Tingkatkan Tahap Handsome Anda Dengan Kaca Mata Hitam Sebagai Aksesori Pelengkap Koleksi Utama

2471

Rasanya tak sah seorang lelaki terutamanya yang tinggal di negara bercuaca tropika seperti negara kita tidak memiliki sekurang-kurangnya sepasang cermin mata hitam.

Murah atau mahal itu perkara nombor dua. Namun jika anda lelaki yang mementingkan gaya dan fungsi cermin mata hitam pastinya mahu membuat pilihan terbaik agar ia sesuai dengan personaliti anda.

Kaca mata hitam kini bukan lagi berfungsi sebagai pelindung mata daripada cahaya UV sahaja malah ia kini menjadi lambang jejaka maskulin yang kacak bergaya.

Jika anda biasa tengok seorang juruterbang, mesti perasan akan bentuk kaca mata hitam yang dipakai oleh mereka.

Ya, kerana itu sudah menjadi sebahagian daripada identiti dan gaya hidup mereka. Jadi tidak hairanlah kaca mata hitam kini menjadi komoditi penggayaan yang cukup berharga bagi seorang lelaki!

Jadi buat anda yang ingin mencari cermin mata hitam mungkin anda berasa agak keliru dan ragu-ragu untuk pilih bentuk yang mana satu.

Usah risau, MASKULIN is here! Di bawah ini merupakan kompilasi beberapa jenis cermin mata hitam yang trendy dan mempunyai elemen klasik untuk anda si lelaki tampan.

WAYFARER

Gaya cermin mata hitam ini diperkenalkan oleh jenama terkenal, Ray-Ban pada tahun 1956. Tak salah untuk MASKULIN katakan bahawa inilah cermin mata hitam paling ikonik di kalangan lelaki terdapat di pasaran. Ia boleh dipakai oelh sesiapa sahaja dan mempunyai elemen universal – sesuai untuk semua majlis dan aktiviti.

Jika anda mahu cemrin mata yang sesuai dipakai dengan semua jenis pakaian inilah bentuk yang harus anda gayakan.

BACA: 5 Trik Pakai Baju Kemeja Yang Ramai Orang Tak Tahu, Barulah Kemas!

CLUBMASTER

Antara cemrin mata yang tampil dengan bingkai dengan ‘nafas’ retro. Juga pertama kali diperkenalkan oleh Ray-Ban, ia membawa elemen fesyen era 50-an dengan bingkai terbuka di bahagian bawah. Selain membawa trend dan elemen nostalgik, Clubmaster mampu menarik perhatian ramai kepada pemakainya. Selebriti popular seperti Robert Pattinson dan Bruno Mars sering dilihat menggayakan cemrin mata ini.

AVIATOR

MASKULIN yakin anda semua mesti tahu dan pernah tengok filem ‘Top Gun’ lakonan Tom Crusie. Inilah antara filem yang telah mempopularkan gaya Aviator di kalangan penggemar kaca mata hitam di selur[uh dunia. Jika Wayfarer dianggap sebagai cermin mata paling ikonik, Aviator pula menjadi ‘lawannya’ paling dekat. Di definisikan oleh bentuk cemrinnya yang bujur di bahagian tepi, ia biasanya dibuat menggunakan bingkai besi. Elemen uniknya pula adalah triple bridge.

BINGKAI BULAT

Antara ikon yang membuatkan cermin mata hitam bingkai bulat menjadi popular ialah John Lennon. Gaya cermin mata ini menonjolkan sisi eksentrik pamakainya. Disebabkan itulah ia sering digayakan oleh pengikut budaya hippies pada era 70-an dahulu. Ia jua menjadi trademark buat penggaya fesyen steampunk.

NOTCH BRIDGE

Gaya yang unik ini diperkenalkan oleh Persol pada tahun 1957 dan ia mula menjadi popular pada penghujung 1960-an selepas digayakan oleh Steve McQueen. Dengan bentuk bingkai yang ikonik karakter utamanya ialah di bahagian notch bridge yang terletak di antara dua bingkau. Ia membawa gaya klasik, timeless dan retro 1960-an.