Tilam menang jarang orang beli dan tukar setiap minggu atau bulan. Jadi nak tak nak hadap jela tilam yang berbau kepam dan penuh ‘peta’ itu.
Nah kami kongsikan 6 trik muda yang boleh membantu korang membersihkan kotoran pada tilam sebelum berbau kepam.
Sekiranya anda perasan ada anak baru terkencing cepat-cepat bertindak. Buka cadar dan ambil kain atau tisu dan serap sebanyak mungkin air kencing.
Kemudian ambil sabun pencuci jenis cecair dan ratakan pada bahagian yang terkena air kencing. Selepas itu tekan dengan kain atau tuala kering untuk menyerap lembapan.
Kalau terasa masih ada bau hancing pada tilam boleh cuba guna cuka pula. Caranya ambil cuka putih yang biasa kita guna untuk masakan lalu tuang pada kain. Tekan-tekan pada bahagian yang tercemar lebih kurang 10-15 minit. Cuka memiliki tahap keasidan yang sesuai untuk membunuh kulat, bakteria dan kuman yang juga jadi penyebab bau busuk.
Selepas cuci dengan cuka atau sabun taburkan pula soda bikarbonat pada tompokan air kencing. Ia akan menyerap bau dan kotoran yang tertinggal. Untuk kesan lebih baik, biarkan semalaman kemudian vakum tilam tadi.
Sekiranya tilam agak ringan cuba angkat dan jemur di bawah sinar matahari. Jika tak dapat melakukannya kerana tilam berat, buka kipas dan tingkap untuk memastikan tilam betul-betul kering. Jangan lupa terbalikkan tilam dan keringkan bahagian satu lagi.
Supaya tilam berbau segar boleh sembur dengan penyegar. Pilih bau citrus, epal atau lavender.
Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!