Kita lebih mengenali perkataan “mineral” apabila meminum air mineral, bukan?
Tidak dinafikan, pengambilan mineral yang terkandung di dalam air itu membawa manfaat kepada kesihatan tubuh manusia.
Tetapi tahukah anda terdapat beberapa jenis mineral yang turut membawa manfaat kesihatan namun sering dipandang ringan oleh rakyat Malaysia?
Memetik perkongsian video dari doktor dan pempengaruh kesihatan Dr Malar Santhi, berikut Maskulin senaraikan mineral tersebut:
Zat Besi & Zink
Antara mineral yang sering diabaikan oleh rakyat Malaysia ialah zat besi dan zink, demikian kata Dr Malar.
“Kalau tak cukup zat besi dan juga zink, senang dapat anemia, rambut gugur, kulit rapuh, kulit kusam,”
Bagaimanapun, beliau tidak menyarankan pengambilan makanan tambahan zink dan zat besi melainkan melalui preskripsi doktor.
Hal ini kerana perkara itu boleh diperolehi daripada makanan semulajadi seperti daging, ayam, telur, sayur-sayuran hijau dan juga kekacang.
Ads
Magnesium
Selain itu, mineral yang sering diambil ringan oleh rakyat Malaysia ialah magnesium, kata Dr Malar merujuk kepada pengalaman peribadinya.
Jelasnya, magnesium diperlukan oleh tubuh manusia sekitar 300 hingga 400 miligram sehari.
“Kalau tak cukup magnesium, selalu orang rasa macam sakit-sakit urat, tarik-tarik dekat betis, rasa berdenyut-denyut. Lepas itu, selalu susah nak tidur malam (insomnia), sakit haid yang terlampau sakit,
Seperti zat besi dan zink, pengambilan magnesium melalui makanan tambahan juga tidak disarankan kecuali atas nasihat doktor kerana ia juga mudah diperoleh secara semulajadi melalui makanan harian.
Antara makanan yang kaya dengan magnesium adalah seperti coklat gelap, mentega kacang dan kacang badam, kata Dr Malar.
Ads
Silika
Seterusnya, rakyat Malaysia juga sering terlepas pandang pengambilan mineral silika yang penting untuk pembinaan kolagen di dalam tubuh.
Saranan pengambilan silika adalah lebih kurang 10 hingga 25 miligram sehari, jelas Dr Malar.
“Bagi saya, paling mudah nak dapatkan (silika) melalui air mineral yang dekat label dah tulis ada silika 60 miligram per liter.
“Ataupun boleh juga dapatkan daripada sumber makanan seperti pisang, beras perang, kacang hijau dan lain-lain lagi,”
Ads
Pengambilan silika yang cukup sangat bermanfaat untuk kesihatan tulang, sendi, kulit dan rambut agar lebih kukuh dan kuat.
Oleh itu, Dr Malar menyarankan pengambilan air yang cukup setiap hari, namun jumlahnya berbeza bagi setiap individu.
“Jumlah air yang anda perlukan adalah berat badan (kg) x 0.03 = Jumlah air perlu diminum (liter).
“Itulah keperluan air yang tubuh anda perlukan setiap hari.
Menurut panduan pengiraan ini, individu yang mempunyai berat badan 70 kg memerlukan sebanyak 2.1 liter air setiap hari, misalnya.
Jika mengambil contoh individu yang lebih ringan seperti 58 kg, jumlah air yang diperlukannya hanyalah 1.74 liter sehari.
Bagi pencinta kucing, sudah tentu perkara yang paling merisaukan mereka adalah apabila haiwan peliharaannya jatuh sakit.
Antara penyakit yang mungkin kerap berlaku kepada kucing adalah sakit mata. Anda boleh lihat sekiranya mata kucing itu berair, itu mungkin petanda yang mereka dijangkiti sakit mata. Simptomnya sama seperti manusia, mata berair.
Caranya mudah sahaja, rebuskan kayu manis sehingga mendidih. Tunggu sehingga air itu sejuk dan bertukar kepada warna coklat. Kemudian, korang celupkan tisu/kapas ke dalam air tersebut dan lapkan pada mata kucing.
Hasilnya, mata kucing itu akan menjadi kering dan tidak lagi berair.
Jika kucing korang tidak mengalami sakit mata yang teruk, bolehlah ikhtiarkan cara ini. Lebih murah dan berbaloi. Tapi, sekiranya jadi lebih teruk dan tidak pulih dalam waktu yang panjang, segeralah bawa berjumpa dengan doktor haiwan untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.
Pernah tak anda mengalami situasi dimana semasa memandu, hilang tumpuan dan mungkin terlelap seketika? Nah, itu dinamakan microsleep. Ia terjadi tanpa amaran, apabila badan menjadi letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat walaupun mata kita terbuka dan tangan sedang memegang stereng kereta.
Sebelum Memandu Jarak Jauh, Ikut 8 Tip Elak ‘MICROSLEEP’ Ini!
Biasanya, microsleep terjadi apabila seseorang itu memandu dalam jarak jauh, di jalan yang lurus ditambah dengan faktor pemanduan serta keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu.
Terbaharu, empat kru produksi filem dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Setiu, Terengganu mengakibatkan seorang daripadanya maut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik pengarah, Aziz M Osman. Kemalangan dikatakan berpunca daripada microsleep.
Microsleep ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kerana itu, penting untuk korang sentiasa berhati-hati dan sekiranya sudah mula tersengguk-sengguk dan menguap berulangkali ketika memandu, korang perlu berhenti berehat sebentar dan bukanlah meningkatkan kelajuan kerana ia sebenarnya tidak membuatkan korang menjadi lebih peka ketika memandu.
Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, individu tersebut akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.
Berhenti segera jika korang mengalami simptom-simptom tersebut semasa memandu:
• Kelopak mata kuyu
• Tersengguk-sengguk
• Menguap berulang kali
• Mata terkebil-kebil
• Tersasar dari lorong
• Tatapan kosong
• Mengelamun
Untuk mencegah tragedi ngeri, apa yang boleh dibuat?
• Berhenti di tempat selamat
• Lakukan power nap
• Berehat setiap 2 jam perjalanan
• Tukar pemandu dan tolong percayakan isteri/ahli keluarga/teman untuk mengganti tempat pemandu
• Mengambil vitamin atau kafein
• Berbual dengan teman seperjalanan
• Jangan memandu jika mengantuk
Diharap agar masyarakat kita mengambil ikhtibar tentang apa yang sudah berlaku dan pastikan selepas ini jika korang mengantuk, jangan memandu dan berhentilah seketika untuk berehat. Paling selamat, bawa teman lain yang boleh memandu untuk mengambil giliran memandu.
Cuaca panas dan kering yang sedang melanda segelintir lokasi di Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang juga telah meraih perhatian masyarakat. Boleh dikatakan ramai juga yang mengeluh akibat suhu yang agak tinggi sejak dua tiga hari ini.
Cuaca panas ini juga boleh sebabkan sakit kepala. Merujuk laman Hello Doktor, ini adalah satu simptom biasa yang sering dialami kebanyakan individu terutamanya ketika berdepan dengan tekanan. Bagaimanapun, bukan semua sakit kepala adalah kesakitan biasa.
cuaca panas
TINDAK BALAS BADAN TERHADAP HABA
Menurut Healthline, jika sakit kepala atau migrain yang dialami berkaitan dengan pendedahan haba panas, seseorang mungkin mengalami simptom seperti berikut:
1.Rasa berdenyut pada bahagian kepala.
2.Keletihan.
3.Sensitif kepada cahaya.
4.Dehidrasi.
Bagaimanapun, mereka yang mengalami kelesuan akibat cuaca terik akan mengalami gejala yang lebih teruk iaitu:
1.Pening.
2.Kekejangan atau kekejangan otot.
3.Loya.
4.Pengsan.
5.Dahaga melampau.
Oleh yang demikian, mereka yang mengalami sakit kepala perlu berehat daripada melakukan aktiviti bagi mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk, demikian menurut Verywell Health.
Beberapa langkah dikongsikan laman web tersebut untuk mengurangkan simptom sakit kepala. Antaranya:
1.Mencari tempat untuk menyejukkan badan dan berehat.
2.Minum air untuk penghidratan.
3.Ambil ubat seperti ibuprofen atau acetaminophen.
Verywell Health turut mengesyorkan supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya gejala yang dialami tidak berkurang atau menjadi lebih teruk.
“Segera dapatkan bantuan di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami muntah dan perubahan fungsi saraf atau berasa keliru,” tambahnya.
Secara kesimpulannya, cuaca panas memang boleh mencetuskan penyakit yang berbahaya.
Jadi, berwaspadalah. Jangan terdedah terlalu lama di luar dan pastikan minum air secukupnya.