Kadar metabolisme badan bagi setiap individu pastinya berbeza. Orang yang banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme badan yang lebih tinggi berbanding orang yang mempunyai lebih banyak lemak.
Apabila metabolisme badan meningkat, lagi mudahlah anda nak menurunkan berat badan. Ini kerana berat badan mempunyai kaitan rapat dengan sistem metabolisme badan yang berfungsi untuk membakar lemak yang berlebihan.
Seseorang yang mempunyai metabolisme badan tinggi boleh anda lihat jika dia makan banyak tetapi badannya tetap kurus.
Untuk memastikan misi cepat kurus anda berjaya, ikuti 6 cara mudah ini untuk anda tingkatkan metabolisme badan.
BACA: Untungnya Jadi Lelaki, Anda Mudah Kurus Sebab Metabolisme Lebih Tinggi & Kalori Cepat Terbakar!
Meminum 8 gelas air atau lebih yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum, selain menigkatkan metabolisme badan.
Membuat senaman otot bagus untuk membantu anda membakar banyak lemak. Ini akan meningkatkan pembinaan otot badan sekali gus menaikkan kadar metabolisme badan anda.
Mungkin ramai yang tidak tahu kandungan capsaicin di dalam cili dapat membakar kalori sehingga 30 minit selepaskan kita memakannya dan menaikkan metabolisme badan.
BACA: Rupanya Minum Air Sejuk Kosong Bantu Turunkan Berat & Tingkatkan Metabolisme!
Cahaya mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan.
Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
Teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Elakkan makan di tengah malam atau selepas 7 malam kerana sistem metabolisme badan memang rendah pada waktu itu.