Malaysia ini unik. Cuaca panas dan hujan boleh datang dan pergi sesuka hati. Namun jika anda perhatikan dalam tempoh beberapa hati kebelakangan ini cuaca panas kembali menghantui kita terutamanya yang tinggal di Lembah Klang.
Malah pada waktu tengah malam pun cuaca menjadi sangat panas. Mandi pagi pun sudah tak ada rasa menggigil kesejukan.
Beberapa hari lalu MASKULIN ada mengunjingi klinik. Apa yang MASKULIN perasan terdapat beberapa ibu bapa yang membawa anak-anak kecil berusia antara 2 hingga 10 tahun ke klinik kerana demam. Rata-ratanya disebabkan berlakunya strok haba menjadikan badan panas lalu demam.
Jika suhu persekitaran mencecah 36 darjah ke atas ia merupakan satu kondisi yang sangat bahaya terutamanya kepada kanak-kanak. Anda sebagai seorang lelaki dewasa yang mungkin mempunyai anak atau adik perlu ambil berat akan perkara ini.
Gelombang haba yang tidak diberikan perhatian khusus boleh menyebabkan ramai terdedah dengan strok haba kerana ia boleh memberikan kesan secara langsung terhadap jantung dan masalah pernafasan.
Anda boleh elak perkara seperto strok haba berlaku dengan mengambol langkah berjaga-jaga seperti berikut.
MINUM AIR CUKUP
Air adalah elemen sangat penting bagi melawan strok haba. Mnumlah air dengan secukupnya. Air terbaik ialah air telah dimasak, air mineral, atau jus buah untuk membantu menyegarkan badan. Ini juga bagi mengelak badan daripada berdepan dehidrasi. Buat sementara waktu ini elakkan minuman berkafein kerana ia menyumbang kepada dehidrasi.
PAKAIAN SESUAI
Jangan pula dalam cuaca yang panas anda memakai pakaian untuk musim sejuk. Begitu juga dengan kanak-kanak. pastikan pakaian itu daripada bahan yang ringan dan longgar. Selain itu elakkan juga warna gelap kerana ia menyerap haba panas. Jika lakukan aktviti luar, pakailah topi atau apa-apa aksesori melindungi kepada daripada terdedah cahaya matahari secara terus.
BACA: Teknik Mudah Elak Kereta Berkuap Masa Parking Di Tempat Panas
MAKAN BUAH & SAYURAN
Buah-buahan dan sayuran mempunyai kandungan air yang tinggi. Contohnya sayur seperti timun dan tembikai. Memakan buahan segar juga boleh membantu mengekalkan suhu badan. Antara makanan yang anda perlu kurangkan atau elak pula ialah makanan pedas, berminyak dan protein tinggi kerana ia boleh meningkatkan haba metabolik memanaskan badan.
SELALU SEJUKKAN BADAN
Jika berada di rumah mandilah sekurang-kurangnya tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam. Atau anda boleh sejukkan badan dengan merendamkan kaki ke dalam bekas air sejuk. Penggunaan tuala basah diletakkan di atas kepada atau bahu juga boleh membantu menyejukkan badan.
GUNA KRIM PELINDUNG
Amatlah tidak elok jika kulit terdedah dengan panas cahaya matahari secara terus dalam masa yang lama. Oleh itu anda perlu sapukan krim pelindung matahari pada bacaan SPF 15 atau lebih tinggi. Satu perkara anda perlu ingat krim SPF ini melindungi daripada sinaran UV tapi bukanlah bertindak sebagai pelindung dari panas.
USAH TINGGAL DALAM KERETA
Jika anda menunggu seseorang di dalam kereta jangan biarkan duduk dalam keadaan panas. Jika tidak mahu menggunakan penghawa dingin bukalah tingkap agar udara mengalir dengan baik. Paling penting jangan sesekali tinggalkan kanak-kanak dalam kereta. Sudah banyak kes melibatkan kanak-kanak tertinggal dalam kereta hingga menyebabkan kematian telah dilaporkan.
PENGUDARAAN BAIK
Sama ada di kediaman atau di pejabat anda harus memastikan yang ia mempunyai pengudaraan yang baik. Jika ruangan tersebut tiada penghawa dingin anda boleh menggunakan kipas angin. Walaupun tak berapa membantu menurunkan suhu namun sekurang-kurangnya ia membantu pengudaraan lebuih baik.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI