Dalam tempoh kira-kira seminggu lagi lebuh raya di seluruh negara bakal meriah dengan jutaan kenderaan yang menuju ke segenap pelosok lokasi. Malah menurut laporan dianggarkan kira-kira 14 juta kenderaan dijangka akan memenuhi lebih raya dan jalan raya untuk balik kampung meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Selepas dua tahun tidak dapat meraikannya bersama orang tercinta akibat pandemik Covid-19, Hari Raya pada kali ini cukup dinanti-nantikan oleh ramai orang. Pastinya kemeriahan itu akan lebih dirasai berlipat kali ganda.
Namun dalam pada masa itu kita semua haruslah mainkan peranan untuk sentiasa menjaga SOP. Lakukan ujian kendiri dari semasa ke semasa. Jika tidak sihat elak daripada berkunjung ke rumah sanak-saudara dan lakukan ujian kendiri dengan segera.
Balik kampung merupakan saat yang cukup mengujakan terutamanya untuk meraikan lebaran. Namun perjalanan tidak akan menjadi sesuatu perkara yang menyeronokkan jika anda atau ahli keluarga yang menaiki kenderaan bersama-sama ‘mabuk kenderaan’ dan boleh menyebabkan muntah.
‘Mabuk kenderaan’ sebenarnya dikenali sebagai ‘motion sickness’. Ia kebiasannya berlaku kepada penumpang kenderaan seperti kereta, bas, keretapi dan juga kapal terbang. Namun kali ini MASKULIN ingin tumpukan kepada ‘mabuk kereta’.
SIMPTOM
Sebelum mengikuti apakah tip terbaik untuk mengatasi masalah ‘mabuk kereta’ terlebih dahulu jom kita kenali simptom yang boleh dialami. Berikut simptom mereka yang alami ‘mabuk kereta’.
- Peluh sejuk (cold sweats)
- Pening kepala
- Lemah
- Sakit kepala
- Tidak selesa
- Tak boleh tumpukan perhatian
- Air liur berkumpul di dalam mulut
- Muntah
- Pucat
TIP ATASI MABUK KERETA
Berdepan ‘mabuk kereta’ bukan sahaja membuatkan diri berasa tidak selesa tetapi boleh merencatkan perjalanan itu sendiri. Jadi untuk elak perkara ini berlaku terdapat beberapa tip yang boleh membantu anda.
- Jika mula rasa mual dan ‘mabuk’ bukalah tingkap buat seketika dan dapatkan udara luar
- Buat mereka yang mudah ‘mabuk kereta’ elak membaca atau menggunakan telefon pintar dalam masa yang lama ketika kereta bergerak
- Jika bertolak pada waktu pagi, pilihlah makanan sesuai ketika bersahur. Elak makanan yang mudah membuatkan anda loya dan mual
- Untuk elak rasa loya anda boleh sediakan makanan seperti asam, makanan berhalia, gula-gulapudina dan gula-gula getah
- Sepanjang perjalanan berhentilah dengan kerap untuk berehat seketika
- Jangan guna pewangi kereta yang baunya terlalu kuat
- Tidur sepanjang perjalanan
- Jangan brek mengejut dengan terlalu kerap
- Buat mereka mudah ‘mabuk kereta’ duduklah di bahagian penumpang jadapan
- Pandang secara lurus sentiasa
- Jika terlalu teruk boleh sediakan ubat seperti antihistamin atau scopolamines seperti yang dipreskripsi oleh doktor
Semoga beberapa tip ini dapat membantu anda dah keluarga mengelak daripada berdepan masalah ‘mabuk kereta’ untuk perjalanan yang lebih selesa. Berhati-hati di jalan raya!
Jom subscribe YouTube MASKULIN!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI