Tiga Langkah Senaman Untuk Bakar Lemak & Tonjolkan Otot Lebih Cepat

Share

Dalam keadaan seperti sekarang memang ramai yang lebih suka memilih untuk bersenam di rumah atau indoor. Perintah Kawalan Pergerakan yang baru dilaksanakan beberapa hari ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk kita tinggalkan rutin senaman. Bayangkan tinggalkan tiga hari tanpa bersenam. MASKULIN yakin ia akan membuatkan anda menjadi bertambah malas.

Senaman di rumah tidak perlu dilakukan dengan mengikuti rutin yang kompleks dan sukar. Cukup sekadar memberikan stamina yang baik serta mampu membakar lemak.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi tiga langkah atau jenis senaman yang boleh anda lakukan di rumah dengan selamat. Ia mampu menaikkan otot dan membakar lemak dengan cepat. Cuba lakukan secara konsisten selama dua minggu.

Anda pasti akan terkejut melihat hasilnya nanti!

SHUTTLE RUN

  • Bongkokkan badan dengan keadaan kaki kiri dan kanan dibuka luas
  • Kedua belah tangan dirapatkan ke sisi dan muka dihadapkan ke hadapan
  • Gerak ke kanan dan sentuh lantai menggunakan tangan kanan
  • Tangan kiri diangkat selari dengan kedudukkan kaki kiri
  • Ulang semula dengan kaki dan tangan kiriLakukan sebanyak 2 set dan 4 kali ulangan

BODY-WEIGHT JUMP SQUAT

  • Letakkan kedua belah telapak tangan di belakang kepala
  • Bahu ditolakkan ke belakang selari dengan bahagian sisi badan
  • Rendahkan badan sehingga kedua belah lutut membengkok
  • Lompat setinggi mampu dan pastikan kedua kaki diluruskan sewaktu melompat
  • Jatuh ke posisi asalLakukan sebanyak 2 set dan 5 kali ulangan

BACA: Pandai Bezakan Antara Nafsu Makan & Lapar Pasti Berat Sukar Naik

SAND SKIP

  • Bongkokkan badan dengan kaki kiri dibengkokkan
  • Kaki kanan diangkat lurus ke belakang
  • Tangan kiri diletakkan selari dengan sisi tubuh
  • Lompat setinggi mampu dengan menggunakan kaki kiri
  • Lutut kaki kanan diangkat ke hadapan separas dengan perut
  • Tangan kanan diangkat ke hadapanUlang semula dengan kaki kanan
  • Lakukan sebanyak 2 set dan 5 kali ulangan

Macam mana, berani sahut cabaran MASKULIN? Cuba lakukan dulu baru tahu.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk saksikan video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim