Memang syok kalau tidur menghadap kipas angin lagi-lagi bila kita buka speed dia sampai high level. Pasti ramai yang gemar tidur sebegini terutamanya ketika musim panas. Namun tanpa kita sedar, perbuatan itu sebenarnya membahayakan diri sendiri.

Nak tahu apa dia, jom semak!

Tidur Menghadap Kipas Memang Nikmat, Tapi Ketahui 4 Kesan Buruknya Pada Kesihatan.

  1.  Gangguan Pada Pernafasan

Kipas angin berfungsi untuk menggerakkan udara tanpa dijamin udara yang dihasilkan adalah udara yang bersih  atau sebagainya.  Masalah lebih teruk terjadi jika, kipas tersebut berhabuk dan tidak dicuci bilah-bilahnya. Ini secara tidak langsung memberi potensi udara yang tidak bersih  disedut ke dalam salur pernafasan sepanjang malam. Apabila  bakteria, habuk, kuman atau sebagainya disebarkan, menjadi punca kepada penyakit  asma yang pastinya membahayakan kesihatan.

IKLAN
  1.  Penyakit Bell Palsy

Ia merupakan penyakit  kelumpuhan namun tidak bermaksud lumpuh seluruh badan.  Tetapi adalah lumpuh di bahagian wajah di mana akan terasa sukar untuk senyum dan ketawa. Memandangkan setiap malam kipas tertumpu pada bahagian wajah dan ini menyebabkan keadaan saraf wajah menegang  kerana menerima suhu yang sejuk sepanjang malam berbanding tubuh-tubuh yang lain.

  1.  Kurang Oksigen

Angin yang terhasil daripada putaran bilah kipas yang dihadapkan ke wajah akan menghalang proses pernafasan yang normal. Didapati  jumlah  gas  oksigen berkurangan bahkan gas karbon dioksida pula akan meningkat kesan daripada putaran pengudaraan tidak baik di sekitar wajah.

IKLAN
  1.  Kulit Kering

Biasanya bila masalah kulit kering terjadi adalah disebabkan oleh sinaran cahaya matahari. Pun begitu, keadaan ruang yang terlalu sejuk turut akan memberi kesan yang sama pada kulit.  Lantaran itu, apabila anda terlalu lama menggunakan kipas angin dan dihalakan ke wajah, akan menyebabkan efek kekurangan air terjadi pada kulit muka.

IKLAN

Tidur Menghadap Kipas Memang Nikmat, Tapi Ketahui 4 Kesan Buruknya Pada Kesihatan.

Tip Penggunaan Kipas Angin Secara Sihat

  1.  Sentiasa bersihkan bilah-bilah kipas untuk pengudaraan yang lebih bersih tanpa habuk.
  2.  JANGAN gunakan kipas angin di dalam ruangan yang tertutup atau yang tidak memiliki sistem pengudaraan udara yang baik.
  3.  JANGAN hadapkan kipas angin tepat di wajah, karana akan sangat mempengaruhi jumlah oksigen dan karbon dioksida yang ada di sekitar wajah.
  4.  Jika menggunakan kipas ketika tidur, maka setkan pada laras berpusing ke kiri dan ke kanan.
  5. JANGAN menggunakan tahap kelajuan maksimum tetapi cukup sekadar sederhana untuk elak lemas.
     

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI