Awet muda ini sebenarnya bukan sahaja idaman wanita tetapi juga lelaku. Tanyalah diri anda sendiri yang usianya mungkin sudah mengjampiri 40-an.
Siapa pun pasti tak senang duduk jika wakaj mula dipenuhi garis-garis halus dan nampak lebih tua.
Lebih mengharukan jika bertemu individu yang umurnya macam sebaya tapi memanggil anda dengan gelaran ‘abang’ atau ‘pakcik’. Ouch!
Sesuatu yang perlu anda berikan perhatian jika kulit wajah yang sepatutnya tegang, kini nampak kusam, penuh kedutan dan garis-garis halus.
Cuba semak dan telitikan punca-punca yang menyebabkan kulit wajah nampak tua daripada usia ini.
Jika ada antaranya yang menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah.
Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit.
Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari jjuga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur.
Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam. Apabila anda tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ia akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.
Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.
Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.