Apakah kasut yang wajib ada dalam koleksi seorang lelaki? Mungkin rata-rata akan jawab kasut jenis oxford, sneakers dan loafers akan pasti terpacul dari mulut ramai orang. Tapi tidak kurang juga yang akan memilih but sebagai pilihan terbaik gaya trendy mereka.
Dan apabila menyebut tentang but terdapat beberapa jenama yang secara otomatik terlintas di fikiran kita. Salah satu jenama yang MASKULIN yakin sentiasa berada di minda anda ialah Timberland.
Gaya klasik yellow boot Timberland seakan menjadi ikon fesyen yang merentasi genre muzik, zaman serta tidak lapuk dek peredaran zaman. Namun dengan persaingan terkini daripada pelbagai pengeluar Timberland juga tidak ketinggal untuk meneroka teknologi baru dalam pembuatan kasut.
BACA: Tip Beli Kasut Sukan Agar Kasut Tak Cedera & Melecet
Pada zaman kini selain faktor gaya, pengguna amat mementingkan keselesaan serta bahan kasut itu diperbuat. Dengan kesedaran terhadap pentingnya menjaga alam sekitar semakin meningkat ia kini menjadi salah satu faktor yang tidak kurang pentingnya di kalangan pengguna.
Menyedari perkembangan itu, Timberland telah tampil dengan teknologi mesra alam dikenali sebagai ReBOTL™, sejenis fabrik yang dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. Menerusi koleksi terbaru sempena musim luruh dan sejuk, Timberland memperkenalkan The Brooklun Reboot Collection yang turut mengaplikasikan teknologi ReBOTL™.
Sebagai usaha mengembalikan kehijauan bumi, Timberland juga telah menanam lebih 10 juta anak pokok di seluruh dunia dan juga anggaran 345 juta botol plastik yang dikitar semula untuk kegunaan produk mereka.
Inspirasi ini muncul dari Pengarah Kreatif Global Timberland, Christopher Raeburn menerusi falsafah REMADE yang diperkenalkannya menerusi teknologi ReBOTL™.
Terdapat tiga variasi kasut berbeza ditampilkan menerusi koleksi istimewa ini iaitu Brooklyn Leather and Fabric Chukka, Brooklyn Lace Oxford dan Brooklyn Leather and Fabric Oxford.
Ketiga-tiga koleksi ini turut dilengkapi dengan teknologi AeroCore™ Energy System di mana ia menawarkan tahap keselesaan dan flesksibiliti paling tinggi.
Dengan visi mesra alam diketengahkan ini Timberland berharap sesiapa sahaja yang menggunakan kasut mereka dapat meraikan ideologi kitar semula yang boleh menjamin masa depan lebih baik untuk generasi akan datang.
Kesemua koleksi edisi istimewa Timberland ini kini boleh didapati di pasaran terutamanya di oulet mereka di seluruh negara.