Tiga Sukan Ini Sebenarnya Lebih Bermanfaat Berbanding Sukan Bola Sepak

Share

Kebanyakan sukan yang ada di dunia ataupun yang dipertandingkan di Olimpik, semuanya akan mengeluarkan peluh. Semua sukan akan memberikan kelebihan dari segi kesihatan tak kira secara mental ataupun fizikal kan.

Contohnya bola sepak memang boleh dimainkan oleh semua peringkat umur cumanya kelebihan yang kita dapat, tidak terlalu optimum berbanding dengan sukan berenang, berkuda dan memanah. Ketiga-tiga sukan ini sebenarnya memberikan impak yang tinggi kepada kesihatan kita tidak kira dalam masa pendek ataupun untuk masa panjang.

Apakah impak yang terjadi pada badan kita apabila kita berenang, berkuda ataupun memanah?

Sukan Memanah Bagus Untuk Tumpukan Perhatian

Paling ketara dalam sukan ini adalah kemahiran yang tinggi untuk menumpukan perhatian pada satu sasaran. Secara tidak langsung ia akan membuatkan kita untuk belajar seimbangkan badan kita bagi menumpukan perhatian sebelum anak panah dilepaskan.

Untuk memastikan keadaan badan kita seimbang untuk fokus, kita perlu mengawal otak dan pengerakan jantung kita.

Selain itu, memanah boleh mempengaruhi perkembangan fizikal pada bahagian atas badan iaitu otot, dada, bahagian belakang serta tangan akan lebih kemas apabila menarik anak panah untuk melepaskan tekanan apabila ditujukan pada sasaran.

Menunggang Kuda Boleh Membakar Kalori Dengan Cepat

Jika anda perasan, biasanya biasanya kita tengok penunggang-penunggang kuda adalah berbadan ideal dan kurus. Jarang kita tengok yang menunggang kuda adalah obesiti kan.  Ini kerana sukan berkuda boleh membakar kalori dalam badan dengan cepat walaupun hanya menapak. Bayangkan kalau memang laju semasa menunggang kuda bertambah tinggi kalori yang dibakarnya.

Dengan menunggang kuda, ia akan membantu kita membantu kita untuk mendapatkan postur badan yang menarik. Ini disebabkan tulang belakang kita memainkan peranan penting untuk menyimbangi di atas kuda. Pada masa yang sama, ia memberi tekanan pada perut kita. Tetapi perlu dilakukan secara konsisten yea.

Ada kajian yang dilakukan menunjukkan yang berkuda sebenarnya adalah memberi latihan kepada otak kita. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan potensi untuk mendapat penyakit Alzaimer ataupun hilang ingatan ketika umur semakin tua.

Paling penting dapat membina interaksi antara manusia dan binatang. Sikap ini jika dipupuk daripada kanak-kanak, ia akan membentuk satu tahap keyakinan diri yang tinggi dalam diri.

Sukan Berenang Boleh Melepaskan Tekanan Dan Merehatkan Minda

Berenang antara sukan yang memerlukan kita menggunakan keseluruhan badan untuk melakukan pergerakan. Daripada hujung jari kaki hingga ke kepala, pengerakan yang terhasil akan mempengaruhi dalaman badan tidak kira jantung, hati, otak ataupun seluruh saraf.

Apabila kita berenang, sejenis bahan kimia akan dirembeskan iaitu endorphin untuk melapangkan minda kita. Disebabkan itu, mereka yang selalu tertekan digalakkan berenang dan ia akan merehatkan otot-otot kita.

Secara tidak langsung, perjalanan darah ke seluruh badan akan lebih baik kerana jantung lebih kuat untuk mengepam. Ini mengurangkan potensi untuk mendapat diabetes, kolestrol dan penyakit asma. Pengerakan otot keseluruhan badan membantu untuk mereka yang mengidap arthiris.

Malah untuk ibu mengandung, sangat disarankan untuk melakukan aktiviti berenang tetapi jangan terlalu ekstrem.

Malah dalam Islam, ketiga-tiga jenis sukan ini sangat digalakkan. Sebab ia mempengaruhi kehidupan kita samada secara fizikal ataupun secara emosinya. Walaupun kos agak mahal dan dikatakan lebih kepada golongan elite, tetapi untuk ada juga yang menawarkan pada harga mampu. Yang penting kena konsisten yea.

Published by
Kim Rahim