Tiga Varian Baharu BMW X3 & Varian Terkini BMW X4 Kini Diperkenalkan Di Malaysia

Share

Mengukuhkan posisi mereka selaku jenama automotif premium, BMW Malaysia kini memperkenalkan beberapa model terkini yang dijangka mampu menarik perhatian pengguna. BMW X3 seperti mana yang kita tahu mempunyai populariti cukup baik di kalangan pengguna eksekutif dan peminat SUV premium.

Terbaru, BMW Malaysia mengumumkan tiga varian terkininya iaitu BMW X3 sDrive20i M Sport, BMW X3 xDrive30i M Sport dan BMW X3 xDrive30e M Sport. Manakala BMW X4 xDrive30i M Sport juga buat julung kali diperkenalkan.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, “Portfolio BMW X telah membina reputasinya di seluruh dunia buat sekian lama, dan khususnya di Malaysia dalam pengeluaran jentera Sports Activity Vehicles (SAV) idaman ramai.

“Tahun lalu, portfolio BMW X telah merekodkan lebih 3,200 penyerahan di Malaysia – menyumbang kepada lebih 38% daripada bilangan penyerahan yang dibuat oleh jenama BMW.

“Kejayaan portfolio BMW X ini membayangkan kekukuhan pasaran Malaysia, lantas membuktikan keyakinan kami untuk terus membangunkan serta merevolusi industri automotif di sini menerusi penubuhan lebih banyak fasiliti dan infrastruktur pemasangan tempatan.”

SPORTY & SOFISTIKATED

Melalui beberapa fasa iterasi visual, BMW X3 dan BMW X4 hadir dengan iras sporty dengan gril ‘kidney’ lebih besar. Rekaan apron hadapan baharu pula hadir dengan salur masuk udara vertikal, bampar baharu, lampu hadapan yang dilangsingkan sebanyak 10 mm, didatangkan dengan teknologi LED penuh sebagai standard.

Bonet yang sedikit menaik, rungkup hadapan yang singkat serta siluet jentera ini yang berbentuk tirus menyerlahkan dinamik pemanduannya yang luar biasa. Versi hibrid plug-in jentera BMW X3 mudah dicam dengan port pengecasan yang terletak di belakang roda kiri hadapan.

BMW X3

BMW X3 baharu juga ditampilkan dengan roda aloi yang diubah suai dengan saiz sehingga 20 inci, termasuk lampu belakang LED penuh dengan kontur tiga dimensi di sekelilingnya, di samping paip ekzos yang lebih besar.

BMW X4 baharu pula mengekalkan garis bumbung persis coupe dan akan dilengkapi dengan komponen pemantul berkedudukan vertikal serta bampar belakang dengan sisipan baharu. BMW X3 dan BMW X4 akan didatangkan dengan bibir ekzos berbentuk bebas.

BMW X3

Pakej M Sport, yang disediakan sebagai standard dalam varian-varian BMW X3 dan BMW X4 baharu menaik taraf kelengkapannya, turut hadir dengan pelbagai konfigurasi kenderaan yang diperhalusi. Ia dapat dilihat pada komponen salur masuk udara dan apron hadapan pada kedua-dua model, berserta dengan tawaran warna, rim dan kemasan trim interior yang baharu.

KUASA ENJIN

BMW X3 hadir dalam dua varian petrol – sDrive20i dan xDrive30i serta varian berelektrik, xDrive30e.

Dua varian dikuasakan enjin petrol TwinPower Turbo empat silinder yang mampu menjana output maksimum berjumlah 184 kk dan puncak tork bernilai 300 Nm bagi sDrive20i, dan 252 kk dengan puncak tork bernilai 350 Nm bagi xDrive30i. Manakala varian berlelektrik pula dengan keupayaan pecutan abad dalam masa 8.2 saat dan merekodkan kelajuan tertinggi mencecah 215 km/j.

BMW X4

Manakala BMW X3 xDrive30i mampu memecut dari 0-100 km dalam masa 6.3 saat pada kelajuan tertinggi mencecah 240 km/j. Transmisi dibekalkan kepada BMW X3 sDrive20i dalam bentuk Automatic Steptronic 8 kelajuan dengan Fungsi Pengekalan Automatik, manakala BMW X3 xDrive30i dilengkapi dengan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan.

BMW X3

Sebagai alternatif, BMW X3 xDrive30i baharu menggandingkan jarak operasi enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan motor elektrik berkuasa tinggi dan bateri yang mempunyai kapasiti kasar berjumlah 12 kWj untuk membekalkan jarak operasi sejauh 50 kilometer (WLTP) dalam mod elektrik sahaja – menjanjikan pengalaman pemanduan sporty yang tiada bandingannya dengan output emisi yang lebih rendah.

BMW X4

DALAMAN PREMIUM

Ruang interior BMW X3 dan BMW X4 telah dioptimumkan untuk memuatkan Paparan Kawalan 10.25 inci dengan fungsi sentuh, elemen bersadur zink dalam lohong udaranya, serta elemen kawalan baharu di bawah skrin paparan yang terletak di konsol sentral.

Model-model baharu ini juga menampilkan kerusi sport dengan penyokong sisi yang lebih menyerlah, berserta upholsteri kulit untuk sentuhan premium. BMW X3 xDrive30e akan didatangkan dengan perincian dalam BMW i Blue, misalnya gelung yang melingkari logo BMW – mempamerkan keupayaan pacuan hibrid plug-in model ini.

BMW X3

BMW Live Cockpit Plus dengan teknologi panel hitam, dail bulat analog dan paparan 5.1 inci di kluster instrumen menyempurnakan ruang kabin BMW X3 sDrive20i, manakala varian-varian yang lain dipadankan dengan BMW Live Cockpit Professional sebagai standard.

Kesemua varian BMW X3 dan BMW X4 yang baharu diperkasakan oleh Sistem Operasi BMW 7, Pembantu Peribadi Pintar BMW dan pelbagai pakej BMW Connected sebagai opsyen tambahan. Pengemaskinian Perisian Berjarak Jauh memastikan kenderaan ini memuatkan perisian yang paling terkini.

BMW X4

Ciri kefungsian BMW Intelligent Personal Assistant juga telah diperluaskan lagi, kini membolehkan pengguna membuka tingkap dan menyesuaikan sistem penyaman udara menggunakan arahan suara.

Peta BMW, iaitu sebuah sistem navigasi berasaskan awan yang juga baharu menggandingkan tahap kejituan yang lebih tinggi dengan titik masuk destinasi serba ringkas dan perkembangan trafik yang lebih komprehensif.

Harga jualan bagi varian-varian BMW X3 dan BMW X4 yang baharu dengan BMW Service and Repair Inclusive dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

BMW X3 sDrive20i M Sport Baharu RM 315,800.00
BMW X3 xDrive30i M Sport Baharu RM 358,800.00
BMW X3 xDrive30e M Sport Baharu RM 356,800.00
BMW X4 xDrive30i M Sport Baharu RM 398,800.00

Published by
Farizul Izwany Ibrahim