Timberland Tampilkan Koleksi Retro Bertemu Moden Untuk Musim Bunga & Panas 2020

Share

Sejak berdekad lamanya Timberland telah membina reputasi mereka sebagai jenama yang terkenal menghasilkan pelbagai inovasi fesyen outdoor.

Rekaan pakaian dan terutamanya kasut daripada Timberland cukup dipercayai terutama buat penggemar aktviti luaran dengan aspirasi alam sekitar di sebaliks etiap rekaannya.

Bagi musim bunga dan musim panas tahun ini, Timberland memperkenalkan koleksi terbaru yang mengetegahkan elemen kesedaran terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar.

KEMPEN GLOBAL

Ia juga selaras dengan kempen global mereka iaitu Nature Needs Heroes yang mempromosian komitmen tanggungjawab terhadap alam sekitar. Ia direalisasikan dengan mengaplikasikan kitar semula, penggunaan bahan organik dan juga material mesra alam.

Sekitar era tahun 80-an dan 90-an merupakan tempoh yang cukup signifikan buat rekaan fesyen outdoor kerana menampilkan penggunaan warna yang lebih terang, fabrik teknikal kalis angin dan semangat baru dibawa oleh kesedaran alam sekitar.

INSPIRASI RETRO

Koleksi terbaru Timberland Spring/Summer 2020 menampilkan rekaan daripada isnpirasi era tersebut dengan mengguabungkan elemen retro dan moden menjadi satu gaya yang lebih unik.

Padanan fabrik dan teknologi terkini oleh Timberland seperti ReBOTL dan TimberDry menjadikan koleksi ini memberikan lebih nilai kepada pengguna.

Antara koleksi yang paling menarik perhatian MASKULIN ialah Mount High WG Overhead Jacket dan kasut Brooklyn Leather & Fabric Super Oxford.

Published by
Farizul Izwany