalam latihan dan dietnya. Dia berkomitmen untuk mengikuti rutinnya secara konsisten, walaupun dengan jadual kerjanya yang sibuk.
Gosling juga memastikan bahawa dia mendapat cukup rehat dan tidur. Tidur yang cukup penting untuk pemulihan otot dan kesihatan keseluruhan.
Dalam kesimpulan, rutin latihan kecergasan fizikal yang diamalkan oleh Ryan Gosling adalah kombinasi daripada latihan kekuatan, kardiovaskular, fleksibiliti, serta diet yang seimbang dan konsistensi dalam latihan.
Gosling sering mengubah rutin latihannya untuk mengelakkan kebosanan dan memastikan bahawa badannya terus diuji dengan cara-cara baru. Ini termasuk mengubah intensiti, durasi, dan jenis latihan yang dilakukan.
Selain kecergasan fizikal, Gosling juga menekankan pentingnya kesihatan mental. Latihan fizikalnya sering diikuti dengan teknik relaksasi seperti meditasi atau aktiviti yang membantu mengurangkan tekanan.
Untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan latihan, Gosling bekerjasama dengan pelatih peribadi. Ini membantu dalam menyesuaikan rutin latihannya sesuai dengan keperluan dan matlamat peribadinya.
Walaupun fokus pada membina otot dan kecergasan, Gosling juga mengutamakan keseluruhan kesejahteraan. Beliau memahami bahawa kecergasan bukan hanya tentang penampilan, tetapi juga tentang rasa baik dan sihat dari dalam.
Rutin kecergasan Ryan Gosling menggabungkan pelbagai elemen yang penting untuk keseimbangan antara kekuatan, ketahanan, fleksibiliti, dan kesihatan mental. Ini menunjukkan bahawa kecergasan bukan hanya tentang mencapai bentuk badan tertentu, tetapi tentang mencapai kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan.
Melalui rutin latihannya, Gosling bukan sahaja menjadi simbol kecergasan tetapi juga inspirasi bagi mereka yang ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkesan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara punca rakyat Malaysia ramai penghidapi penyakit berbahaya seperti diabetes, sakit jantung dan asma adalah disebabkan keturunan.
Ia bersangkut-paut dengan generasi. Jika ahli keluarga pernah menghidapinya, peluang kita juga tinggi.
Namun, anda boleh mengelakkan terkena penyakit-penyakit tersebut dengan syarat anda mengamalkan gaya hidup yang sihat menerusi pemakanan dan senaman.
Airulmi Mokhtar, bapa kepada dua cahaya mata ini berkongsi dengan MASKULIN transformasi kisah kurusnya dari bersaiz XL menjadi S.
Sebelum kurus, dia adalah penghidap penyakit asma yang diwarisi daripada keluarganya. Penyakit ini membuatkan dia akan mengalami sesak nafas yang teruk jika tersalah makan.
Dan yang merisaukan, hanya dia seorang sahaja yang menjadi tulang belakang untuk sumber pendapatan keluarga.
Atas alasan itulah dia berusaha untuk menurunkan berat badan agar kesihatannya berpanjangan sekali gus dapat menyara keluarganya.
Semuanya bermula secara mendadak selepas berumah tangga. Ketika masih belajar dan bujang, saya seorang yang aktif bersukan seperti badminton dan bola sepak. Sebaik berumahtangga, aktiviti sukan terus terberhenti dan menjejaskan fisiologi badan secara seimbang. Dulu saya bersukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ditambah dengan faktor usia meningkat, kadar metabolisma badan juga meningkat dan tiada aktiviti riadah menjadi potensi kenaikan berat secara mendadak dan tidak dapat dikawal
Kenaikan berat badan membawa banyak padah dan risiko. Ia seiringan dengan kenaikan kolestrol gula dan lain-lain lagi. Dalam usia semuda awal 30-an, saya sudah menghidap penyakit hypertension dan sudah mula makan ubat yang disarankan doktor. Sejak kecil juga, saya menghidap penyakit asthma yang diwarisi dari keluarga dan kondisi sangat teruk. Pantang tersalah makan, penat dan stres, hampir setiap bulan ke klinik, bahagian kecemasan dan masuk ke hospital. Ini ditambah potensi penyakit diabetes yang juga boleh diwarisi dari keluarga.
Tapi titik tolak sebenar yang saya bertekad untuk berubah ialah sejak kehilangan anak saya dan ibu saya dalam masa yang sangat dekat. Sangat jelas bahawa kematian itu satu kedukaan apatah lagi jika saya pergi dulu akibat sakit yang melanda, meninggalkan keluarga saya, isteri dan anak-anak yang lain hidup susah tanpa saya sebagai pencari nafkah tunggal dalam keluarga. Jika saya sihat dan cergas, sekurang-kurangnya saya dapat menghindari sakit yang boleh menjurus kepada kematian, walaupun saya akur yang kematian itu di tangan Tuhan. Ini kerana setiap agama itu juga menggalakkan untuk setiap insan hidup sihat dan cerdas.
Saya membahagikan corak pengambilan makanan dan diet saya kepada 3 fasa
Dalam fasa ini saya banyak mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang, “eat clean” dan memastikan pengambilan intake saya tidak melebihi DCR dan sesuai dengan BMR saya. Perlu faham konsep ini terlebih dahulu. Apa yang penting di sini ialah kalori defisit itu perlu dipatuhi bagi mendapat result yang ingin dicapai. Saya tidak pernah menyentuh mana-mana produk kesihatan dan suplemen untuk menguruskan badan. Semuanya 100% natural
Untuk info, berat badan saya turun secara konsisten 1 kg setiap minggu
Sebaik berat badan ideal dicapai, corak pemakanan diubah kerana saya sudah mampu melakukan aktiviti riadah secara normal dan selesa. Ketika ini, amalan makam 70% dan senaman 30% saya mampu ubah ke 50-50%
Kini saya kembali makan secara normal, tetapi saya berjaga-jaga dengan nisbah portion pengambilan yang berlbihan kerana saya tidak perlu menurunkan berat badan lagi. Yang penting sekarang, saya kurangkan gula, minyak, makan secara kerap dan minum air masak dengan mencukupi setiap hari
Setiap orang ada acara dan motivasi tersendiri. Saya suka melihat diri saya berkeyakinan dan berketerampilan terutaman di media sosial secara nyata tanpa perlu edit. Bayangkan dari saiz XL ke S/M (ikut potongan), dari saiz selaur 40” ke 31” kini, saya akan cepat susah hati kalau ia naik kembali walau satu saiz sahaja. Ramai di luar sana yang gemuk kembali dan saya dapat lihat mereka ini tiada istiqomah dan motivasi. Harus diingatkan, untuk berubah itu susah tetapi untuk kekal adalah lebih mencabar tapi tiada yang mustahil malah sangat indah jika kita menikmati dan faham konsep serta kenal fisiologi badan kita sendiri.
Saya berjaya menurunkan 30 kg berat badan secara total dalam jangka masa 6 bulan. Bulan pertama tidak terlalu ketara. Ia akan ketara di bulan ke-2 dan 3. Bayangkan, bukan seluar dan baju sahaja menjadi longgar, songkok dan jam tangan saya juga menjadi longgar.
Saya pernah berjumpa dengan sahabat yang hendak kurus tetapi tidak mahu bersenam. Setelah diberi penjelasan dan memahami BMI, DCR dan BMR, baru beliau sedar yang itu tidak akan berhasil dan jika berhasil, “journey” beliau tidak akan indah kerana rejim pemakanan yang sangat susah. Lantaran senaman itu sangat penting dan setiap orang ada minat dan motivasi tersendiri. Saya memilih untuk berlari dan berlari itu kini menjadi gaya hidup saya yang paling utama dan banyak memberi “pelajaran” kepada saya untuk mengenali diri saya dengan lebih mendalam untuk menjadi sekurang-kurangnya versi terbaik diri saya untuk keluarga saya.
Jujur cakap saya tidak berapa puas hati kerana sejak menceburkan diri dalam bidang larian marathon, saya dapati berat badan banyak membantu dari segi latihan dan prestasi. Mungkin dalam 5-8 kg lagi berat saya boleh dikurangkan.
Motivasi saya datang dalam pelbagai bentuk. Tetapi motivasi terkuat saya ialah keluarga saya. Saya perlu menjadi kuat luaran dan dalaman (jasmani dan rohani). Dalam acara marathon yang terlalu sukar, saya berlari untuk keluarga saya. Saya kata kepada diri saya dan mereka, kalau kesusahan seperti ini dapat kita lalui dan atasi, apa sahaja bentuk ujian yang Tuhan beri kita perlu jadi kuat dan tabah mengharunginya. Justeru, dengan mendaftar diri dalam larian marathon cukuplah satu dua acara besar setahun, saya akan terus berlatih dan komited dengan gaya hidup sihat yang telah saya pilih ini. Reward kepada keluarga, bercuti dan berehat dengan membawa keluarga bersama walau ke mana saya pergi. Dan saya tidak pernah meninggalkan mereka terutamanya pergi ketika pergi bercuti dan acara larian. Sebab itu nama team saya ialah TEAM RUMIE. Hanya saya, isteri dan anak-anak sebagai motivasi.
Ada beberapa rujukan dan ilmu daripada pakar dan mereka yang berpengalaman. Tetapi kini di media sosial sudah banyak rujukan secara percuma atau bayaran dengan kadar tertentu. Apa yang penting di sini ialah diri kita. Sumber mana pun tak penting tetapi cara kita nak menyesuaikan diri dengan kehidupan, kerjaya dan keluarga masing-masing. Satu saja pesan saya, carilah mereka yang berilmu dan berpengetahuan. Ada segelintir penganjur dan “coach” secara tiba-tiba ni main tangkap muat dan tiada sijil. Ada yang masih gemuk dan tidak pernah kurus bertahun-tahun tetapi boleh menjadi coach. Hati-hati semua dengan golongan mencari duit sebegini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.