Lelaki moden amat mementingkan penampilan diri. Bukan sahaja pakaian, wajah juga menjadi tumpuan. Lelaki kini tidak lagi malu mengunjungi pusat-pusat kecantikan. Bukan sesuatu yang memeranjatkan jika lelaki juga berminat menjalani rawatan kecantikan terutamanya pada wajah.
Kebanyakan lelaki itu di peringkat usia 40-an. Pada usia tersebut lelaki sememangnya semakin matang dan stabil dari sudut kewangan mahupun kerjaya. Gaya hidup yang aktif di kalangan lelaki juga menuntut stamina diri. Saya percaya penampilan yang muda dan bergaya haruslah sejajar dengan peningkatan dalam kualiti kesihatan juga.
Dalam bidang perubatan anti penuaan, setiap masalah mesti dikesan dan dihindari sebelum ia terjadi. Dengan kata lain doktor mengesan dan merawat sebelum terjadinya penyakit. Konsep ini sebenarnya ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Jika lelaki berusia 40-an mengadu letih dan kurang tenaga maka doktor perlu memeriksa paras hormon di dalam darahnya. Doktor juga akan mengesyorkan terapi ozon dan anti-oksida di samping penambahan hormon. Ia dilakukan bagi mengaktifkan kelenjar hormon di dalam badan. Masalah penampilan yang sering dialami lelaki adalah:
PIGMENTASI PADA KULIT
GARIS DAN KEDUTAN
WAJAH JATUH MENGGELEBER DAN TAMPAK TUA
RAMBUT BERUBAN
RAMBUT BOTAK
PORI PORI WAJAH KASAR KERANA KERAP BERCUKUR
KURANG STAMINA DAN KURANG KEINGINAN SEKS
Ads
KULIT KUSAM DAN TIDAK SEKATA
KULIT GELAP KERANA PENDEDAHAN MELAMPAU PADA MATAHARI
OBESITI
PERBEZAAN KULIT LELAKI
Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala hormon estrogen mempengaruhi kulit Wanita. Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20 peratus lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab itu apabila berbanding usia, wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia. Namun begitu, semakin berusia, kulit lelaki menjadi semakin nipis, manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.
Lelaki juga mempunyai pori-pori kulit yang lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan mempunyai saluran darah lebih banyak. Oleh itu kulit lelaki kelihatan lebih kasar, lebih berpeluh dan berminyak. Lelaki yang mempunyai banyak bulu muka dan suka bercukur akan hilang satu lapisan hydrolytic film di permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif.
Ads
Apabila usia menganjak ke 40-an lelaki juga tidak dapat lari daripada masalah penuaan. Wajah yang dimamah usia akan menyebabkan mereka tercari-cari rawatan yang sesuai.
1) MODIFIED SERDEV
Oleh kerana lelaki mempunyai wajah yang lebar saya menggunakan teknik Modified Serdev untuk mereka. Melalui teknik ini benang yang diperbuat daripada protein digunakan bagi mengangkat muka dan mengikatnya semula pada satu struktur kepala yang dinamakan temporalis fascia. Melalui cara ini wajah yang jatuh akan diangkat semula dan hasilnya wajah tampak lebih muda dan menarik.
Teknik Modified digunakan kerana wajah lelaki agak lebar. Kawasan yang sering kendur adalah bahagian bawah dagu. Ini membuatkan leher tampak kendur dan menggeleber. Berbanding wanita pula kawasan yang mudah jatuh adalah pada pipi. Rawatan ini mengambil masa selama sejam dan hasilnya dapat dilihat sebaik saja selesai rawatan.
Wajah kita terdiri daripada struktur tulang dan otot-otot muka. Apabila usia meningkat kulit kita turut mengalami perubahan dalam kandungan kolagen di dalamnya. Jalinan kolagen yang sedikit dan tidak kukuh membuatkan kulit menurun, tidak lagi anjal dan tidak tegang. Otot-otot juga mula mengalami kesan penuaan. Ia mula melendut menimbulkan garisan kecil yang menghala ke bawah.
. Dengan menggunakan benang khas yang dimasukkan ke bawah kulit kepala, kulit muka akan diangkat semula tanpa memerlukan pembedahan yang menyakitkan. Keistimewaan teknik ini adalah ia menggunakan benang yang diperbuat daripada protein, tidak memerlukan pembedahan, tidak sakit dan hasilnya tahan lama. Dalam masa beberapa bulan benang itu akan hancur di dalam tubuh kita namun hasilnya tetap cantik selama 10 tahun kerana berlakunya fibrosis pada bahagian muka yang diangkat. Fibrosis adalah proses semula jadi di mana bahagian muka yang diangkat melekat pada tempat yang betul dengan kekal.
Ads
2) FILLER
Penggunaan Hyaluronic Filler turut penting dewasa ini. Filler menggantikan struktur lemak muka yang hilang dimamah usia. Ia mengisi ruang kosong yang menyebabkan muka tampak cengkung dan berlekuk seperti yang terdapat di pipi dan juga bawah kelopak mata. Garis halus yang muncul pada dahi di antara kening dan tepi bibir juga dapat diatasi dengan Filler. Terdapat pelbagai jenis Filler di pasaran dan saya suka mencadangkan Filler jenis berasaskan kalsium yang tahan lama dan tampak begitu natural sekali.
Sebenarnya di dalam kulit turut terdapat hyaluronik asid yang dikeluarkan secara semula jadi oleh tubuh kita. Ia bersifat sebagai bahan yang mengisi ruang di dalam kulit membolehkan kulit tampak anjal. Apabila usia meningkat, penghasilannya juga kurang dan wajah tampak berlekuk. Adalah lebih baik bagi kita melakukan penambahan.
Terdapat pelbagai jenis asid hyaluronik di pasaran dan kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri .Bagi saya pemilihan haruslah mengikut kesesuaian dan usia juga. Bagi lelaki berusia 40-an saya mencadangkan penggunaan jenis berasaskan kalsium yang tahan lama.
3) LASER BAGI LELAKI
Bagi kaum lelaki penggunaan laser turut memainkan peranan yang penting. Laser yang saya cadangkan mampu meningkatkan paras kolagen secara semula jadi dan mengaktifkan semula sel-sel kulit. Di Marissa Aesthetik saya menggunakan pixel laser yang baik bagi meninggikan paras kolagen di dalam kulit. Laser sebegini bertindak pada permukaan kulit sahaja. Ia spesifik dan membolehkan pigmentasi turut dirawat dengan baik. Dengan kata lain ia membaiki struktur kulit dan menghasilkan kulit lebih gebu dan cerah. Pori-pori terbuka boleh diatasi dengan lebih berkesan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Golongan perokok pasif wanita adalah kelompok paling berisiko mendapat adenokarsinoma paru iaitu sejenis kanser yang terbentuk daripada sel paru-paru yang tidak normal, membiak dan membentuk tumor.
“Menurut teori, wanita dikatakan lebih berisiko kerana sensitif terhadap asap rokok. Mereka ini kerap terdedah kepada tabiat pasangan yang merokok, rakan perokok aktif dan tempat awam yang dicemari asap rokok.
“Perlu diketahui ciri kanser paru-paru dalam kalangan perokok dan bukan perokok mempunyai banyak perbezaan. Biasanya, orang yang merokok tidak menyedut asap yang ‘dalam’.
“Mereka hanya sedut sedikit dan hembus. Jadi, asap rokok itu tidak masuk ke bahagian dalam paru-paru dan lebih kepada bahagian luaran saja. Jika kanser berlaku sekalipun, simptom itu akan datang awal. Cuma, kanser akan lebih agresif.
Berbanding perokok pasif, mereka yang terdedah kepada asap rokok ini akan menyedut hingga ke bahagian dalam paru-paru. Kanser yang berlaku sukar menonjolkan sebarang simptom. Ia bagaimanapun berlaku di pinggir (periferi) paru-paru, bukan di tengah seperti dialami pesakit kanser yang merokok.
Perokok yang menghidap kanser paru-paru biasanya akan menunjukkan simptom jelas seperti batuk, batuk berdarah, penat dan susah bernafas. Namun bagi perokok pasif, sel kanser yang tumbuh di pinggir paru-paru menyukarkan pesakit mengesan masalah dihidapi dari awal.
Dalam kebanyakan situasi, perokok pasif yang menghidap kanser tidak akan menghadapi sebarang masalah di peringkat awal. Jadi, kecenderungan untuk mereka mendapatkan pemeriksaan lanjut adalah rendah.
Apabila simptom jelas mula kelihatan, biasanya sel kanser sudah pun merebak ke tahap tiga, empat dan mungkin sudah terlalu lewat untuk diubati. Sebab itu, dalam kebanyakan kes membabitkan bukan perokok wanita, mereka hanya sedar di peringkat lewat. Tidak ada simptom awal. Tetapi, dalam tempoh antara sebulan hingga setahun, ia sudah mula merebak ke tulang dan organ lain. Ketika inilah baru mereka sedar menghidap kanser.
Membina kesedaran
Kita mahu masyarakat sedar. Wanita khususnya perlu sedar risiko untuk mereka menghidap kanser ini lebih tinggi sekalipun tidak merokok. Penguatkuasaan perlu lebih menyeluruh. Kalau di barat, golongan perokok biasanya akan keluar (dari rumah atau pejabat) dan menjauhi orang lain untuk merokok.
Di Malaysia, kesedaran itu masih kurang. Kita selalu mengingatkan orang ramai supaya jangan merokok di tempat awam, jangan membahayakan kesihatan orang lain, tetapi kesedaran umum dan penguatkuasaan masih di takuk mengecewakan.
Kalau sudah tahu kanser paru-paru berbahaya, sukar dirawat di peringkat lewat, peratus kesembuhan rendah, apa kata setiap orang mengambil tanggungjawab terhadap diri sendiri untuk melalui ujian pengesanan awal atau setidak-tidaknya pemeriksaan kesihatan lengkap?
Terdapat dua jenis kanser paru-paru iaitu:
1. Non-Small Cell Lung Cancer (NSCLC) – jenis paling lazim membabitkan 75 hingga 85 peratus keseluruhan kanser paru-paru.
2. Small Cell Lung Cancer (SCLC) – jenis kurang lazim membabitkan 15 peratus daripada keseluruhan kanser paru-paru namun mempunyai kecenderungan untuk merebak lebih awal kepada bahagian organ lain.
Bagi perokok tegar, mereka boleh menghidapi mana-mana jenis kanser di atas. Namun, perokok pasif dikatakan lebih cenderung menghidapi adenokarsinoma paru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Manusia ni, sudah terhantuk baru terngadah, pernah dengar kan peribahasa ni? Samalah dengan Tajul Afiq, 29 tahun seorang Pensyarah Universiti Awam. Dahulunya, dia seorang yang gemuk dan penghidap penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung.
Bila mula ke arah kesihatan?
Sejak kenal pasti mempunyai kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi di usia muda apabila membuat pemeriksaan darah (tidak ditahap kritikal, masih mild). asalnya ada masalah kulit badan, doktor nasihatkan untuk jalani ujian gula, dari situ dapat tahu mengenainya awal.
Kenapa nak diet/bersenam? Makan ubat je tak boleh ke?
Bila doktor nasihat untuk dapatkan berat badan yang ideal saya rasa lebih baik saya mula diet. Tak kan nak makan ubat sepanjang hayat. Lagipun, penyakit saya ini masih diperingkat awal, jadi pencegahan secara sihat itu masih boleh dilakukan, tambah pula dengan usia saya yang masih muda ketika itu. Dari situ, saya belajar dan mempunyai target persendirian dalam penurunan berat badan.
Seksa tak masa mula-mula bersenam?
Standard lah kalau mula-mula tu muscle pain, bukan senang nak bawak badan berat ni. Kadang-kadang malu pun ada. Tapi sekarang dah tak ada dah. Cuma jangan terlebih senam, badan akan mogok, mulalah sakit sana sini. Nak kurus ni, kena chill-chill.
Dah kurus ni ramai peminat tak?
Mungkin saya dah boleh tubuhkan fanclub? (bergurau). Jujur, masa gemuk dulu tak ada sesiapa pun pandang. Sekarang ni ramai peminat, sampai ada students perempuan confess dekat saya, haha.
Wajib tak seorang lelaki masuk gym?
Topik ni subjektif, untuk memiliki bentuk badan yang sihat tak semestinya masuk gym. Sebab dekat rumah, pejabat, taman/ tasik pun boleh lakukan semanan. Sebagai contoh di taman rekreasi, ada juga equipments ala-ala gym. Gym ni untuk mereka yang inginkan body shape yang cantik.
Yey dah kurus! Tapi macam mana nak maintain kurus?
Nak kurus sebenarnya senang, tapi nak maintain kurus tu paling susah. Cara saya, kita kena ada knowledge pasal diet. Tetapkan matlamat jangka pendek, sebab jangka pendek akan capai terlebih dahulu. Hati kena cekal, azam kena kuat. Jangan terpengaruh dengan produk-produk yang tidak tahu asal usulnya tu. Nak maintain kurus kena DISIIPLIN.
Mungkin ramai yang tak aware dengan penyakit di peringkat awal, sebelum terkena ada nasihat tak yang nak diberikan kepada pembaca?
Nasihat saya, malas macam mana pun, buat sesuatu untuk keluarkan peluh setiap hari. Contoh, kemas rumah, basuh kereta, turun naik tangga di office dan sebagainya. Paling penting jaga pemakanan, kurangkan pengambilan makanan berminyak. Keluarga tiga serangkai ni, sekali kena memang kena berhati-hati. Tidur secukupnya, jangan stres dan sentiasa berfikiran positif. Always create happiness in what ever you doing although simple thing.
Tahniah, Tajul Afiq!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
7 etika yang perlu anda patuhi apabila meluahkan rasa cinta kepada seseorang gadis.
Jatuh cinta merupakan perkara yang sering terjadi dalam kehidupan manusia. Ada cinta yang hanya dipendam dan ada juga yang tidak tahu cara untuk meluahkannya. Adalah tidak sesuai sama sekali apabila pertama kali bersua terus meluahkan ungkapan ‘aku cinta padamu’. Jika anda menyukai seseorang gadis yang baru anda kenali, bagaimana cara untuk meluahkannya? Menghantar mesej, surat atau cenderahati sebagai pilihan? Sebelum itu mari lihat cara yang lebih beretika untuk meluahkan kata cinta.
Beri Masa
Sebelum meluahkan kata cinta, beri peluang kepada diri anda dan juga si dia untuk mengenali diri masing-masing. Mungkin ketika keluar bersama rakan-rakan atau melakukan tugasan bersama adalah detik terbaik untuk anda menonjolkan diri. Jangan pula ‘over’ dan mendesak!
‘Baca’ Si Dia
Bukan sahaja melalui perbuatan, anda juga perlu membaca gerak bahasa badan dan renungannya untuk mengetahui sama ada dia menyukai anda atau tidak. Sekiranya dia asyik menjauhkan diri bila bertemu kamu, maka bolehlah diketahui untuk permulaan ini yang si gadis tidak selesa lagi dengan anda. Andai dia suka malah sering pula berbalas-balas sms maka anda sudah berada di landasan yang betul.
Kesempatan
Jangan lepaskan setiap kesempatan yang ada untuk mengajaknya keluar makan bersama. Kadang kala detik itu hanya datang sekali dan jika anda membiarkan sahaja mungkin peluang itu tidak akan datang kembali. Berjalan bersama menemani gadis ketika melangkah menuju ke parkir kereta juga satu yang baik dalam memberi tanda yang anda menyukainya.
Buka Ruang Cinta
Untuk menyintai seseorang, anda juga perlu membuka ruang cinta dalam diri. Ini akan menjadikan supaya keduanya lebih faham tentang isi hati dan keinginan masing-masing. Kongsilah kisah-kisah lucu anda dan dia, cita-cita atau apa sahaja yang boleh menjadikan hubungan itu lebih serius. Ini adalah penting untuk membina kepercayaan di antara keduanya dan adakah si gadis merupakan pilihan yang tepat untuk anda? Ini boleh diketahui dari sumber yang dikurniakan oleh Tuhan iaitu hati anda. Adakah si gadis serasi atau tidak?
Alasan Tepat
Adalah penting untuk anda mengetahui kenapa anda jatuh cinta dengannya? Apakah yang ada pada si gadis sehingga membuat anda terpesona? Nilai seperti bentuk badan, gaya berpakaian dan sebarang elemen fizikal yang lain adalah lebih kepada nafsu semata. Manakala jika memilih kerana si gadis seorang yang berperwatakan baik, mengambil berat dan elok budi bahasa maka ia akan hadir dalam nilai cinta yang sejati. Kelakuan anda sendiri yang akan menentukan apa niat yang sebenar.
Luahkan
Perlu berani untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam kepada si dia. Sudah pasti tiada pihak yang akan mengetahui perasaan cinta itu jika anda hanya memendam rasa. Luahkan dengan cara yang paling sederhana di tempat dan masa yang sesuai. Jangan terburu-buru.
Yakin
Yakin dalam diri akan perkataan dan tindakan anda. Ini akan melihatkan anda membuat keputusan yang berani dan bertindak cara dewasa.
Bukan ‘Ayat Power’
Ahli psikologi telah melakukan kajian di mana untuk menarik perhatian seseorang ia mengambil masa di antara 90 saat hingga 4 minit.
Antara yang mempengaruhi semua itu bukanlah cara anda berkomunikasi tetapi;